Saturday, 14 January 2012

Sambungan Durruth Thamin bab Taklid 01

( وَقَدِ اخْتَلَفَتِ العُلَماَءُ  فِيمَنْ قَلَّدَ فِى عَقَائِدِ التَوْحِيدِ هَلْ يَكْفِى تَقْلِيدُهُ اِذَا كَانَ جَازِماً بِهِ لاَ تَرَدَّدَ مَعَهُ دُونَ عِصْياَنِ أَوْ يَعْصِى بِتَرْكِهِ النَّظْرَ قَالَ جَمْهُورُ العُلَماَءِ يَعْصِى اِنْ كَانَ فِيهِ أَهْلِيَةُ النَظَرِ وَِلَمْ يَنْظُرْ وَاَماَّ القَوْلُ بَاَنَّهُ كَافِرٌ فَاِنَّماَ يُعْرَفُ لِاَبِى هَاشِمْ الجُبَائِى مِنَ المُعْتَزِلَةِ )

 

Dan sanya bersalahan Ulama pada orang yang taklid pada ilmu Aqaeid tauhid adakah memadai taklidnya apabila ada jazamnya dengan dia tiada syak sertanya tiada berdosa yakni jika sekira-kira kembali orang yang diikutnya sekalipun tiada ia kembali daripada barang yang ditaklidnya.

Demikianlah taklid yang sahih yang khilaf Ulama padanya.

Adapun jika taklid yang tiada putus[1]  seperti ada ia jika kembali orang yang diikutnya nescaya mengikut kembali pula ia maka taklid ini tiada sah, kafir ia dengan ittifak Ulama atau berdosa orang yang taklid itu dengan sebab ia meninggalkan nazhar kata jamhur Ulama orang yang takliud itu ia berdosa njika ada ia Ahli nazhor maka jika tiada bagi orang yang taklid keadaannya ahli nazhor padanya maka sah taklidnya tiada berdosa ia.

Dan adapun perkataan yang berkata bahawa sanya ia kafir dihukumkan iktibar pada akhirat disana kafir.

Adapun di dunia disinji dihukumkan baginya islam maka diberikan segala hukum orang yang islam seperti haram kita bunuh akan dia dan ambil hartanya dan lainnya kerana mengucap ia akan dua kalimah  syahadah.

Maka tiada hukum orang yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan apabila ada berserta ia perbuat kufur seperti ia sujud bagi berhala dan seumpamanya maka dihukumkan kafir dunia dan akhirat  seperti barang yang dihukumkan Nabi atasnya selawat dan salam dengan islam orang yang mengucap dua kalimah syahadah kemudian bersabda ia وَحِسَابُهُمْ عَلَى الله ِ   dan hisab mereka itu atas Allah taala..

Maka bahawa sanya Abu Hasshim aljubai daripada Muktazilah yakni perkataan yang berkata kafir orang yang takliditu bagi Abi Hashim daripada Muktazilah dan muafakat akan dia oleh Imam Sunusi pada syarah kabirnya ia menaqal daripada Imam AshAri dan qadi Abi bakar dan beberapa Ulama tetapi perkataan ini Dhoif kerana lazimlah atas kafir orang yang taklid mengkafirkan kebanyakan awam mukminin kerana bahawa sanya tiada ada nazhor bagi mereka itu maka tiada iman mereka itu dan ialah yang kebanyakan umat ini.

Dan yang demikian itu memberi cedera pada keadaannya Nabi kita itu terlebih banyak Anbiya yang mengikutnya seperti barang yang dikeluarkan daripada hadith Ibnu Majah dan Tarmizi daripada Buraidah bin alKhothib sabda Nabi saw:

أَهِلُ الجَنَّةِ عِشْرُونَ وَمِائَةُ صَفٍّ ثَماَنُونَ مِنْهاَ مِن هَذِهِ الأُمَّةِ وَاَرْبَعُونَ مِنْ سَائِرِ الاُمَمِ

قَالَ تَرمِذِى حَدِيثٌ حَسَنٌ

Isi Syurga itu seratus dua puluh Saf , delapan puluh daripadanya daripada umat ini yakni umat ku ini dan empat puluh daripada segala umat Nabi yang terdahulu. Kata imam Tarmizi Hadith ini hasan.



[1] Yakni tiada hatinya berpegang dengan taklidnya secara jazam.

No comments:

Post a Comment