وَالْحُكْمُ العَِقْلِى هُوَ إِثْبَاتُ أَمْرٍ لِأَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ عَنْهُ مِنْ غَيْرِ تَوَقُّفٍ عَلَى تَكَرُّرِ وَلاَ وَضْعِ وَاضِعِ
Dan hukum aqal itu iaitu kita ithbatkan satu pekerjaan bagi satu pekerjaan atau kita nafikan dia daripadanya dengan tiada terhenti atas berulang-ulang dan tiada terhenti pula atas hantaran orang yang menghantarkan dia.
Maka yang dikehendaki daripada hukum yang tiga itu iaitu Hukum aqal jua pada ilmu usuluddin maka tiada tasawur hukum syara' padanya kerana hukum aqal ini dihukumkan bagi zat tuhan kita seperti kita kata wajib bagi Allah taala bersifat dengan qudrat maka erti wajib bagi Allah bersifat dengan qudrat itu wajib aqal jua hanya iaitu barang tiada tasawur pada aqal adamnya(ketiadaannya).
Maka tiada dapat dikata wajib syar'ei iaitu barang yang diberi pahala bagi orang yang mengerjakan dia dan diseksa orang yang meninggalkan dia.
Maka tiada tasawwur datang wajib Syar'ei itu bagi tuhan kita dan hanya ia bagi segala mukallaf jua maka wajib aqli itu bagi zat tuhan kita atau setengah tempat kepada segala Rasul.
Dan wajib Syar'ei itu tertentu bagi tiap-tiap mukallaf maka farak (perbezaan) antara dua itu maka wajib aqli itu dijarkan ( dibaris bawahkan dia) kemudian daripada lafaz yajibu itu dengan lam atau dengan fii seperti dikatanya يَجِبُ لَهُ تعالى atau dikatanya
وَيَجِبُ فِى حَقِّهِ تعالى .
Dan wajib Syar'ei itu dijarkan kemudiannya dengan lafaz ala seperti dikatanya
وَيَجِبُ عَلَى كُلِّ مُكََّلفٍ
Maka dengan kerana inilah berkata syeikh Sunusi radiallahu anh :
إِعْلَمْ أَنَّ الْحُكْمَ العَقْلِى يَنْحَصِرُ فِى ثَلاَثَةِ أَقْسَامٍ الوُجُوبُ وَالاِسْتِحَالَةُ وَالجَوَازُ
Ketahui oleh mu bahawa sanya hukum aqli itu tersimpan ia atas tiga bahagi :
- Wujub. dan
- Istihalah. dan
- jawaz
salam & ucapan syukur buat Allah swt yg dgn kekuasaannya & memiliki segala ilmunya & alamnya, terima kasih buat Ustaz yg mencoretkannya disini maka dptlah saya menimbanya dgn kesempatan yg ada..terima kasih Ustaz sekali lg di ucapkan...jazzakallahukhoiran kasiro.
ReplyDelete