Sunday 28 August 2011

sambungan kitab Durruth Thamin

Dan bahagian yang keduanya itu makna kata sheikh:

وَالنَّوْعُ الثَّانِى خَبَرُ الرَّسُولِ الْمُؤَيِّدِ بِالْمُعْجِزَةِ

Dan bahagian yang keduanya iaitu khobar Rasulullah saw yang dikuatkan dengan mukjizat  yakni khobar yang keluar daripada lidah  Rasulullah saw yang menunjukkan benarnya dengan perkara yang mencarikkan bagi  adat yang menunjukan atas benar ianya pesuruh Allah.

 

وَهُوَ مُوْجِبُ لِلْعِلْمِ وَالِاسْتَدْلاَلِ وَالْعِلْمُ الثَابِتُ بِهِ يُضَاهِى الْعِلْمُ الْثَابِتُ بِالضَّرُورَةِ فِى التَّيَقُّنِ وَالثَبَاتِ.

Dan iaitu khobar Rasulullah saw itu mewajibkan ( menjadi sebab ) bagi pengetahuan dan yang bangsa mengambil dalil  yakni dengan ditilik pada dalil dan yang demikian itu seperti dikatanya ini khobar orang yang thabit pesuruhan dengan mukjizat maka tiap-tiap khobar yang thabit dengan mukjizat maka adalah ia iaitu khobar yang thabit sadiq qat'an maka hasil ( yang menghasilkan) ilmu bagi kita atas khobarnya itu sadiq qat'an dan ilmu yang thabit dengan khobar Rasulullah saw itu menyerupai dengan ilmu yang thabit dengan dharuri pada yaqinnya dan pada tayaqqan yakni khobar Rasulullah saw dan khobar yang mutawatir itu keduanya hasil yaqin dan jazam dan putus dan hanya perceraian antara keduanya itu bahawa sanya ilmu yang hasil daripada khobar Rasulullah saw itu iaitu tiada hasil ia melainkan bagi orang yang Ahli istidlal dan ilmu yang hasil daripada khobar mutawatir itu tiada disyaratkan baginya istidlal.

 

( وَاَمَّا الْعَقْلُ فَهُوَ سَبَبُ الْعِلْمِ أَيْضاً وَمَا ثَبَتَ مِنْهُ بِالْبَدِيْهَةِ فَهُوَ ضَرُورِىٌ كَالْعِلْمِ بِأَنَّ الكُلَّ أَعْظَمُ مِنْ جُزْئِهِ وَماَ ثَبَتَ بِهِ الاِسْتِدْلاَلُ فَهُوَ اِكْتِساَبِى )

Dan adapun Aqal  maka iaitu sebab bagi pengetahuan pula dan barang yang thabit daripadanya dengan nyata maka iaitu dinamakan dharuri seperti kita mengetahuikan dengan bahawa sanya "kul" itu terlebih besar dari "juzuknya".

Dan seperti satu itu setengah dua dan kurang daripada sepuluh dan barang yang thabit dengan mengambil dalil yakni dengan nazhar maka iaitu dinamakan kasbi(usha) seperti hukumkan alam ini baharu sebab kita melihat ia berubah-ubah maka tiap-tiap yang berubah-ubah itu dihukumkan dengan baharu.

 

"Masalatun"

Ketahui oleh mu bahawa sanya ilmu itu;

  1. ada kalanya tasawur ( gambaran),
  2. dan adakalanya tasdiq:

Maka makna tasawur itu iaitu mendapatikan kejadian sesuatu itu dengan tiada dihukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita tasawurkan makna alam iaitu tiap-tiap yang maujud  yang lain daripada Allah.

Maka makna tasdiq itu iaitu mendapatkan kejadian suatu itu serta kita hukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita kata alam ini baharu dan ini bukan qadim.

Dan bahawa sanya hukum itu iaitu

( أِثْبَاتُ أَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ )

Menyabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau alam ini bukan qadim pada nafinya dan bahawa sanya:

 

( الحَاكِمُ بِالاِثْبَاتِ أَوِ النَّفْىِ اِماَ الشَّرْعُ وَاِماَّ الْعَقْلُ وَاِماَّ العَادَةُ )

Yang menghukum dengan ithbat itu atau dengan nafi itu:

  1. Ada kalanya Sya'ra
  2. Ada kalanya Adat
  3. Ada kalanya Aqal

Maka dari kerana inilah terbahagi hukum itu kepada bahagian:

  1. Pertama hukum Syar'ei dan
  2. keduanya hukum Adat dan
  3. Ketiganya hukum Aqal,

Maka hukum Syara' itu iaitu

 

( وَهُوَ خِطَابُ اللهِ تعالى المُتَعَلِّقُ بِأَفْعاَلِ المُكَلَّفِينَ بِالطَلَبِ أَوِ الْاِبَاحَةِ وَالوَضْعِ لَهُمَا )

 Iaitu tuntut Allah taala yang bergantung dengan perbuatan mukallaf ada kalanya dengan tholab dan adakalanya dengan ibahat dan adakalanya dengan dihantarkan bagi keduanya.

  1. Maka masuk di dalam kata tholab (tuntut ) itu empat perkara:
  2. Pertamanya Ijab ( wajib )
  3. Keduanya nadbun ( sunat )
  4. Ketiganya tahrim ( haram )
  5. Keempatnya makruh

 

( فَالاِيجَابُ طَلَبُ الفِعْلِ طَلَباً جَازِماً كَالاِيماَنِ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَقَوَاعِدِ الاِسْلاَمِ )

Maka tuntut wajib itu iaitu tuntut berbuat akan sebagai tuntut yang putus ( mesti) seperti suruh beriman dengan Allah dan rasulnya dan dengan qawaeid islam  yakni segala rukun islam yang lima.

 

( فَالنَدْبُ طَلَبُ الفِعْلِ طَلَباً غَيْرَ جَازِمٍ كَصَلاَةِ الفَجْرِ )

Dan yang sunat itu iaitu tuntut perbuat akan sebagai tuntut yang tiada putus seperti tuntut suruh sembahyang sunat subuh.

 

( وَالتَّحْرِيمُ طَلَبُ الكَفِّ عَنِ الفِعْلِ طَلَبَاً جَازِماً كَشُرْبِ الخَمْرِ )

Dan haram itu iaitu tuntut tegah daripada perbuat akan sebagai tuntut yang putus (mesti) seperti tegah minum Arak.

 

( وَالكَرَاهَةُ طَلَبُ الكَفِّ عَنِ الفِعْلِ طَلَبَاً غَيْرَ جَازِمٍ كَتِلاَوَةِ القُرْآنِ فِى الرُّكُوعِ )

Dan makruh itu iaitu tuntut tegah daripada perbuat akan sebagai tuntut yang tiada putus seperti membaca quran di dalam rukuk.

 

(هِىَ إِذْنُ الشَّرْعِ فِى الفِعْلِ وَالتَرْكِ مِنْ غَيْرِ تَرْجِيحٍ لِاَحَدِهِماَ عَلَى الآخَرِ كَالاَكْلِ الخُبْزِ وَلُبْسِ القَطْنِ )

 

Iaitu ibarat daripada mengharus oleh Syara' pada berbuat dan meninggalkan dia dengan ketiadaan berat salah satu daripada keduanya atas yang lainnya seperti memakan roti dan memakai kain benang. Dan makna  وَالوَضْعِ لَهُمَا

Saturday 27 August 2011

sambungan kitab Duruth Thamin

Faedah  kata Sheikh Najmuddin an Nasafi pada Aqaeidnya  rahimahuallah taala:

 

قَالَ أَهْلُ الحَقِّ : حَقَائِقُ الأَشْياَءِ ثَابِتَةٌ وَالعِلْمُ بِهاَ مُحَقِّقٌ

Telah berkata oleh Ulama Ahli usuluddin  bermula hakikat itu yakni segala perkara yang kita iktikadkan adanya itu thabit ia yakni ada maujud pada khorij ( yang boleh dilihat oleh mata kepala) yakni hakikat suatu itu kejadiannya suatu itu yang ia berdiri dengan dia seperti umpama manusia itu apa hakikatnya  maka dikata hakikatnya itu hayawan yang berkata-kata dan kata Sheikh pula dan mengetahui dengan dia ertinya dengan hakikat segala perkara itu sebenarnya yakni thabit ditasawurkan dan ditasdikkan dengan adanya inilah perkataan Ahli hak khilaf bagi kaum yang sesat iaitu kaum Saufasthoiyah dan lagi katanya:

 

وَأَسْباَبُ العِلْمِ لِلْخَلْقِ ثَلاَثٌ : الحَواَسُ السَّلِيمَةُ وَالخَبَرُ الصَادِقُ وَالعَقْلُ

segala sebab bagi pengetahuan yakni sebab yang mendapatkan bagi ilmu yang baharu itu tiga sebab dengan istiqra':

  1. pertamanya    hawas yang sejahtera yakni pendapat yang lima  yang sejahtera                           yang lagi akan datang (bahasannya).
  2. keduanya        khobar yang sadiq yakni khobar yang benar yang muafakat bagi                          waqi'.
  3. ketiganya        Aqal iaitu nur yang ditaruh di dalam suwaida'i  hati.

Maka adalah bersalah-salahan derjatnya ada yag sedikit dan ada yang banyak maka bersalah-salahan  manusia maka yang terlebih sempurna Aqal itu kepada Nabi kita saw.

 

فَالحَواَسُ خَمْسٌ اَلسَّمْعُ وَالْبَصَرُ وَالشِّمُّ وَالذَّوْقُ وَالْلَمْسُ

Maka Hawas itu lima pertamanya pendengar dan keduanya penglihat dan ketiganya pencium dan keempatnya perasa dan keliamanya penjabat.

Maka pendengar itu iaitu satu kuah yang dijadikan dia pada telinga yang mendapat dengan dia akan segala suara.

Dan pelihat itu kuah yang dijadikan akan dia pada mata yang mendapat dengan dia akan segala warna  dan segala rupa dan umpama keduanya.

Dan pencium itu kuah yang dijadikan dia pada hidung yang mendapat dengan dia segala bau-bauwan.

Dan perasa itu iaitu kuah yang dijadikan pada lidah yang mendapatkan dengan dia akan segala rasa manis dan masam dan lainnya.

Dan penjabat itu iaitu kuah yang dijadikan dia yang bertaburan pada ghalib tubuhnya yang mendapatkan dengan dia akan panas dan sejuk dan umpamanya.

 

وَبِكُلِّ حاَسَةٍ مِنْهاَ يُتَوَقَّفُ عَلَى ماَ وُضِعَتْ هِىَ لَهُ

Dan dengan tiap-tiap pendapat  satu daripada yang lima itu terhenti ia atas barang yang dijadikan ia baginya maka didapatkan segala pelihat itu dengan mata tiada dengan telinga dan didapat akan segala pendengar itu dengan telinga dan pencium itu dengan segala hidung  demikianlah dikatakan pada tiap-tiap suatu yang tersebut  itu dengan dijadikan oleh Allah  dan dilakukan pada adat jua tiadac dengan makna bahawa sanya tiada dapat melainkan demikian itu tetapi kuasa Allah taala  bahawa menjadikan akan mendengar itu pada anggota  yang lainnya  daripada telinga maka didengar dengan sekelian tubuhnya demikianlah  dikatakan pada yang lainnya.

 

وَالخَبَرُ الصَّادِقُ عَلَى نَوْعَينِ أَحَدُهُماَ اَلْخَبَرُ الْمُتَواَتِرُ الثاَبِتُ عَلَى أَلْسِنَةِ قَوْمٍ لاَ يَتَصَوَّرُ                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              تَوَاطُؤُهُمْ عَلَى الكَذِبِ

Bermula khobar yang sadiq itu terbahagi ia atas dua bahagi:

Salah satu daripada keduanya itu khobar mutawatir yang iaitu atas lidah beberapa kaum yang tidak terupa oleh muafakay mereka itu atas dustanya.

 

وَهُوَ مُوجِبٌ لِلْعِلْمِ الضَّرُورِي كَالْعِلْمِ بِالمُلُوكِ الْخاَلِِيَةِ فِى الْأَزْمِنَةِ الْماَضِيَةِ وَالْبُلْدَانِ النَّائِيَةِ

Dan iaitu khobar yang mutawatir itu mewajibkan bagi ilmu dharuri iaitu pengetahuan yang tiada berkehendak kepada tilik dan usha seperti mengetahui kita dengan beberapa raja-raja yang dahulu dahulu sepert kerajaan  Nabi Sulaiman dan Zulkarnain pada masa yang telah lalu beberapa tahun dan beberapa bulan dan beberapa hari dan beberapa negeri yang jauh seperti negeri Rom dan Syam dan Baghdad dan lainnya.

Maka adalah segala yang tersebut itu ilmu yang putus lagi nyata adanya tiada dapat didusta lagi.