Monday 11 July 2011

kuliah tauhid 11 julai.

Shahdan:

Adalah maksud yang terlebih besar daripada ilmu ini iaitu mengenal akan tuhan Rabbil Arbab maka mengenal akan dia itu fardhu yang lazim bagi yang Aqil baligh maka hendaklah diketahuinya dengan iktikad yang jazim yang muafakat bagi sawwab ( betul).

Maka tiada hasil iktikad itu melainkan mengikut bagi quran dan hadis Nabi saw dan mengikut bagi keduanya itu mengangkatkan hijab shak dan zhon dan waham maka didapatnya ilmu yang putus yang yaqin.

Maka diketahuinya bahawa sanya segala Alam ini tanda yang menunjukkan keadaan tuhan yang menjadikan dia itu amat kuasa lagi amat mengetahui lagi yang mendirikan tujuh petala langit dan bumi lagi ialah tuhan yang wajib wujudnya lagi qadim lagi baqi ialah yang mentadbirkan segala yang maujud ini lagi amat nyata daripada tiap-tiap suatu dan ialah yang menyatakan tiap-tiap sesuatu kerana bahawa sanya ioa menerangkan tujuh petala langit dan bumi dan jikalau tiada nurnya yang meliputi bagi tiap-tiap suatu maka betapa nyata tiap-tiap suatu itu.

Maka jangan kita sangka  ia terdinding dengan Alam ini kerana yang terdinding itu maqhur yakni tergagah   وَهُوَ القاَهِرُ فَوْقَ عِباَدِهِ  ertinya ialah yang mengerasi atas segala hambanya.

Maka betapa ia tersembunyi pada hal ia terlebih zahir daripada tiap-tiap suatu dan hanya sesungguhnya terdinding makhluk itu daripadanya sebab sangat nyatanya dan sangat cemerlang cahayanya maka ialah yang terlebih zahir daripada bahawa mengambil dalil atasnya lagi terlebih besar daripada bahawa menyampaikan dia dengan suatu yang lain daripadanya kepadanya maka ialah yang awal dan yang akhir dan yang zahir dan yang bathin dan ialah dengan tiap-tiap suatu itu amat mengetahui dan ialah dengan tiap-tiap suatu itu amat meliputi dan ialah yang terlebih hampir daripada urat lehernya.

Dan hanya sesungguhnya yang mendindingkan dia itu waham yang bangsa aghyar yang adamiyah pada hati kita maka ialah yang mendindingkan daripada melihat akan nyata wujudnya dan sebab bersusun ain athar yang termeteri pada mata hatinya dan jika hilanglah aghyar dan athar daripada mata hatinya dengan dicarikkan hijab yang bangsa wahmiyah yang adamiyah itu nescaya keluarlah cahaya matahari makrifat dan ilkmu dan melihatlah ia akan ain maujud yang terlebih daripada mengambil dalil atasnya dan nyatalah ia yang menyatakan tiap-tiap suatu.

Dan lagi maksud daripada ilmu ini hendak menyabitkan bagi kamal zatnya taala tuhan kita dan menyabitkan sifat kamalat dan tunggal pada menjadikan alam ini dan menafikan dia daripada segalasifat yang kekurangan dan bersamaan dengan segala yang baharu ini.

Dan demikian lagi maksud daripada ilmu ini ialah hendak menyabitkan keadaan bagi Allah subhanahu wa taala itu beberapa banyak rasulnya dan ialah daripada manusia yang terlebih akmal manusia pada zamannya ialah mempunyai segala sifat yang keelukan dan menafikan daripadanya segala kekurangan dan wajib atas tiap-tiap orang membenarkan barang yang dikhabarkan daripada segala yang ghaib-ghaib yang lagi akan datang dan yang sudah dahulu maka sekeliannya itu benar lagi hak.

Ketahui oleh mu maka adalah manusia itu beberapa pangkat pada iman itu

  1. Ada kalanya dengan taklid.
  2. Ada kalanya Arif.

Maka orang yang taklid itu iaitu iktikad yang jazam lagi muafakat bagi hak yang keluar daripada hatinya lagi membenarkan dia dengan ketiadaan dalil dan burhan.

Maka yang Arif itu:

Ada kalanya  iktikadnya itu jazam lagi muafakat barang yang pada Allah taala serta dengan dalil dan burhan jua inilah pada kebanyakan ahli zahir.

Ada kalanya iktikadnya itu jazam lagi muthabiq dengan hak lagi mustaqir dengan didapatnya dengan wijdan dengan ketiadaan berkehendak kepada dalil dan burhan maka inilah iman ahli khawas.

No comments:

Post a Comment