Sunday, 28 August 2011

sambungan kitab Durruth Thamin

Dan bahagian yang keduanya itu makna kata sheikh:

وَالنَّوْعُ الثَّانِى خَبَرُ الرَّسُولِ الْمُؤَيِّدِ بِالْمُعْجِزَةِ

Dan bahagian yang keduanya iaitu khobar Rasulullah saw yang dikuatkan dengan mukjizat  yakni khobar yang keluar daripada lidah  Rasulullah saw yang menunjukkan benarnya dengan perkara yang mencarikkan bagi  adat yang menunjukan atas benar ianya pesuruh Allah.

 

وَهُوَ مُوْجِبُ لِلْعِلْمِ وَالِاسْتَدْلاَلِ وَالْعِلْمُ الثَابِتُ بِهِ يُضَاهِى الْعِلْمُ الْثَابِتُ بِالضَّرُورَةِ فِى التَّيَقُّنِ وَالثَبَاتِ.

Dan iaitu khobar Rasulullah saw itu mewajibkan ( menjadi sebab ) bagi pengetahuan dan yang bangsa mengambil dalil  yakni dengan ditilik pada dalil dan yang demikian itu seperti dikatanya ini khobar orang yang thabit pesuruhan dengan mukjizat maka tiap-tiap khobar yang thabit dengan mukjizat maka adalah ia iaitu khobar yang thabit sadiq qat'an maka hasil ( yang menghasilkan) ilmu bagi kita atas khobarnya itu sadiq qat'an dan ilmu yang thabit dengan khobar Rasulullah saw itu menyerupai dengan ilmu yang thabit dengan dharuri pada yaqinnya dan pada tayaqqan yakni khobar Rasulullah saw dan khobar yang mutawatir itu keduanya hasil yaqin dan jazam dan putus dan hanya perceraian antara keduanya itu bahawa sanya ilmu yang hasil daripada khobar Rasulullah saw itu iaitu tiada hasil ia melainkan bagi orang yang Ahli istidlal dan ilmu yang hasil daripada khobar mutawatir itu tiada disyaratkan baginya istidlal.

 

( وَاَمَّا الْعَقْلُ فَهُوَ سَبَبُ الْعِلْمِ أَيْضاً وَمَا ثَبَتَ مِنْهُ بِالْبَدِيْهَةِ فَهُوَ ضَرُورِىٌ كَالْعِلْمِ بِأَنَّ الكُلَّ أَعْظَمُ مِنْ جُزْئِهِ وَماَ ثَبَتَ بِهِ الاِسْتِدْلاَلُ فَهُوَ اِكْتِساَبِى )

Dan adapun Aqal  maka iaitu sebab bagi pengetahuan pula dan barang yang thabit daripadanya dengan nyata maka iaitu dinamakan dharuri seperti kita mengetahuikan dengan bahawa sanya "kul" itu terlebih besar dari "juzuknya".

Dan seperti satu itu setengah dua dan kurang daripada sepuluh dan barang yang thabit dengan mengambil dalil yakni dengan nazhar maka iaitu dinamakan kasbi(usha) seperti hukumkan alam ini baharu sebab kita melihat ia berubah-ubah maka tiap-tiap yang berubah-ubah itu dihukumkan dengan baharu.

 

"Masalatun"

Ketahui oleh mu bahawa sanya ilmu itu;

  1. ada kalanya tasawur ( gambaran),
  2. dan adakalanya tasdiq:

Maka makna tasawur itu iaitu mendapatikan kejadian sesuatu itu dengan tiada dihukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita tasawurkan makna alam iaitu tiap-tiap yang maujud  yang lain daripada Allah.

Maka makna tasdiq itu iaitu mendapatkan kejadian suatu itu serta kita hukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita kata alam ini baharu dan ini bukan qadim.

Dan bahawa sanya hukum itu iaitu

( أِثْبَاتُ أَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ )

Menyabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau alam ini bukan qadim pada nafinya dan bahawa sanya:

 

( الحَاكِمُ بِالاِثْبَاتِ أَوِ النَّفْىِ اِماَ الشَّرْعُ وَاِماَّ الْعَقْلُ وَاِماَّ العَادَةُ )

Yang menghukum dengan ithbat itu atau dengan nafi itu:

  1. Ada kalanya Sya'ra
  2. Ada kalanya Adat
  3. Ada kalanya Aqal

Maka dari kerana inilah terbahagi hukum itu kepada bahagian:

  1. Pertama hukum Syar'ei dan
  2. keduanya hukum Adat dan
  3. Ketiganya hukum Aqal,

Maka hukum Syara' itu iaitu

 

( وَهُوَ خِطَابُ اللهِ تعالى المُتَعَلِّقُ بِأَفْعاَلِ المُكَلَّفِينَ بِالطَلَبِ أَوِ الْاِبَاحَةِ وَالوَضْعِ لَهُمَا )

 Iaitu tuntut Allah taala yang bergantung dengan perbuatan mukallaf ada kalanya dengan tholab dan adakalanya dengan ibahat dan adakalanya dengan dihantarkan bagi keduanya.

  1. Maka masuk di dalam kata tholab (tuntut ) itu empat perkara:
  2. Pertamanya Ijab ( wajib )
  3. Keduanya nadbun ( sunat )
  4. Ketiganya tahrim ( haram )
  5. Keempatnya makruh

 

( فَالاِيجَابُ طَلَبُ الفِعْلِ طَلَباً جَازِماً كَالاِيماَنِ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَقَوَاعِدِ الاِسْلاَمِ )

Maka tuntut wajib itu iaitu tuntut berbuat akan sebagai tuntut yang putus ( mesti) seperti suruh beriman dengan Allah dan rasulnya dan dengan qawaeid islam  yakni segala rukun islam yang lima.

 

( فَالنَدْبُ طَلَبُ الفِعْلِ طَلَباً غَيْرَ جَازِمٍ كَصَلاَةِ الفَجْرِ )

Dan yang sunat itu iaitu tuntut perbuat akan sebagai tuntut yang tiada putus seperti tuntut suruh sembahyang sunat subuh.

 

( وَالتَّحْرِيمُ طَلَبُ الكَفِّ عَنِ الفِعْلِ طَلَبَاً جَازِماً كَشُرْبِ الخَمْرِ )

Dan haram itu iaitu tuntut tegah daripada perbuat akan sebagai tuntut yang putus (mesti) seperti tegah minum Arak.

 

( وَالكَرَاهَةُ طَلَبُ الكَفِّ عَنِ الفِعْلِ طَلَبَاً غَيْرَ جَازِمٍ كَتِلاَوَةِ القُرْآنِ فِى الرُّكُوعِ )

Dan makruh itu iaitu tuntut tegah daripada perbuat akan sebagai tuntut yang tiada putus seperti membaca quran di dalam rukuk.

 

(هِىَ إِذْنُ الشَّرْعِ فِى الفِعْلِ وَالتَرْكِ مِنْ غَيْرِ تَرْجِيحٍ لِاَحَدِهِماَ عَلَى الآخَرِ كَالاَكْلِ الخُبْزِ وَلُبْسِ القَطْنِ )

 

Iaitu ibarat daripada mengharus oleh Syara' pada berbuat dan meninggalkan dia dengan ketiadaan berat salah satu daripada keduanya atas yang lainnya seperti memakan roti dan memakai kain benang. Dan makna  وَالوَضْعِ لَهُمَا

No comments:

Post a Comment