Tuesday, 24 May 2011

kuliah Tauhid kitab Duruth Thamin di Rumah pada setiap pagi ahad minggu 1,2 n3 jam 1030

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Dengan nama Allah tuhan yang amat murah bagi segala Hambanya yang mukmin dan kafir di dalam negeri dunia ini dan lagi amat mengasihani bagi segala hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat, ku mulai kitab ini.

 

الحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِى دَلَّ عَلىَ وُجُوبِ وُجُودِهِ جَمِيعُ الكَائِناَتِ

Segala puji itu tertentu bagi Allah taala, tuhan yang menunjukkan atas bersifat wajib wujudnya oleh sekelian kainat ini ( makhluknya)

وَاَقَرَّ عَلَى وَحْدَانِيَّتِهِ وَانْفِرَادِهِ كُلُّ المَخْلُقاَتِ

Dan telah mengaku akan keEsaannya dan ketunggalannya oleh segala Makhluk.

وَجَعَلَ الشَّهاَدَتَينِ دَلِيلاً عَلىَ كَماَلِ أَهْلِ السَّعاَدَاتِ

Dan telah menjadikan ia akan yang menunjuk oleh dua kalimah shahadah itu sebagai dalil atas kesempurnaan bagi Ahli orang yang dapat bahagia.

وَخَصَّ لِمَعْرِفَةِ عَقاَئِدِ التَّوْحِيدِ مَنِ اخْتاَرَهُ مِنَ البَرِياَتِ

Dan telah menentu oleh Allah taala bagi mengenal yakni mengetahui bagi aqaeid tauhid akan mereka yang dipilihnya daripada segala manusia.

وَالصَلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدِ المَبْعُوثِ بِالآياَتِ الوَاضِحَاتِ

Dan Rahmat Allah dan Salamnya atas penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan beberapa mukjizat yang amat nyata.

وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِالكَراَماَتِ

Dan atas keluarganya dan sahabatnya dan yang mengikut bagi mereka itu dengan beberapa amal yang saleh-saleh.

وَبَعْدُ فَلَماَّ كَانَ سَنَهُ أَلْفٍ وَمِائَتَينِ وَاثْنَينِ وَثَلاَثِينَ مِنْ هِجْرَةِ النَّبِي عَلَيهِ أَفْضَلُ الصَّلاَةِ وَالسَّلاَمِ

Dan kemudian daripada itu maka tatkala pada tahun seribu dua ratus tiga puluh dua daripada hijrah Nabi yang atasnya terlebih afdhal selawat dan salam.

هَاجَ قَلْبِي الفَاتِرِ وَعْقْلِى القَاصِرِ

Telah bergerak-gerak oleh hati ku yang lumpuh dan aqal ku yang pendek.

اَنْ أَجْمَعَ كَلاَمَ العُلَماَءِ المُحَقِّقِينَ فِى أُصُولِ الدِّينِ وَعَقاَئِدِ أَهْلِ التَوْحِيدِ

Bahawa aku menghimpunkan beberapa kalam Ulama yang muhaqqiqin pada bicara ilmu usululuddin dan Aqaeid Ahli tauhid.

 

وَأَذْكُرُ دُرَرُهاَ وَتَرَكْتُ صَدَفَهاَ تَرْغِيباً للطُلاَبِ

Dan aku sebutkan akan permata lu'lu'nya dan aku aku tinggalkan sadafnya yakni kulatnya hal keadaan aku menggemarkan bagi orang yang menuntut.

مُتَرَجِّماً بِلِساَنِ الجاَوِى كَى يُفْهِمَهُ مَنْ لاَ يَعْرِفُ كَلاَمَ العَرَبِ

Lagi keadaan aku menterjemahkan dengan bahasa jawi supaya difahamkan dia oleh orang yang tiada ketahui bahasa Arab.

3 comments:

  1. kalu x faham, boleh tya ustaz lah yer...he he..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. kitab duruth thamin nie dah 200 tahun dah Ustaz..

    ReplyDelete
  3. ya... sudah dua ratus tahun umurnya, ni yang disebut dalam syair2 kitab pelita penuntut..... tubuhnya sudah tiada di telan bumi tetapi namanya masih hidup kesana kemari... itulah kebesaran ilmu Allah yang di ambik dengan jiwa nan ikhlas... wallahuaalam

    ReplyDelete