Monday, 12 December 2011

Sambungan duruth Thamin

Kata Syeikh Hud Hudi rahimahullah taala :

وَإِنَّماَ بَدَأَ بِتَقْسِيمِ الْحُكْمِ العَقْلِى لِاَنًَّ المُكَلَّفَ مَطْلُوبٌ بِمَعْرِفَةِ ماَ يَجِبُ فِى حَقَّ اللهِ تعالى وَ ماَ يَجُوزُ وَ ماَ يَسْتَحِيلُ وَلاَ يُحْكَمُ عَلىَ شَئٍ بِأَنَّهُ وَاجِبٌ أَوْ جَائِزٌ أَوْ مُسْتَحِيلٌ حَتَّى يَعْرِفَ حَقِيقَةَ ذَلِكَ

Dan sesungguhnya memulai musannif dengan membahagikan Hukum Aqli kerana bahawa sanya orang yang mukallaf itu dituntut dengan mengenalikan barang yang wajib pada hak Allah taala dan barang yang harus dan barang yang mustahil dan tiada dapat ia menghukumkan atas sesuatu itu dengan bahawa sanya ia wajib atau ia jaiz atau ia mustahil hingga diketahui akan hakikatnya itu dahulunya yakni tiada dapat sesaorang menghukumkan sesuatu hukum itu hingga diketahui dahulu akan ertinya umpamanya seperti kita hukumkan wajib tiap-tiap jirim mengambil kadar zatnya daripada lapang  maka sudah diketahui erti wajib itu dahulu daripada dihukumkannya.

Dan lagi kata Syeikh Sunusi rahimahullah taala :

( وَيَجِبُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ سَرْعاً أَنْ يَعْرِفَ ماَ يَجِبُ فِى حَقِّ مَولاَناَ جَلَّ وَعَزَّ وَماَ يَسْتَحِيلُ وَ ماَ يَجُوزُ وَكَذَا يَجِبُ عَلَيْهِ أَنْ يَعْرِفَ مِثْلَ ذَلِكَ فِى حَقِّ الرُّسُلِ عَلَيهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ )

 

Dan wajib atas tiap-tiap Mukallaf pada Syara' bahawa mengetahui barang yang wajib pada haq Maulana jalla wa azza dan barang yang mustahil dan barang yang harus.

Dan demikian lagi wajib atasnya bahawa mengetahui seumpama demikian itu pada haq segala Pesuruh " atas sekelian mereka itu selawat dan salam".

Maka erti Mukallaf itu iaitu orang yang aqil(beraqal) lagi baligh iaitu mereka yang diberatkan atasnya daripada segala yang wajib dan yang haram dan yang sunat dan yang makruh.

Maka keluar dengan katanya syar'aan ( syar'ei) oleh Mazhab Muktazilah maka adalah padanya bahawa sanya mengenal Allah itu wajib pada aqal dan muwafakat akan perkataan ini Mazhab Maturidiyah.

Dan kata Imam Abu Hanifah pada satu riwayatnya:

لَوْ لَمْ يَبْعَثِ اللَّـهُ رَسُولاً لَوَجَبَ عَلَى الخَلْقِ مَعْرِفَتُهُ بِعُقُولِهِمْ لَكِنْ لاَ يُعَذَّبُونَ بِتَرْكِهاَ لِقَولِهِ تعالى وَماَ كُناَّ مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

Jikalau tiada membangkit oleh Allah akan pesuruh nescaya wajib atas segala makhluk oleh mengetahuinya akan Allah taala dengan segala aqal mereka itu tetapi tiada diseksanya dengan meninggalkan dia kerana firman Allah taala dan tiada kami menyeksa akan segala manusia hingga kami bangkitkan pesuruh.

Dan kata Asyaeirah: tiada wajib makrifat melainkan dengan Syara' kerana firman Allah:

وَماَ كُناَّ مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

Maka difahamkan daripadanya tiada ada hukum  dahulu daripada ada syara' iaitu bangkit Rasul'

Dan kata Musannif   أَنْ يَعْرِفَ : bermula hakikat makrifat itu iaitu :

( الجَزْمُ المُواَفِقُ لِلحَقِّ عَنْ دَلِيلٍ )

Jazam yang muafakat bagi hak dengan dalil.

 

Maka keluar dengan kata jazam itu oleh Syak dan Zhan dan Waham.

Maka makna :

  1. Syak itu iaitu taraddud ( tiada tetap hati ) antara dua pekerjaan bersamaan keduanya tiada lebih salah suatu daripada taulannya.
  2. Dan Zhan itu iaitu berat (hati) sebelah adanya , ringan(hati) akan tiadanya.
  3. Dan Waham itu iaitu berat sebelah tiada ringan sebelah adanya.

Maka bahawa sanya ketiganya itu tiada dinamakan makrifat dan tiada memadai pada barang yang dituntut daripada Mukallaf bahawa ia iktikad pada hak Allah taala dan pada hak segala Rasul " atas mereka itu selawat dan salam".

No comments:

Post a Comment