Monday, 16 April 2012

Wajib mendirikan imam yang adil

Wajib mendirikan imam yang adil

وواجب نصب امام عدل 

Dan mendirikan ( melantik ) imam yang adil itu wajib yakni satu kewajiban atas umat seaktu ketiadaan nas drpd Allah dan Rasulnya atas sesaorang yang tertentu dan ketiadaan lantikan cadangan daripada imam yang terdahulu, dengan menyalahinya sewaktu didapatkan nas drpd Allah seperti mana firman Allah :
يا داود انا جعلناك خليفة في الارض. ص : ٢٦
Wahai Daud sesungguhnya Kami ( Allah )  Kami jadikan engkau sebagai Khalifah pada muka bumi.
Atau daripada Rasulullah saw atau perlantikan daripada imam yang terdahulu seperti mana yang berlaku drpd Abi Bakr, maka bahawa sa dia telah berwasiat dengan khilafah kemudia daripada dia bagi Umar al khathob ra.

Masalah:
Dan tiada perbezaan pada wajibnya mendirikan atau melantik imam pada berlaku zaman fitnah dan lainnya seperti mana ianya mazhab Ahli Sunnah dan kebanyakan Muktazilah dan kata setengah Ulama: wajib bagi mendiamkan fitnah dan kata setengahnya wajib pada selain zaman fitnah kerana ianya zaman taat. Kata setengah tak wajib sama sekali.

Dikehendiki dengan adil disini:
Iaitu Adil dalam bab Syahadah yang tak dapat di tetapkan melainkan dengan syarat yang lima:
1 ) Islam kerana Kafir tidak memelihara maslahah orang islam.
2 ) Baligh yakni Cukup Umur,dan berakal. Kerana kanak kanak dan orang gila tidak mampu kedua2nya memerintah akan pekerjaan diri keduanya maka tidak boleh memerintah keduany akan pekerjaan orang lainnya.
4 ) Merdeka kerana hamba orang, kesebokan dirinya dengan khidmat akan tuannya. Dan kerana bahawa sa ia dibilang hina di mata manusia maka tidak digerunikan dan tidak di patuhikan suruhannya.
5 ) Ketiadaan Fasik, kerana orang yang fasik tidak dipercayai dengan dia pada suruhannya dan tegahannya. 

Dan dikehendakikan keadaannya adil itu sekalipun pada zahirnya. Kerana bahawa sa ia suatu yang diberati atas kita dengan dia. Maka tidak disyaratkan adil bathinnya.

Kemudian sekelian ini syarat, sesungguhnya iaitu dilakukan pada permulaan dan pada kelakuan ikhtiyar dan adapun pada waktu berkekalan ( setelah dia dilantik dengan lengkap sifat2 seperti diatas) maka tak di syaratkan seperti mana yang akan dimaklumkan akan datang.




@@@ بالشرع فاعلم لا بحكم العقل

فليس ركنا يعتقد فى الدين @@@ ولا تزغ عن امره المبين

الا بكفر فانبذن عهده @@@ فالله يكفينا اذاه وحده

بغير هذا لا يباح صرفه @@@ وليس يعزل ان ازيل وصفه

وامر بعرف واجتنب نميمه @@@ وغيبة وخصلة ذميمه

كالعجب والكبر وداء الحسد @@@ وكالمرء والجدل فاعتمد

وكن كما كان خيار الخلق @@@ حليف حلم تابعا للحق


Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment