Thursday 16 February 2012

حديث افتراق هذه الأمة إلى ثلاث وسبعين فرقة


روى هذا الحديث جماعة من الصحابة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم وأثبته غير واحد من الحفاظ، وممن رواه من الصحابة: أبو أمامة وأنس بن مالك وعبد الله بن عمرو وعمرو بن عوف وعون بن مالك ومعاوية بن أبي سفيان وأبو هريرة وغيرهم من الصحابة.

telah meriwayat akan ini Hadis oleh Jemaah daripada kalangan sahabat daripada Rasulullah saw dan menthabitkan dia oleh tidak seorang dari kalangan Huffaz dan setengah drpd mereka yang Abu Umamah, Anas bin Malik, Abdullah bin Amrin, Amrub bin Aufin, Aun bin Malik, Muawiyah bin Abi Sufyan dan Abu Hurairah dan selain mereka itu drpd kalangan sahabat.

- معنى حديث افتراق هذه الامة إلى ثلاث وسبعين فرقة:

قال أبو منصور البغدادي في "الفرق بين الفرق" [1]: "إن النبي صلى الله عليه وسلم لم يُرد بالفرق المذمومة التي هي من أهل النار فِرَق الفقهاء الذين اختلفوا في فروع الفقه مع اتفاقهم على أصول الدين... وإنما فصل النبي عليه الصلاة والسلام بذكر الفرق المذمومة فرق أصحاب الأهواء الضالة الذين خالفوا الفرقة الناجية" اهـ.

وقال العلامة المحدث الشيخ عبد الله في كتابه "الدليل القويم" ما نصه [2]: "فقوله صلى الله عليه وسلم: "كلهم في النار إلا واحدة" أي أنهم يستحقون النار لمخالفتهم في الاعتقاد، لكن من لم يكن منهم غاليًا إلى الكفر يدخل الجنة بعد العذاب" اهـ أي إن لم يعف الله عنه.



Makna Hadis Iftiraq ( berpecah) Ini Umat kepada 73 Firqah//.
berkata Abu Manthur al Baghdadi dalam Kitab Firak baina Firak bahawa Nabi saw tidak menghendaki dengan firak yang dicelakan dia yang iaitu daripada Ahli Neraka iaitu firak Fuqaha yang berselisih mereka itu pada masaallah furuk serta muwafakat mereka itu atas usul agama/// sesunggunya membuat penceraian oleh Nabi saw dengan menyebut firak(beberapa firqah) yang dicelakan mereka itu drpd firak tuan tuan hawa yang sesat yang berselisih mereka itu akan firqah yang Najiah(mendapat kelepasan).

berkata Al Alamah Al Muhaddith Syeikh Abdullah dalam kitabnya " Dalil al Qayem) barang yang dinaskan maka sabda Nabi saw : sekelian mereka itu dalam neraka melainkan yang satu sahaja/// bermakna bahawa mereka itu mustahak akan neraka kerana menyalahi mereka itu pada iktikad akan tetapi mereka yang tidak adalah drpd mereka itu ialah yang melampau kepada kufur nescaya masuk dalam syurga selepas diazabkan dia///...





Wednesday 15 February 2012

Pengenalan Mazhab dan kesesatan mereka

قال فى الخزائن السنية: اليونسية هم اصحاب يونس بن عبد الرحمن: قالوا : الله تعالى على العرش تحمله الملائكة. هم من الشيعة الامامية عند البغدادي. بينما عند الشهرستانى و الايجى هم فرقة من غلاة الشيعة ومن المشبهة. انظر : الفرق بين الفرق ص 88-89 , 239 : الملل و النحل 220 , المواقف 421 . وتوجد فرقة تسمى ايضا بالينوسية وهى من فرق المرجئة. انظر الملل و النحل : 162, المواقف 427 .
Berkata dalam kitab alKhazain Saniyah: Mazhab Yunusiah iaitu mereka yang mengikut fahaman Yunus bn Abdur Rahman yang berkata mereka itu Allah taala Atas Arash yang menanggung akan Arash itu oleh Malaikat. mereka juga dikata dari mazhab Syiah Imamiah disisi Baghdadiah manakala disisi Sahrastani dan Iiiji mereka itu daripada firqah melampau syiah dan Mushabbahah, rujukan kitab firaq baina firaq ms88-89,239, kitab milal wan nihal ms 220, kitab almawaqif ms 421 an didapat juga firqah yang dinamakan dengan ayunusiah ini iaitu daripada beberapa firqah Murjiah. kitab milal wan nihal ms 162 dan mawaqif ms 427. wallahuaalam

Sambungan Durruth Thamin: hukum Akal



( وَاَمَّا الْعَقْلُ فَهُوَ سَبَبُ الْعِلْمِ أَيْضاً وَمَا ثَبَتَ مِنْهُ بِالْبَدِيْهَةِ فَهُوَ ضَرُورِىٌ كَالْعِلْمِ بِأَنَّ الكُلَّ أَعْظَمُ مِنْ جُزْئِهِ وَماَ ثَبَتَ بِهِ الاِسْتِدْلاَلُ فَهُوَ اِكْتِساَبِى )
Dan adapun Aqal  maka iaitu sebab bagi pengetahuan pula dan barang yang thabit daripadanya dengan nyata maka iaitu dinamakan dharuri seperti kita mengetahuikan dengan bahawa sanya "kul" itu terlebih besar dari "juzuknya".
Dan seperti satu itu setengah dua dan kurang daripada sepuluh dan barang yang thabit dengan mengambil dalil yakni dengan nazhar maka iaitu dinamakan kasbi(usha) seperti hukumkan alam ini baharu sebab kita melihat ia berubah-ubah maka tiap-tiap yang berubah-ubah itu dihukumkan dengan baharu.

"Masalatun"
Ketahui oleh mu bahawa sanya ilmu itu;
ada kalanya tasawur ( gambaran),
dan adakalanya tasdiq:(membenar dengan Hati)
Maka makna tasawur itu iaitu mendapatikan kejadian sesuatu itu dengan tiada dihukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita tasawurkan makna alam iaitu tiap-tiap yang maujud  yang lain daripada Allah.
Maka makna tasdiq itu iaitu mendapatkan kejadian suatu itu serta kita hukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita kata alam ini baharu dan ini bukan qadim.
Dan bahawa sanya hukum itu iaitu
( أِثْبَاتُ أَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ )
Menyabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau alam ini bukan qadim pada nafinya dan bahawa sanya:

( الحَاكِمُ بِالاِثْبَاتِ أَوِ النَّفْىِ اِماَ الشَّرْعُ وَاِماَّ الْعَقْلُ وَاِماَّ العَادَةُ )
Yang menghukum dengan ithbat itu atau dengan nafi itu:
Ada kalanya Sya'ra
Ada kalanya Adat
Ada kalanya Aqal
Maka dari kerana inilah terbahagi hukum itu kepada bahagian:
Pertama hukum Syar'ei dan
keduanya hukum Adat dan
Ketiganya hukum Aqal,
Maka hukum Syara' itu iaitu

( وَهُوَ خِطَابُ اللهِ تعالى المُتَعَلِّقُ بِأَفْعاَلِ المُكَلَّفِينَ بِالطَلَبِ أَوِ الْاِبَاحَةِ وَالوَضْعِ لَهُمَا )
 Iaitu tuntut Allah taala yang bergantung dengan perbuatan mukallaf ada kalanya dengan tholab dan adakalanya dengan ibahat dan adakalanya dengan dihantarkan bagi keduanya.
Maka masuk di dalam kata tholab (tuntut ) itu empat perkara:
Pertamanya Ijab ( wajib )
Keduanya nadbun ( sunat )
Ketiganya tahrim ( haram )
Keempatnya makruh

khalasah Minhajul Abidin 01

بسم الله الرحمن الرحيم

    Dengan nama Allah yang sangat murah yang sangat mengasihani 
الحمد لله الملك الحكيم الجواد الكريم العزيز الرحيم

    Segala puji bagi Allah tuhan yang merintah ia dengan suruh dan tegah yang betul ia pada menjadinya yang elok ia pada menghendakinya yang luas pemberiannya yang tidak putus segala pemberiannya yang luas kehendaknya yang sangat mengasihani.

والصلاة على سيد المرسلين وعلى آله الابرار الطييبين الطاهرين وسلم وعظم الى يوم الدين
    Dan rahmat Allah atas penghulu segala rasul dan atas sekelian keluarganya yang banyak segala kebajikan mereka itu yang bersih mereka itu daripada segala kekotoran yang mencampuri yang suci mereka itu daripada segala kekurangan dan meselamat ia dan membesar ia taala hingga hari balasan.

اعلموا إخوانى أسعدكم الله وإياى بمرضاته

    Ketahui oleh mu wahai segala saudara ku mudah-mudahan menguntungkan kamu oleh Allah dan akan daku dengan keredhaannya akan bahawa sanya ibadah itu pilihan bagi segala orang yang dengan mata hati dan ibadah itulah jalan keuntungan dan jalan syurga maka mereka yang mendapati ia akan ibadah maka sesungguhnya lepaslah ia daripada seksa dan beruntunglah ia berkekalan selama-selamanya.


ILMU

    Mestilah kamu dengan ilmu mula apa-apa pun mudah-mudahan memberi taufik akan dikau oleh Allah, sabda Nabi saw :

العلم إمام العمل والعمل تابعه
Ertinya ilmu itu ikutan amalan dan amalan itu yang mengikut bagi ilmu.

    Ketahui oleh mu akan bahawa sanya segala ilmu yang dituntut akan dia ada di dalamnya fardhu ain itu tiga ilmu iaitu:
Ilmu Tauhid.
Ilmu tasauf.
Dan ilmu feqah.
    Maka apabila dapat bagi sekelian kamu fardhu ain dalam tiga ilmu itu maka sesungguhnya jadilah kamu orang alim umat Muhammad saw yang tetap pada ilmunya. Maka jika kamu beramal dengan ilmu kamu nescaya adalah kamu itu hamba Allah taala yang alim yang beramal kerana Allah taala dengan mata hati yang melihat yang tiada jahil dan yang tiada meniru-niru dan yang tiada lalai bahkan yang jaga , maka bagi kamu itu kemulian yang besar. Dan bagi ilmu kamu itu harga yang besar dan pahala yang banyak.  Dan akan Allah taala yang dipohonkan akan bahawa menolong bantu ia akan kamu dan akan kami dengan keelokkan taufiknya dan keelokkan memudahnya bahawa sanya taala yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani. Amin.