بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang sangat murah yang sangat mengasihani
الحمد لله الملك الحكيم الجواد الكريم العزيز الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan yang merintah ia dengan suruh dan tegah yang betul ia pada menjadinya yang elok ia pada menghendakinya yang luas pemberiannya yang tidak putus segala pemberiannya yang luas kehendaknya yang sangat mengasihani.
والصلاة على سيد المرسلين وعلى آله الابرار الطييبين الطاهرين وسلم وعظم الى يوم الدين
Dan rahmat Allah atas penghulu segala rasul dan atas sekelian keluarganya yang banyak segala kebajikan mereka itu yang bersih mereka itu daripada segala kekotoran yang mencampuri yang suci mereka itu daripada segala kekurangan dan meselamat ia dan membesar ia taala hingga hari balasan.
اعلموا إخوانى أسعدكم الله وإياى بمرضاته
Ketahui oleh mu wahai segala saudara ku mudah-mudahan menguntungkan kamu oleh Allah dan akan daku dengan keredhaannya akan bahawa sanya ibadah itu pilihan bagi segala orang yang dengan mata hati dan ibadah itulah jalan keuntungan dan jalan syurga maka mereka yang mendapati ia akan ibadah maka sesungguhnya lepaslah ia daripada seksa dan beruntunglah ia berkekalan selama-selamanya.
ILMU
Mestilah kamu dengan ilmu mula apa-apa pun mudah-mudahan memberi taufik akan dikau oleh Allah, sabda Nabi saw :
العلم إمام العمل والعمل تابعه
Ertinya ilmu itu ikutan amalan dan amalan itu yang mengikut bagi ilmu.
Ketahui oleh mu akan bahawa sanya segala ilmu yang dituntut akan dia ada di dalamnya fardhu ain itu tiga ilmu iaitu:
Ilmu Tauhid.
Ilmu tasauf.
Dan ilmu feqah.
Maka apabila dapat bagi sekelian kamu fardhu ain dalam tiga ilmu itu maka sesungguhnya jadilah kamu orang alim umat Muhammad saw yang tetap pada ilmunya. Maka jika kamu beramal dengan ilmu kamu nescaya adalah kamu itu hamba Allah taala yang alim yang beramal kerana Allah taala dengan mata hati yang melihat yang tiada jahil dan yang tiada meniru-niru dan yang tiada lalai bahkan yang jaga , maka bagi kamu itu kemulian yang besar. Dan bagi ilmu kamu itu harga yang besar dan pahala yang banyak. Dan akan Allah taala yang dipohonkan akan bahawa menolong bantu ia akan kamu dan akan kami dengan keelokkan taufiknya dan keelokkan memudahnya bahawa sanya taala yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani. Amin.
No comments:
Post a Comment