Monday 10 October 2011

sambungan

وَالْحُكْمُ العَِقْلِى هُوَ إِثْبَاتُ أَمْرٍ لِأَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ عَنْهُ مِنْ غَيْرِ تَوَقُّفٍ عَلَى تَكَرُّرِ وَلاَ وَضْعِ وَاضِعِ

 

Dan hukum aqal itu iaitu kita ithbatkan satu pekerjaan bagi satu pekerjaan atau kita nafikan dia daripadanya dengan tiada terhenti atas berulang-ulang dan tiada terhenti pula atas hantaran orang yang menghantarkan dia.

Maka yang dikehendaki daripada  hukum yang tiga itu iaitu Hukum aqal jua pada ilmu usuluddin maka tiada tasawur hukum syara' padanya kerana hukum aqal ini dihukumkan bagi zat tuhan kita seperti kita kata wajib bagi Allah taala bersifat dengan qudrat maka erti wajib bagi Allah bersifat dengan qudrat itu wajib aqal jua hanya iaitu barang tiada tasawur pada aqal adamnya(ketiadaannya).

Maka tiada dapat dikata wajib syar'ei iaitu barang yang diberi pahala bagi orang yang mengerjakan dia dan diseksa orang yang meninggalkan dia.

 

Maka tiada tasawwur datang wajib Syar'ei itu bagi tuhan kita  dan hanya ia bagi segala mukallaf jua maka wajib aqli itu bagi zat tuhan kita atau setengah tempat kepada segala Rasul.

Dan wajib Syar'ei itu tertentu bagi tiap-tiap mukallaf  maka farak (perbezaan) antara dua itu maka wajib aqli itu dijarkan ( dibaris bawahkan dia) kemudian daripada lafaz yajibu itu dengan lam atau dengan fii seperti dikatanya    يَجِبُ لَهُ تعالى   atau dikatanya  

وَيَجِبُ فِى حَقِّهِ تعالى .

Dan wajib Syar'ei itu dijarkan kemudiannya dengan lafaz ala seperti dikatanya   

وَيَجِبُ عَلَى كُلِّ مُكََّلفٍ

Maka dengan kerana inilah berkata syeikh Sunusi radiallahu anh :

 

إِعْلَمْ أَنَّ الْحُكْمَ العَقْلِى يَنْحَصِرُ فِى ثَلاَثَةِ أَقْسَامٍ الوُجُوبُ وَالاِسْتِحَالَةُ وَالجَوَازُ

Ketahui oleh mu bahawa sanya hukum aqli itu tersimpan ia atas tiga bahagi :

  1. Wujub. dan
  2. Istihalah. dan
  3. jawaz