Dan makna وَالوَضْعِ لَهُمَا
( عِبَارَةٌ عَنْ نَصْبِ الشَارِعِ أَماَرَةٌ عَلَى حُكْمِ مِنْ تِلْكَ الاَحْكاَمْ الخَمْسَةِ )
Ibarat daripada mendirikan oleh Syara' akan tanda atas suatuhukum daripada demikian segala hukum yang lima dahulu itu.
Maka hukum wad'ei itu lima perkara:
- Pertama syarat dan
- Keduanya manik dan
- Ketiganya sebab dan
- Keempatnya sahih dan
- Kelimanya pasid ( rosak )
Maka apabila kita pukulkan lima ini iaitu hukum wad'ei yang lima kepada hukum taklifi yang lima dahulu iaitu wajib dan nadab dan haram dan makruh dan harus jadi hasilnya dua puluh lima.
Maka erti syarat itu :
مَا يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِهِ الْعَدَمُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ وُجُودِهِ الوُجُودُ وَلاَ عَدَمُ لِذَتِهِ
Barang yang lazim daripada ketiadaan syarat ketiadaan masyrut dan lazim daripada ada syarat ada masyrut dan tiada nya bagi zatnya seperti haul ( cukup tahun) syarat bagi wajib zakat maka lazim daripada ketiadaan haul ketiadaan wajib zakat dan tiada lazim daripada ada haul wajib zakat dan ketiadaan wajibnya dengan sekira-kira kita tilik kepada zat haul jua.
Dan adapun jika kita tilik kepada lainnya maka terkadang didapat akan haul dan tiada wajib zakat sebab ada manik iaitu hutang atau sebab tiada sebab iaitu iaitu memiliki nisab .
Maka erti manik itu iaitu :
مَا يَلْزَمُ مِنْ وُجُودِهِ الْعَدَمُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِهِ الوُجُودُ وَلاَ عَدَمُ لِذَتِهِ
Barang yang lazim daripada wujud manik itu ketiadaan wujud hukum dan tiada lazim daripada ketiadaan manik itu wujud hukum dan tiada adamnya dengan ditilik kepada zatnya seperti haid umpamanya maka lazim daripada ada haid itu ketiadaan diperolehi sembahyang dan lazim daripada ketiadaan haid itu ada sembahyang dan tiada adam sembahyang dengan sekira-kira kita tilik kepada zat haid dan adapun dengan kita tilik kepada yang lain maka terkadang ketiaaan haid dan tiada wajib sembahyang sebab ketiadaan syarat dan iaitu aqal atau ketiadaan sebab dan iaitu waktu.
Maka erti sebab itu iaitu:
مَا يَلْزَمُ مِنْ وُجُودِهِ الوُجُودُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِهِ العَدَمُ لِذَتِهِ
Barang yang lazim daripada wujudnya sebab itu wujud musabbab dan daripada ketiadaannya ketiadaan musabbab bagi zatnya seperti gelincir matahari umpamanya nisbah kepada wajib sembahyang zhuhur maka lazim daripada diperolehi gelincir matahari wujub zhuhur dan lazim daripada ketiadaan zawal ketiadaan wajib zhuhur nisbah ditilik bagi zatnya.
Dan adapun dengan kita tilik kepada yang lain daripadanya maka terkadang didapat gelincir matahari maka tiada wajib sembahyang kerana ketiadaan syarat iaitu beraqal atau sebab ada manik iaitu haid .
Maka erti sah itu iaitu :
ماَ يَتَعَلَّقُ بِهِ النُّفُوذُ وَيُعْتَدُّ بِهِ
Barang yang bergantung dengan dia oleh lulus dan dibilangkan dengan dia.
Maka erti bathal itu iaitu:
ماَ لاَ يَتَعَلَّقُ بِهِ النُّفُوذُ وَلاَ يُعْتَدُّ بِهِ
Barang yang tiada bergantung dengan oleh lulus dan tiada dibilangkan dengan dia seperti sembahyang umpamanya maka yang sah itu barang yang melengkapkan segala syarat dan rukunnya dan bathal apabila ketiadaan suatu syarat daripada beberapa syaratnya atau ketiadaan satu rukun daripada beberapa rukunnya.
وَالْحُكْمُ العاَدِى هُوَ إِثْبَاتُ الرَّبْطِ بَيْنَ أَمْرٍ وَ أَمْرٍ وُجُوداَ أَو عَدَماً بِوَاسِطَةِ التَكَرُّرِ مَعَ صِحَّةِ التَّخَلُّفِ وَعَدَمِ تَأْثِيرِ أَحَدِهِماَ فِى الآخَرِ أَلْبَتَةَ
Dan hukum adat itu iaitu kita ithbatkan tambatan antara satu pekerjaan dan satu pekerjaan pada wujudnya atau pada adamnya dengan menengahi berulang-ulang serta sah bersalah-salahan dan ketiadaan memberi bekas salah suatu daripada keduanya pada yang lainnya sekali-kali.
Bermula bahagian tambatan itu empat bahagian:
- Pertamanya tambatan wujud dengan wujud seperti kita tambatkan wujud kenyang sebab ada wujud makan.
- Keduanya tambat adam (tiada) dengan adam seperti tambat ketiadaan kenyang dengan ketiadaan makan.
- Ketiganya tambat wujud dengan adam seperti kita tambatkan ada lapar dengan ketiadaan makan.
- Keempatnya tambat adam dengan wujud seperti kita tambatkan akan ketiadaan lapar keadaan makan.
No comments:
Post a Comment