Dan tak dapat tiada bagi orang yang berkehendak masuk bicara ilmu atas jalan yang sempurnanya bahawa diketahui dahulunya akan mabadi yang sepuluh ini.
حَدُّهُ وَمَوْضُوعُهُ وَوَاضِعُهُ وَاسْمُهُ وَغَايَتُهُ وَحُكْمُهُ وَمَقْصُودُهُ وَاسْتِمْدَادُهُ وَفَائِدَتُهُ وَنِسْبَتُهُ
Tandanya dan tempat hantarnya dan yang menghantarkan dia dan namanya dan kesudahannya dan hukumnya dan maksudnya dan tempat ambilnya dan faedahnya dan nisbahnya inilah yang dinamakan mabadi yang sepuluh perkara itu.
1. Maka had ilmu Usuluddin ini yang dimaksudkan padanya
اَلْعِلْمُ بِالْعَقَائِدِ الدِّينِيَّةِ النَّاشِئَةِ عَنِ الأَدِلَّةِ الْيَقِينِيَّةِ
Iaitu ilmu dengan beberapa aqaeid yang bangsa agama yang tertentu daripada beberapa dalil yang diyakinkan.
.
2. Dan maudu'nya itu zat Allah taala dan segala Ambiyanya yang kita bicarakan itu zat Allah dan segala Rasulnya daripada sekira-kira yang kita bicarakan daripada barang yang wajib baginya dan yang mustahil dan yang harus.
3. Dan Wadi'nya yakni pertama-tama orang yang menghantarkan dia itu iaitu Abu Hassan Asaari.
Dan adalah ceritanya, adalah Abu Hassim al Jubaei guru Abul Hassan Asaari lagi pula bapa tiri suami ibunya maka tinggal mengikut barang yang diambil daripada ilmu Muktazilah empat puluh tahun kemudian maka melihat ia akan Nabi saw pada tidurnya tiga kali pada hal berkata ia baginya pada tiap-tiap kalinya: Hai abal hassan tolong oleh mu akan aqaeid yang diriwayatkan daripada aku maka bahawa sanya ia sebenar maka sembah Abul Hassan pada yang ketiga kalinya batapa aku tinggal akan mazhab yang sudah aku tasawurkan masaalahnya dan aku ketahui akan dalilnya tiga puluh tahun daripada bicara aku dengan ilmunya maka sabda Rasulullah saw jika tiada aku ketahui bahawa sanya Allah taala menolong akan dikau dengan penolongnya tiada aku suruh akan dikau kemudian maka jaga ia daripada tidurnya maka berkata ia tiada kemudian daripada nyata yang sebenar melainkan sesat kemudian maka mengambil akan beberapa Hadis yang menolongkan akan iktikad Ahli Sunnah dan jemaah yang datang pada melihat akan Allah taala pada hari kiamat dan hadis memberi sufaat Nabi saw dan lainnya maka ditolongkan dia oleh Allah dengan penolongnya maka adalah ia membukakan daripadanya beberapa bicara dan beberapa dalil dan burhan yang tiada pernah mendengar daripada Sheikhnya sekali-kali dan tiada pernah dilihatnya di dalam kitab kemudian lenyap ia daripada mata manusia pada rumahnya lima belas hari kemudian keluar ia kepada Masjid jamik dan naik ia keatas mimbar dan berkata ia wahai segala manusia sesungguhnya adalah ghaib ku daripada kamu masa ini kerana bahawa sanya aku tilik akan beberapa dalil maka aku dapat bersama padaku akan beberapa dalil yakni berlawanan dalil tiada dapat aku hendak lebih sesuatu daripada satunya maka aku minta petunjuk daripada Allah taala maka menunjukan daku kepada iktikad yang sebenarnya maka aku taruhkan di dalam kitab ku ini.
Dan sesungguhnya telah aku tinggalkan daripada segala ilmu yang ada aku iktikadkan akan dia seperti aku tanggalkan daripada kain ku ini maka ditanggalkan akan kain yang ia pakai yang ada padanya dan dilontarnya kemudian maka diangkatkan kitab yang ia karang atas mazhab Ahli Sunnah dan jemaah kepada manusia.
Maka adalah ia pertama-tama orang yang mengedarkan ilmu aqaeid atas jalan kitab dan sunnah yang mengikut al Quran dan Hadis dan Ijmak Sahabat yang dahulu-dahulu yang saleh-saleh maka jadi hinalah segala Ahli Muktazilah.
4. Dan nama ilmu ini ilmu tauhid dan ilmu sifat dan ilmu Aqaeid dan ilmu Usuluddin dan ilmu Kalam.
Maka sekeliannya itu nama ilmu ini maka sebab dinamakan ilmu kalam kerana kebanyakan bicaranya itu pada kalam adakah ia qadim atau hadith ( baharu ) dan beberapa difitnah segala manusia suruh mengatakan quran itu makhluk seperti yang diriwayatkan daripada Ahmad bin an Nadhar al Khuzaei salah saorang Ulama Ahli Hadis yang diserukan akan dia oleh Wathik kepada berkata makhluk Quran maka enggan ia maka dikeratkan lehernya dan digantungkan kepalanya pada Baghdad dan disuruh orang tunggu dan memalingkan mukanya daripada qiblat maka mengkhobarkan yang menunggu itu kepada Wathik bahawa sanya ia melihat pada waktu malam, berpaling ia dengan sendirinya keqiblat dengan mukanya membaca akan surah Yasin dengan lidahnya fasih.
Dan pada satu riwayat membaca ia akan :
ألم أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ
5. Dan Ghayah ilmu ini ertinya kelebihannya : dapat membezakan antara beberapa aqaeid yang sahihnya dengan yang pasidnya ( rosak) yakni diketahuikan akan yang sahih dengan yang binasanya kerana.
6. Hukum ilmu ini.
Wajib Aini atas tiap-tiap orang yang mukallaf dan ialah awal ilmu yang ditanya daripadanya akan manusia di dalam quburnya dan adalah Rasulullah saw barsabda ia
تَعَلَّمُوا حُجَّتَكُمْ فَاِنَّكُمْ مَسْؤُلُونَ
Berlajar sekelian kamu akan hujjah kamu maka bahawa sanya kamu ditanyakan akan kamu sekelian pada hari qiyamat.
7. Dan Maksudnya iaitu beberapa mas'alahnya yang thabit pada ilmu usuluddin ini dengan burhan seperti kita sebutkan baharu Jauhar dan A'rad dan menyebutkan tuhan yang menjadikan Alam dan baginya beberapa sifat dan dengan beberapa dalil yang sam'eyah yakni yang diambil daripada Hadis seperti kita thabitkan dikembalikan tubuh yang sudah hancur dan Syurga dan Neraka.
8. Dan Istimdadnya yang tempat keluarnya itu daripada qurang dan Hadis Nabi saw.
9. Dan faedahnya mencapai kebahagian dua negeri iaitu Dunia dan Akhirat masuk kedalam syurga kekal selama-lamanya dan melihat akan wajah tuhan yang tiada sepertinya sesuatu .
10. Dan nisbahnya ilmu ini ilmu Agama.
Inilah kesudahan mabadi yang sepuluh perkara yang sayugia dipelajarikan dahulu daripada mengerjakan sesuatu.
No comments:
Post a Comment