Maka dengan kerana inilah berkata syeikh Sunusi radiallahu anh :
إِعْلَمْ أَنَّ الْحُكْمَ العَقْلِى يَنْحَصِرُ فِى ثَلاَثَةِ أَقْسَامٍ الوُجُوبُ وَالاِسْتِحَالَةُ وَالجَوَازُ
Ketahui oleh mu bahawa sanya hukum aqli itu tersimpan ia atas tiga bahagi :
- Wujub. dan
- Istihalah. dan
- jawaz
فَالْوَاجِبُ ماَ لاَ يَتَصَوَّرُ فِالْعَقْلِ عَدَمُهُ وَالْمُسْتَحِيلُ ماَ لاَ يَتَصَوَّرُ فِى الْعَقْلِ وُجُودُهُ وَالْجَائِزُ
مَا يَصِحُّ فِى الْعَقْلِ وُجُودُهُ وَعَدَمُهُ
Maka :
- yang wajib itu barang yang tiada dapat pada aqal akan adamnya(ketiadaannya) dan.
- yang mustahil itu barang yang tiada dapat pada aqal oleh wujudnya dan.
- yang harus itu barang yang sah pada aqal adanya dan tiadanya.
Kata syeikh Tilamsani maka tiap-tiap barang yang menghukumkan oleh aqal akan thubutnya maka tiada sah pada aqal nafinya maka iaitu wajib maka mithalnya bersifat jirim dengan harakat(bergerak) atau sukun(diam) yakni salah satu daripada keduanya dengan tiada tertentu dan
Tiap-tiap barang yang menghukumkan dia oleh aqal dengan nafinya(tiadanya) dan tiada sah pada aqal thubutnya maka iaitu mustahil mithalnya itu iaitu sunyi jirim daripada gerak dan diam maka tiada diterima aqal adanya tiada bergerak dan tiada diam pada jirim maka ialah mustahil. Dan tiap-tiap barang yang sah pada aqal adanya dan adamnya(ketiadaannya) maka iaitu jaiz mithalnya bersifat jirim itu dengan gerak atau dengan diam yang tertentu keduanya maka bahawa sanya sah pada aqal bahawa ada ia jirim itu bergerak selama-lamanya tiada diam atau selama-lamanya tiada bergerak.
Maka tiap-tiap satu daripada tiga itu:
- adakalanya dharuri
- adakalanya nazhari
maka :
- wajib dharuri itu barang yang tiada berkehendak oleh aqal pada mendapatkan dia kepada tilik dan kepada bicara seperti tahaiuz ( mengambil lapang) bagi jirim yakni mengambil tempat kadar zatnya maka makna tahaiuz itu mengambil kadar zatnya daripada lapang dan makna jirim itu tiap-tiap barang yang memenuhikan akan lapang seperti batu dan kayu dan tubuh segala binatang dan
- adapun wajib nazhari itu barang yang berkehendak kepada mendapatkan dia itu kepada fikir dan bicara seperti qidam bagi zat tuhan kita jalla wazza.
Dan adapun mustahil dharuri itu seperti sunyi jirim daripada gerak dan diam bagi jirim dan yang nazhari itu seperti ada syarik bagi Alah taala تَعَالىَ الله عَنْ ذَلِكَ عُلُواً كَبِيراً ( maha suci Allah daripada demikian itu akan sebagai suci yang hebat dan layak dengan kebesarannya)
Maka mustahil ada sekutu bagi Allah itu tiada boleh didapatkannya melainkan kemudian daripada nazhari .
Dan jaiz dharuri itu seperti gerak bagi jirim dan diamnya yang tertentu dan yang nazhari itu swepertgi menseksa oleh Allah akan orang yang Muteun (berbuat taat) dan memberi pahala bagi orang yang A'si (derhaka) .
No comments:
Post a Comment