Wednesday, 15 February 2012
khalasah Minhajul Abidin 01
Dengan nama Allah yang sangat murah yang sangat mengasihani
الحمد لله الملك الحكيم الجواد الكريم العزيز الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan yang merintah ia dengan suruh dan tegah yang betul ia pada menjadinya yang elok ia pada menghendakinya yang luas pemberiannya yang tidak putus segala pemberiannya yang luas kehendaknya yang sangat mengasihani.
والصلاة على سيد المرسلين وعلى آله الابرار الطييبين الطاهرين وسلم وعظم الى يوم الدين
Dan rahmat Allah atas penghulu segala rasul dan atas sekelian keluarganya yang banyak segala kebajikan mereka itu yang bersih mereka itu daripada segala kekotoran yang mencampuri yang suci mereka itu daripada segala kekurangan dan meselamat ia dan membesar ia taala hingga hari balasan.
اعلموا إخوانى أسعدكم الله وإياى بمرضاته
Ketahui oleh mu wahai segala saudara ku mudah-mudahan menguntungkan kamu oleh Allah dan akan daku dengan keredhaannya akan bahawa sanya ibadah itu pilihan bagi segala orang yang dengan mata hati dan ibadah itulah jalan keuntungan dan jalan syurga maka mereka yang mendapati ia akan ibadah maka sesungguhnya lepaslah ia daripada seksa dan beruntunglah ia berkekalan selama-selamanya.
ILMU
Mestilah kamu dengan ilmu mula apa-apa pun mudah-mudahan memberi taufik akan dikau oleh Allah, sabda Nabi saw :
العلم إمام العمل والعمل تابعه
Ertinya ilmu itu ikutan amalan dan amalan itu yang mengikut bagi ilmu.
Ketahui oleh mu akan bahawa sanya segala ilmu yang dituntut akan dia ada di dalamnya fardhu ain itu tiga ilmu iaitu:
Ilmu Tauhid.
Ilmu tasauf.
Dan ilmu feqah.
Maka apabila dapat bagi sekelian kamu fardhu ain dalam tiga ilmu itu maka sesungguhnya jadilah kamu orang alim umat Muhammad saw yang tetap pada ilmunya. Maka jika kamu beramal dengan ilmu kamu nescaya adalah kamu itu hamba Allah taala yang alim yang beramal kerana Allah taala dengan mata hati yang melihat yang tiada jahil dan yang tiada meniru-niru dan yang tiada lalai bahkan yang jaga , maka bagi kamu itu kemulian yang besar. Dan bagi ilmu kamu itu harga yang besar dan pahala yang banyak. Dan akan Allah taala yang dipohonkan akan bahawa menolong bantu ia akan kamu dan akan kami dengan keelokkan taufiknya dan keelokkan memudahnya bahawa sanya taala yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani. Amin.
Saturday, 14 January 2012
Sambungan Durruth Thamin bab Taklid 01
( وَقَدِ اخْتَلَفَتِ العُلَماَءُ فِيمَنْ قَلَّدَ فِى عَقَائِدِ التَوْحِيدِ هَلْ يَكْفِى تَقْلِيدُهُ اِذَا كَانَ جَازِماً بِهِ لاَ تَرَدَّدَ مَعَهُ دُونَ عِصْياَنِ أَوْ يَعْصِى بِتَرْكِهِ النَّظْرَ قَالَ جَمْهُورُ العُلَماَءِ يَعْصِى اِنْ كَانَ فِيهِ أَهْلِيَةُ النَظَرِ وَِلَمْ يَنْظُرْ وَاَماَّ القَوْلُ بَاَنَّهُ كَافِرٌ فَاِنَّماَ يُعْرَفُ لِاَبِى هَاشِمْ الجُبَائِى مِنَ المُعْتَزِلَةِ )
Dan sanya bersalahan Ulama pada orang yang taklid pada ilmu Aqaeid tauhid adakah memadai taklidnya apabila ada jazamnya dengan dia tiada syak sertanya tiada berdosa yakni jika sekira-kira kembali orang yang diikutnya sekalipun tiada ia kembali daripada barang yang ditaklidnya.
Demikianlah taklid yang sahih yang khilaf Ulama padanya.
Adapun jika taklid yang tiada putus[1] seperti ada ia jika kembali orang yang diikutnya nescaya mengikut kembali pula ia maka taklid ini tiada sah, kafir ia dengan ittifak Ulama atau berdosa orang yang taklid itu dengan sebab ia meninggalkan nazhar kata jamhur Ulama orang yang takliud itu ia berdosa njika ada ia Ahli nazhor maka jika tiada bagi orang yang taklid keadaannya ahli nazhor padanya maka sah taklidnya tiada berdosa ia.
Dan adapun perkataan yang berkata bahawa sanya ia kafir dihukumkan iktibar pada akhirat disana kafir.
Adapun di dunia disinji dihukumkan baginya islam maka diberikan segala hukum orang yang islam seperti haram kita bunuh akan dia dan ambil hartanya dan lainnya kerana mengucap ia akan dua kalimah syahadah.
Maka tiada hukum orang yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan apabila ada berserta ia perbuat kufur seperti ia sujud bagi berhala dan seumpamanya maka dihukumkan kafir dunia dan akhirat seperti barang yang dihukumkan Nabi atasnya selawat dan salam dengan islam orang yang mengucap dua kalimah syahadah kemudian bersabda ia وَحِسَابُهُمْ عَلَى الله ِ dan hisab mereka itu atas Allah taala..
Maka bahawa sanya Abu Hasshim aljubai daripada Muktazilah yakni perkataan yang berkata kafir orang yang takliditu bagi Abi Hashim daripada Muktazilah dan muafakat akan dia oleh Imam Sunusi pada syarah kabirnya ia menaqal daripada Imam AshAri dan qadi Abi bakar dan beberapa Ulama tetapi perkataan ini Dhoif kerana lazimlah atas kafir orang yang taklid mengkafirkan kebanyakan awam mukminin kerana bahawa sanya tiada ada nazhor bagi mereka itu maka tiada iman mereka itu dan ialah yang kebanyakan umat ini.
Dan yang demikian itu memberi cedera pada keadaannya Nabi kita itu terlebih banyak Anbiya yang mengikutnya seperti barang yang dikeluarkan daripada hadith Ibnu Majah dan Tarmizi daripada Buraidah bin alKhothib sabda Nabi saw:
أَهِلُ الجَنَّةِ عِشْرُونَ وَمِائَةُ صَفٍّ ثَماَنُونَ مِنْهاَ مِن هَذِهِ الأُمَّةِ وَاَرْبَعُونَ مِنْ سَائِرِ الاُمَمِ
قَالَ تَرمِذِى حَدِيثٌ حَسَنٌ
Isi Syurga itu seratus dua puluh Saf , delapan puluh daripadanya daripada umat ini yakni umat ku ini dan empat puluh daripada segala umat Nabi yang terdahulu. Kata imam Tarmizi Hadith ini hasan.
Friday, 16 December 2011
Kaifiat Talqin
· هل ورد في الحديث عن كيفية التلقين المذكور؟
ج- نعم فقد روي الطبراني مرفوعا إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب علي قبره فليقم أحدكم علي رأس قبره ثم ليقل يافلان ابن فلانه فإنه يسمعه ثم يقول يافلان ابن فلانه فإنه يستوي قاعدا ثم يقول يا فلان ابن فلانه فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل أذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وانك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقران إماما فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول أنطلق بنا ما يقعدنا عند من لقن حجته. وقال رجل يا رسول الله فإن لم يعرف أمه قال فينسبه إلي أمه حواء يقول يافلان ابن حواء.
Adakah datang warid pada hadis daripada kaifiat Talqin yang disebutkan???
Ya. Sesungguhnya telah meriwayat oleh imam darulqutni dengan jalan marfuu : apabila mati sesaorang daripada saudara kamu maka ratakan sekelian kamu akan tanah atas kuburnya maka hendaklah berdiri oleh seaorang kamu atas kepala kuburnya kemudian berkata wahai pulan anak pulan maka sesungguhnya ia mendengar akan dia kemudian berkata ia wahai pulan anak pulanah maka bahawa ia duduk diam kemudian berkata ya fulan anak fulanah maka bahawa ia berkata tunjuki oleh mu akan daku mudah2an merahmati Allah akan dikau, akan tetapinya sekelian kamu tidak sedar maka berkata oleh mu aku sebutkan akan barang yang yang telah keluar engkau atasnya daripada dunia akan sahadah tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu hambanya dan rasulnya dan sesungguhnya engkau aku redha dengan Allah sebagai tuhan, dan dengan islam sebagai ugama dan dengan Muhammad itu sebagai nabi dan dengan alquran sebagai imam maka bahawa munkar nangkir mengambil akan tiap2 satu daripada keduanya dengan tangan sahabatnya dan berkata ia mari kita pergi, tidak duduk kita disisi mereka yang ditalqinkan akan hujjahnya. Dan berkata lelaki daripada shabat.. Wahai Rasulullah maka jika tak dikenalikan ibunya bersabda nabi saw maka nisbahkan ia kepada ibunya Hawa dan berkatalah wahai pulan anak hawa…
Hukum membaca Talqin.
ما حكم تلقين الميت بعد دفنه؟
ج- تلقين الميت البالغ بعد الدفن مستحب عند كثير من العلماء لقوله تعالي(وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ) حيث استحبه الشافعية والأكثر من الحنابلة والمحققون من الحنفية والمالكية. وأحوج ما يكون العبد إلي التذكير في هذه الحالة وقد ذكر ابن تيميه في فتاويه أن التلقين المذكور قد ثبت عن طائفة من الصحابة أنهم أمروا به وقال الإمام أحمد لا بأس به واستحبه طائفة من أصحاب الشافعي وأحمد، قال وقد ثبت أن المقبور يسأل ويؤمر بالدعاء له فلهذا قيل أن التلقين ينفعه فإن الميت يسمع النداء كما في الصحيح أن النبي (صلى الله عليه وسلم) قال إنه يسمع قرع نعالهم وقال ما أنتم بأسمع لما أقول منهم – ملخصا.
Apa hokum Talqin mayat selepas tanamnya?
Talqin mayat yang sudah baligh kemudian daripada tanamnya disunatkan disisi kebanyakan Ulama kerana firman Allah taala: berilah peringatan maka sesungguhnya peringatan itu member manfaat akan orang2 yang beriman. Dimana telah menghukumkan dengan sunat oleh Shafeiyah dan kebanyakan daripada Hanabilah dan Muhaqqiqun daripada Hanafiyah dan Malikiyah.
Dan bersangatan hajat barang yang adalah sesaorang hamba itu kepada peringatan pada kelakuan ini. Dan sesungguhnya menyebut oleh Ibnu Taimiyah dalam fatawanya bahawa Talqinyang disebutkan itu sesungguhnya telah sabit datangnya daripada satu thoifah(jemaah) daripada sahabat bahawa mereka itu menyuruh dengan dia.
Dan berkata imam Ahmad tak mengapa dengan dia dan menghukumkan dengan sunat oleh satu jemaah daripada ashab shafei dan Ahmad. Dan berkata ia dan sesungguhnya telah thabit bahawa yang dikuburkan itu ditanyai dan di suruh berdoa baginya. Maka kerana inilah dikatakan bahawa Talqin member manfaat akan simati, maka bahawa mayat mendengar ia akan seruan seperti mana dalam sahih bahawa Nabi saw berkata bahawa mayat mendengar ia akan hentakkan kasut mereka itu dan berkata ia tidak ada sekelian kamu mendengar bagi barang yang aku katakan daripada mereka itu.. wallahuaalam
الرحمن على العرش استوى - العلامة علي جمعة
http://www.youtube.com/watch?v=2vrMmTbUNKk&feature=youtube_gdata_player
Sent from my iPad
Thursday, 15 December 2011
bahagian keempat
ومن ذلك قوله تعالى:{وهو الذي في السماء إله وفي الأرض إله} فإنه إله في الأرض ولو لم يكن فيها من يعبده كما في آخر الزمان، فإن قالوا: إنه معبود فيها أي مستحق للعبادة، قلنا: إذن لا فرق بين الإله والرب، فإن المستحق للعبادة هو الرب لا غير،
Dan setengah daripada demikian tu iaitu Firman Allah taala: dan Dialah tuhan (yang disembah) dilangit dan Tuhan (yang disembah) di Bumi[1].
Maka bahawa sa Allah ialah Tuhan (yang disembah) di Bumi dan jikalau tidak ada pada Bumi ini sesiapa yang menyembahkan dia seperti mana pada akhir zaman, maka jika berkata mereka itu ( Taimiyyun) : bahawa sa Allah tuhan yang berhak disembah di Bumi nescaya kami (Ashairah dan Maturidiyyah) nak tanya tiba-tiba tidak adalah perceraian antara Ilah(tuhan) dan Rabb, kerana bahawa yang mustahak bagi ibadat iaitulah Rabb tidak ada lainnya.
[و] ما كانت محاورة فرعون لموسى عليه الصلاة والسلام إلا في الربوبية وقد قال:
{أنا ربكم الأعلى}
ثم قال:{لئن اتخذت إلها غيري لأجعلنك من المسجونين}ولا داعي للتطويل في هذا.
Dan tidak adalah perbantahan antara firaun atas nabi Allah Musa Alaihis salam melainkan pada rububiyyah dan sesungguhnya telah berkata ia(firaun) : Akulah Rabb sekelian kamu yang maha tinggi[2].
Kemudian berkata Firaun " sesungguhnya jika engkau menyembah tuhan selain aku benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan". Dan tak perlulah di perpanjang pada masaalah ini.
وأما السنة فسؤال الملكين للميت عن ربه لا عن إلهه، لأنهم لا يفرقون بين الرب والإله، فإنهم ليسوا بتيميين ولا متخبطين، وكان الواجب على مذهب هؤلاء أن يقولوا للميت: من إلهك لا من ربك! أو يسألوه عن هذا وذاك.
Dan ada pun sunnah maka soal dua malaikat bagi mayat daripada Rabb tidak daripada Ilah (tuhan) kerana bahawa sa mereka itu tidak membeza antara Rabb dan Ilah( tuhan) maka bahawa sa mereka itu bukan Taimiyyun dan tidak orang yang kebinasaan dan adalah wajibnya atas mazhab mereka itu(Taimiyyun) bahawa berkata mereka itu malaikat bagi mayat di dalam qubur Siapakah Ilah tidaklah Siapakah Rabb kamu atau bertanya mereka itu akan mayat daripada ini dan itu.
وأما قوله:{ولئن سألتهم من خلق السموات والأرض ليقولن الله}فهم يقولون بألسنتهم ما ليس في قلوبهم إجابة لحكم الوقت مضطرين لذلك بالحجج القاطعات والآيات البينات، ولعلهم نطقوا بما لا يكاد يستقر في قلوبهم أو يصل إلى نفوسهم، بدليل أنهم يقرنون ذلك القول بما يدل على كذبهم، وأنهم ينسبون الضر والنفع إلى غيره، وبدليل أنهم يجهلون الله تمام الجهل ويقدمون غيره عليه حتى في صغائر الأمور،
Dan Adapun firman Allah taala: "dan Demi Allah jika engkau( Nabi muhammad saw)bertanya akan mereka itu musyrikin Siapakah yang menciptakan langit dan bumi sesungguhnya berkata mereka itu, iaitu Allah"
Maka mereka itu berkata-kata dengan lidah mereka sahaja yang tidak ada sedikit pun dalam diri mereka, kerana menjawab bagi hukum waktu(semasa kalah mereka itu berhujjah) yang kesempitan dengan sekelian hujjah-hujjah yang yang kukuh dan ayat-ayat yang terang lagi nyata dan sungguhnya mereka itu bertutur dengan barang yang tiada ketetapan dalam hati mereka atau sampai kedalam hati-hati mereka. Dengan dalil bahawa sa mereka itu mengiringi demikian perkataan dengan barang yang menunjuki atas pendustaan mereka itu. Dan bahawa sa mereka itu menisbahkan kemudharatan dan kemanfaatan kepada selain Allah taala. Dan dengan dalil bahawa sa mereka itu jahilkan akan Allah akan sebagai jahil yang sempurna bahkan mendahului mereka itu akan selain Allah atas Allah sehinggakan pada sekecil-kecil perkara.
وإن شئت فانظر إلى قولهم لهود عليه الصلاة والسلام:{إن نقول إلا اعتراك بعض آلهتنا بسوء} فكيف يقول ابن تيمية: إنهم معتقدون أن الأصنام لا تضر ولا تنفع إلى آخر ما يقول؟!
Dan jika kamu kehendak maka perhatikan kepada perkataan musyrikin bagi Nabi Hud alaihis salam : "tidak kami katakan melainkan bahawa sa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas kamu[3]" maka betapa berkata ibnu taimiyyah sesungguhnya mereka itu musyrikin beriktikad baha asnam(berhala) tidak memberi mudharat dan tidak memberi manfaat sehinggalah akhir barang yang berkata mereka itu.
ثم انظر بعد ذلك في زرعهم وأنعامهم:{هذا لله بزعمهم وهذا لشركائنا، فما كان لشركائهم فلا يصل إلى الله وما كان لله فهو يصل إلى شركائهم}فقدموا شركاءهم على الله تعالى في أصغر الأمور وأحقرها.
Kemudian perhatikan pula kemudian daripada itu pada tanaman dan ternakan mereka itu: berkata musyrikin: ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami, maka saji-sajian yang diperuntukan bagi berhala-hala mereka tidak sampai kepada Allah dan saji-sajian yang diperuntukan bagi Allah maka sajian itu sampai kepada berhala-berhala mereka[4] " maka mendahului mereka itu akan berhala-berhala atas Allah pada sekecil-kecil pekerjaan mereka itu dan selekeh-lekehnya.bahagian ketiga
{أأرباب متفرقون خير أم الله الواحد القهار}
Adakah tuhan yang bermacam-macam itu terlebih baik ataukah Allah yang esa lagi perkasa[1].
ويقول الله تعالى أيضا:{وهم يكفرون بالرحمن قل هو ربي}.
Dan berfirman Allah taala juga: dan mereka itu (kafir) mengkufuri mereka itu dengan tuhan yang bernama Rahman, katakana oleh mu Muhammad ia(Allah) ialah Tuhan ku[2].
وأما هم فلم يجعلوه ربا..
Dan adapun mereka itu orang kafir tak pernah menjadikan tuhan sebagai Rabb.
ومثل ذلك قوله تعالى:{لكنا هو الله ربي} خطابا لمن أنكر ربوبيته تعالى،
Dan seumpama demikian itu juga firman Allah taala :
Kerana ditujukan firman Allah itu bagi mereka(orang-orang kafir) yang mengengkarkan rububiyyah Allah taala.
وانظر إلى قولهم يوم القيامة:{تالله إن كنا لفي ضلال مبين إذ نسويكم برب العالمين} أي في جعلكم أربابا - كما هو ظاهر –
Dan perhatikan firman Allah taala yang ditujukan kepada perkataan mereka itu orang kafir pada hari qiyamat: Demi Allah: "sungguhnya kita dahulu (didunia) dalam kesesatan yang nyata kerana kita mempersamakan kamu dengan tuhan semesta alam[3]" kerana menjadikan kamu tuhan-tuhan selain Allah seperti mana zhahir ayat.
وانظر إلى قوله تعالى: {وإذا قيل لهم اسجدوا للرحمن قالوا وما الرحمن أنسجد لما تأمرنا..}
فهل ترى صاحب هذا الكلام موحدا أو معترفا؟!
Dan perhatikan firman Allah taala: " dan apabila dikatakan kepada mereka: sujudlah sekelian kamu bagi tuhan yang bernama Rahman, mereka menjawab: Siapakah tuhan yang bernama Rahman itu? Apakah kami akan sujud kepada tuhan yang kamu perintahkan kami (sujud kepadanya) dan (perintah sujud itu) menambah jauh mereka (dari beriman dengan tuhan)[4].
Cuba perhatikan adakah tidak kita lihat tuan perkataan ini apakah ia orang yang mentauhidkan Allah atau mengaku akan Rububiyyah Allah????
ثم انظر إلى قوله تعالى:{وهم يجادلون في الله}إلى غير ذلك وهو كثير لا نطيل بذكره، فإذا ليس عند هؤلاء الكفار توحيد الربوبية - كما قال ابن تيمية -،
Kemudian perhatikan juga kepada firman Allah taala: dan mereka itu berbantah-bantah tentang Allah[5]. Sehingga selain demikian itu firman Allah dan iaitu banyak yang tidak mahu kami memanjangkan dengan menyebutnya, maka tiba-tiba, tidak ada langsung disisi mereka itu kufar tauhid Rububiyyah seperti mana dakwaan ibnu Taimiyyah.
وما كان يوسف عليه السلام يدعوهم إلا إلى توحيد الربوبية، لأنه ليس هناك شيء يسمى توحيد الربوبية وشيء آخر يسمى توحيد الألوهية عند يوسف عليه السلام، فهل هم أعرف بالتوحيد منه ويجعلونه مخطئا في التعبير بالأرباب دون الآلهة؟!
Benarkah!! Dan tidak adalah Nabi Yusuf atasnya salam menyeru ia akan mereka itu melainkan tauhid rububiyyah. Kerana bahawa sanya ia tidak ada disana suatupun yang dinamakan tauhid rububiyyah dan suatupun yang lain yang dinamakan tauhid Uluhiyyah disisi Nabi Yusuf, maka adakah mengaku mereka itu dengan tauhid daripadanya dan menjadi mereka akan Yusuf orang yang salah pada membuat takbir dengan Rabb-Rabb selain Tuhan???
ويقول الله في أخذ الميثاق:{ألست بربكم قالوا بلى} فلو كان الإقرار بالربوبية غير كاف وكان متحققا عند المشركين ولكنه لا ينفعهم - كما يقول ابن تيمية - ما صح أن يؤخذ عليهم الميثاق بهذا، ولا صح أن يقولوا يوم القيامة: {إنا كنا عن هذا غافلين}وكان الواجب أن يغير الله عبارة الميثاق إلى ما يوجب اعترافهم بتوحيد الألوهية حيث إن توحيد الربوبية غير كاف - كما يقول هؤلاء -، إلى آخر ما يمكننا أن نتوسع فيه، وهو لا يخفى عليك، وعلى كل حال فقد اكتفى منهم بتوحيد الربوبية، ولو لم يكونا متلازمين لطلب إقرارهم بتوحيد الألوهية أيضاً.
Dan berfirman Allah taala pada mengambil perjanjian: adakah tidak aku(Allah) Rabb kamu, berkata mereka itu bahkan, maka jika pengakuan dengan Rabb tidak memadai dan adalah pengakuan itu sebenar disisi orang-orang Musyrikin dan akan tetapinya ia tidak member manfaat seperti dakwaan ibnu Taimiyyah, nescaya tidak sahlah bahawa diambil perjanjian atas mereka itu dengan ini perjanjian, dan tidak sah juga bahawa berkata mereka itu pada hari kiamat nanti: " sesungguhnya kami adalah kami daripada ini sekelian orang yang lalai" dan adalah wajib bahawa mengubah Allah akan ibarat perjanjian itu kepada barang yang mewajibkan pengakuan mereka itu dengan tauhid Uluhiyyah sekiranya tauhid rububiyyah tidak memadai, seperti mana dakwaan puak-puak ni sehinggalah kepada akhir barang yang memunkinkan bahawa kami berluas-luas bahasan padanya pada hal tidak tersembunyi atas engkau dan atas tiap-tiap hal maka sesungguhnya memadailah daripada mereka itu dengan tauhid rububiyyah dan jikalau tidak adalah keduanya berlazim-laziman nescaya dituntut akan mereka itu dengan tauhid uluhiyyah juga……