Wednesday, 14 December 2011

Sambungan

Dan keluar pula dengan kata 'المُواَفِقُ لِلحَقِّ oleh jazam yang tiada muwafakat bagi hak  maka bahawa sanya tiada dinamakan makrifat tetapi dinamakan jahil murakkab seperti :

  1. jazam nasrani dengan tiga tuhan yang berkata mereka itu bahawa sanya Allah yang menigakan yang tiga, salah satu daripadanya  dinamakan bapa dan satunya anak iaitu Isa dan satunya ibu iaitu Maryam dan.
  2. jazam Majusi dua tuhan satunya asing ia daripada mengerjakan kebajikan maka namanya 'Yazdan' dan 'Nur' dan iaitu Allah dan kerana itulah berkekalan mereka itu menyalakan api  dan yang satunya pula asing ia dengan berbuat kejahatan  dan namanya 'Ahar daripada Zulmah' dan iaitu Syaithan dan tiada mengetahui mereka itu akan Nabi dan tiada bagi mereka itu kitab yang diturunkan:

قَاتَلَهُمُّ اللَّـهُ اَنَّى يُئْفَكُونَ  telah membunuh akan mereka itu  oleh Allah betapa mengada-adakan yang tiada.

 

Dan keluar pula dengan kata عَنْ دَلِيلٍ oleh jazam yang muafakat tiada dengan dalil maka dinamakan dia taklid dan tiada dinamakan makrifat.

Dan erti taklid itu iaitu bahawa mengikut ia akan orang pada perkataannya atau pada iktikadnya tiada ia mengetahui dengan dalilnya.

Maka adalah taklid itu iaitu tiada harus pada ilmu usulluddin lagi haram dan pada ilmu fekah itu fardhu ain seperti kita taklid bagi salah satu daripada imam yang empat maka tiada harus ijtihad pada masalah fekhiyah.

Kata Syeikh Hud hudi rahimahullah:

Adapun apabila engkau ketahui dalilnya maka engkau itu Arif dan tiada ia dinamakan taklid.

Soalan:

Jika kata orang bermula taklid itu pada ilmu Usululiddin itu satu kecelaan  maka yang dipuji itu orang tiada taklid akan sesaorang dan adalah yang demikian itu kesukaran pada ghalibnya kerana bahawa sanya tiada jalan mengetahui dalil melainkan dengan mengambil dari mulut guru-guru pada kebanyakan manusia.

Jawabannya:

Bahawa sanya tiada lazim daripada mengambil kita ilmu daripada mulut masyayiekh dan ulama dusun, kita taklid bagi mereka itu maka bahawa sanya ada kita ambil daripada mulut guru-guru jalan pada belajar dan kemudian daripada sudah kikta ketahui maka jadilah mujtahi padanya dan yang demikian itu tiadalah dicelakan dan yang dicelakan itu iaitu kita ambil dalil daripada orang lain dan tinggal atas taklidnya.

Mithalnya umpama beberapa orang hendak melihat bulan maka melihat saorang dahulu daripada segala kawannya maka ia menunjukan dia akan yang tiada melihat dengan dalil maka segala orang yang melihat akan alamatnya dan tiada ia melihat akan taulannya tetapiia mengikut akan dalil orang yang melihat jua  atau tiada melihat pula akan dalilnya maka keduanya itu dinamakan taklid tetapi yang melihat dalil itu taklid pada dalil dan yang tiada dalil pula taklid pada sifat dan barang siapa yang berpanjangan tilik hingga dilihat akan bulan dengan beberapatandanya maka dinamakan ia orang yang Arif tiada lagi dinamakan taklid.

Demikialah yang kita ambil dalil pada guru-guru kita hinggalah nyatalah maksudnya maka dinamakan Arif .

Maka adalah taklid itu dipuji  dan yang dicela itu taklid yang berkekalan kemudian daripada belajarnya tiada nyata padanya sekali-kali.

( وَقَدِ اخْتَلَفَتِ العُلَماَءُ  فِيمَنْ قَلَّدَ فِى عَقَائِدِ التَوْحِيدِ هَلْ يَكْفِى تَقْلِيدُهُ اِذَا كَانَ جَازِماً بِهِ لاَ تَرَدَّدَ مَعَهُ دُونَ عِصْياَنِ أَوْ يَعْصِى بِتَرْكِهِ النَّظْرَ قَالَ جَمْهُورُ العُلَماَءِ يَعْصِى اِنْ كَانَ فِيهِ أَهْلِيَةُ النَظَرِ وَِلَمْ يَنْظُرْ وَاَماَّ القَوْلُ بَاَنَّهُ كَافِرٌ فَاِنَّماَ يُعْرَفُ لِاَبِى هَاشِمْ الجُبَائِى مِنَ المُعْتَزِلَةِ )

 

Dan sanya bersalahan Ulama pada orang yang taklid pada ilmu Aqaeid tauhid adakah memadai taklidnya apabila ada jazamnya dengan dia tiada syak sertanya tiada berdosa yakni jika sekira-kira kembali orang yang diikutnya sekalipun tiada ia kembali daripada barang yang ditaklidnya.

Demikianlah taklid yang sahih yang khilaf Ulama padanya.

No comments:

Post a Comment