Wednesday, 15 February 2012

Sambungan Durruth Thamin: hukum Akal



( وَاَمَّا الْعَقْلُ فَهُوَ سَبَبُ الْعِلْمِ أَيْضاً وَمَا ثَبَتَ مِنْهُ بِالْبَدِيْهَةِ فَهُوَ ضَرُورِىٌ كَالْعِلْمِ بِأَنَّ الكُلَّ أَعْظَمُ مِنْ جُزْئِهِ وَماَ ثَبَتَ بِهِ الاِسْتِدْلاَلُ فَهُوَ اِكْتِساَبِى )
Dan adapun Aqal  maka iaitu sebab bagi pengetahuan pula dan barang yang thabit daripadanya dengan nyata maka iaitu dinamakan dharuri seperti kita mengetahuikan dengan bahawa sanya "kul" itu terlebih besar dari "juzuknya".
Dan seperti satu itu setengah dua dan kurang daripada sepuluh dan barang yang thabit dengan mengambil dalil yakni dengan nazhar maka iaitu dinamakan kasbi(usha) seperti hukumkan alam ini baharu sebab kita melihat ia berubah-ubah maka tiap-tiap yang berubah-ubah itu dihukumkan dengan baharu.

"Masalatun"
Ketahui oleh mu bahawa sanya ilmu itu;
ada kalanya tasawur ( gambaran),
dan adakalanya tasdiq:(membenar dengan Hati)
Maka makna tasawur itu iaitu mendapatikan kejadian sesuatu itu dengan tiada dihukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita tasawurkan makna alam iaitu tiap-tiap yang maujud  yang lain daripada Allah.
Maka makna tasdiq itu iaitu mendapatkan kejadian suatu itu serta kita hukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita kata alam ini baharu dan ini bukan qadim.
Dan bahawa sanya hukum itu iaitu
( أِثْبَاتُ أَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ )
Menyabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau alam ini bukan qadim pada nafinya dan bahawa sanya:

( الحَاكِمُ بِالاِثْبَاتِ أَوِ النَّفْىِ اِماَ الشَّرْعُ وَاِماَّ الْعَقْلُ وَاِماَّ العَادَةُ )
Yang menghukum dengan ithbat itu atau dengan nafi itu:
Ada kalanya Sya'ra
Ada kalanya Adat
Ada kalanya Aqal
Maka dari kerana inilah terbahagi hukum itu kepada bahagian:
Pertama hukum Syar'ei dan
keduanya hukum Adat dan
Ketiganya hukum Aqal,
Maka hukum Syara' itu iaitu

( وَهُوَ خِطَابُ اللهِ تعالى المُتَعَلِّقُ بِأَفْعاَلِ المُكَلَّفِينَ بِالطَلَبِ أَوِ الْاِبَاحَةِ وَالوَضْعِ لَهُمَا )
 Iaitu tuntut Allah taala yang bergantung dengan perbuatan mukallaf ada kalanya dengan tholab dan adakalanya dengan ibahat dan adakalanya dengan dihantarkan bagi keduanya.
Maka masuk di dalam kata tholab (tuntut ) itu empat perkara:
Pertamanya Ijab ( wajib )
Keduanya nadbun ( sunat )
Ketiganya tahrim ( haram )
Keempatnya makruh

No comments:

Post a Comment