Faedah kata Sheikh Najmuddin an Nasafi pada Aqaeidnya rahimahuallah taala:
قَالَ أَهْلُ الحَقِّ : حَقَائِقُ الأَشْياَءِ ثَابِتَةٌ وَالعِلْمُ بِهاَ مُحَقِّقٌ
Telah berkata oleh Ulama Ahli usuluddin bermula hakikat itu yakni segala perkara yang kita iktikadkan adanya itu thabit ia yakni ada maujud pada khorij ( yang boleh dilihat oleh mata kepala) yakni hakikat suatu itu kejadiannya suatu itu yang ia berdiri dengan dia seperti umpama manusia itu apa hakikatnya maka dikata hakikatnya itu hayawan yang berkata-kata dan kata Sheikh pula dan mengetahui dengan dia ertinya dengan hakikat segala perkara itu sebenarnya yakni thabit ditasawurkan dan ditasdikkan dengan adanya inilah perkataan Ahli hak khilaf bagi kaum yang sesat iaitu kaum Saufasthoiyah dan lagi katanya:
وَأَسْباَبُ العِلْمِ لِلْخَلْقِ ثَلاَثٌ : الحَواَسُ السَّلِيمَةُ وَالخَبَرُ الصَادِقُ وَالعَقْلُ
segala sebab bagi pengetahuan yakni sebab yang mendapatkan bagi ilmu yang baharu itu tiga sebab dengan istiqra':
- pertamanya hawas yang sejahtera yakni pendapat yang lima yang sejahtera yang lagi akan datang (bahasannya).
- keduanya khobar yang sadiq yakni khobar yang benar yang muafakat bagi waqi'.
- ketiganya Aqal iaitu nur yang ditaruh di dalam suwaida'i hati.
Maka adalah bersalah-salahan derjatnya ada yag sedikit dan ada yang banyak maka bersalah-salahan manusia maka yang terlebih sempurna Aqal itu kepada Nabi kita saw.
فَالحَواَسُ خَمْسٌ اَلسَّمْعُ وَالْبَصَرُ وَالشِّمُّ وَالذَّوْقُ وَالْلَمْسُ
Maka Hawas itu lima pertamanya pendengar dan keduanya penglihat dan ketiganya pencium dan keempatnya perasa dan keliamanya penjabat.
Maka pendengar itu iaitu satu kuah yang dijadikan dia pada telinga yang mendapat dengan dia akan segala suara.
Dan pelihat itu kuah yang dijadikan akan dia pada mata yang mendapat dengan dia akan segala warna dan segala rupa dan umpama keduanya.
Dan pencium itu kuah yang dijadikan dia pada hidung yang mendapat dengan dia segala bau-bauwan.
Dan perasa itu iaitu kuah yang dijadikan pada lidah yang mendapatkan dengan dia akan segala rasa manis dan masam dan lainnya.
Dan penjabat itu iaitu kuah yang dijadikan dia yang bertaburan pada ghalib tubuhnya yang mendapatkan dengan dia akan panas dan sejuk dan umpamanya.
وَبِكُلِّ حاَسَةٍ مِنْهاَ يُتَوَقَّفُ عَلَى ماَ وُضِعَتْ هِىَ لَهُ
Dan dengan tiap-tiap pendapat satu daripada yang lima itu terhenti ia atas barang yang dijadikan ia baginya maka didapatkan segala pelihat itu dengan mata tiada dengan telinga dan didapat akan segala pendengar itu dengan telinga dan pencium itu dengan segala hidung demikianlah dikatakan pada tiap-tiap suatu yang tersebut itu dengan dijadikan oleh Allah dan dilakukan pada adat jua tiadac dengan makna bahawa sanya tiada dapat melainkan demikian itu tetapi kuasa Allah taala bahawa menjadikan akan mendengar itu pada anggota yang lainnya daripada telinga maka didengar dengan sekelian tubuhnya demikianlah dikatakan pada yang lainnya.
وَالخَبَرُ الصَّادِقُ عَلَى نَوْعَينِ أَحَدُهُماَ اَلْخَبَرُ الْمُتَواَتِرُ الثاَبِتُ عَلَى أَلْسِنَةِ قَوْمٍ لاَ يَتَصَوَّرُ تَوَاطُؤُهُمْ عَلَى الكَذِبِ
Bermula khobar yang sadiq itu terbahagi ia atas dua bahagi:
Salah satu daripada keduanya itu khobar mutawatir yang iaitu atas lidah beberapa kaum yang tidak terupa oleh muafakay mereka itu atas dustanya.
وَهُوَ مُوجِبٌ لِلْعِلْمِ الضَّرُورِي كَالْعِلْمِ بِالمُلُوكِ الْخاَلِِيَةِ فِى الْأَزْمِنَةِ الْماَضِيَةِ وَالْبُلْدَانِ النَّائِيَةِ
Dan iaitu khobar yang mutawatir itu mewajibkan bagi ilmu dharuri iaitu pengetahuan yang tiada berkehendak kepada tilik dan usha seperti mengetahui kita dengan beberapa raja-raja yang dahulu dahulu sepert kerajaan Nabi Sulaiman dan Zulkarnain pada masa yang telah lalu beberapa tahun dan beberapa bulan dan beberapa hari dan beberapa negeri yang jauh seperti negeri Rom dan Syam dan Baghdad dan lainnya.
Maka adalah segala yang tersebut itu ilmu yang putus lagi nyata adanya tiada dapat didusta lagi.
No comments:
Post a Comment