Thursday, 4 October 2012

Bincang kedudukan Umat sebelum di bangkitkan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul.

Bincang kedudukan Umat sebelum di bangkitkan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul.

Mengakulah diri kita nih Jahil lebih baik drpd mengaku Pandai hakikatnya Pandir… he he he

 

الحاوي للفتاوي

جلال الدين السيوطي واسمه عبد الرحمن بن الكمال بن محمد الخضيري السيوطي

 

الحاوي للفتاوي » الفتاوى الحديثية » كتاب البعث » مبحث الإلهيات

إتمام النعمة في اختصاص الإسلام بهذه الأمة



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله وسلام على عباده الذين اصطفى


وبعد : فقد وقع السؤال هل كان الأمم السابقة يوصفون بأنهم مسلمون أو لا ؟

فأجبت بما نصه : اختلف العلماء هل يطلق الإسلام على كل دين حق أو يختص بهذه الملة الشريفة ؟ على قولين : أرجحهما الثاني ، فبلغني بعد ذلك أن منكرا أنكر ذلك وأنه استدل بأشياء على كون الأمم السابقة يوصفون بكونهم مسلمين فعجبت من ذلك عجبين : الأول : من إنكاره ، فإن كان أنكر أن للعلماء في ذلك قولين فهذا دليل على جهله بنصوص العلماء وأقوالهم ، ومن هذا حاله يقال في حقه ما قاله الغزالي : لو سكت من لا [ ص: 139 ] يعرف قل الاختلاف ، ومن قصر باعه وضاق نظره عن كلام علماء الأمة والاطلاع عليه فما له للتكلم فيما لا يدريه والدخول فيما لا يعنيه ، وحق مثل هذا أن يلزم السكوت ، وإذا سمع شيئا لم يسمعه قط يعتقد أنه استفاد فائدة جديدة فيعدها نعمة من نعم الله عليه ويدعو لمن أجراها على يديه ويشكر الله عليها ، وإن كان أنكر ترجيح القول الثاني فهذا ليس من وظيفته إنما ذلك من وظيفة المجتهدين العالمين بوجوه الترجيحات ومسالك الأدلة وطرق الحجاج والنظر ، وإنكاره أيضا دليل على جهله بنصوص الكتاب والسنة الواردة في ذلك .

Datang Soalan:

Adakah Umat terdahulu (sebelum Umat Muhammad saw) disifatkan mereka itu dengan bahawa mereka itu muslimun atau tidak?

Maka Aku(imam Suyuti) Jawab dengan barang yang dinaskan akan dia:

Berselisih pendapat oleh Ulama, Adakah boleh dipanggil islam atas sekelian agama yang benar atau hanya tertentu dengan ini Ugama yang mulia?

Bersalah2an Ulama atas Dua perkataan(perselisihan) dan yang terlebih kuat dalil iaitu perkataan yang kedua(tertentu dengan ini agama yang mulian).

Maka telah sampai akan kami kemudian drpd demikian itu bahawa yang mengingkar itu telah ingkar ia akan demikian itu(perkataan yang kedua(tertentu dengan ini agama yang mulian).

Dan bahawa sa berdalil ia dengan beberapa pekara atas keadaan umat2 tedahulu di sifatkan mereka itudengan keadaan mereka itu muslimin maka hairan aku drpd demikian itu akan dua kehairanan.

Kehairanan yang Pertama;

setengah drpd ingkarnya, maka jika adalah ingkar pada bahawa bagi Ulama ada dua perkataan pada demikian itu, maka ini ingkar iaitu dalil atas Jahilnya dengan nusus(dalil2) Ulama dan perkataan2 mereka itu. dan jika begini kelakuannya, eloklah dikatakan baginya akan barang yang berkata imam Al Ghazali : jikalau diam oleh mereka yang tak mengetahui nescaya sedikitlah ikhtilaf, dan barang siapa yang sedikit beliannya dan sempit tilikannya drpd kalam Ulama Ummah dan mutalaah atasnya maka apalah hal baginya berkata2 pada barang yang dia tak tahu dan mengharung masuk pada barang yang tak patut baginya, maka sebenarlah orang seperti ini bahawa melazimkan DIAM. Apabila mendengar sesuatu yang tak pernah di dengarnya sama sekali, hendaklah beriktikad bahawa sa mengambil faedah akan faedah yang baru maka membilang ia akan satu nikmat drpd beberapa nikmat Allah atasnya dan berdoa bagi mereka yang memperlakukan akan dia atas kuasanya dan mensyukuri Allah atasnya.

Jika adalah ingkarnya akan tarjih perkataan yang kedua maka ini ingkar bukan ia drpd pekerjaannya yang sesungguhnya demikian itu setengah drpd pekerjaan orang yang Mujtahid yang alim mereka itu dengan segala jalan2 tarjih dan segala laluan dalil2 dan sekelian jalan2 Hujjah dan Nazhar dan ingkarnya juga satu dalil atas jahilnya dengan sekelian nas2 kitab(alquran) dan Sunnah yang dating pada demikian itu.

 

الْعَجَبُ الثَّانِي : مِنِ اسْتِدْلَالِهِ ، فَإِنَّ الِاسْتِدْلَالَ إِنَّمَا يَسُوغُ لِلْمُجْتَهِدِ الْعَالِمِ بِطَرِيقِ الِاسْتِدْلَالِ أَمَّا غَيْرُهُ فَمَا لَهُ ، وَلِذَلِكَ قَالَ الْغَزَالِيُّ فِي كِتَابِ التَّفْرِقَةِ : [ شَرْطُ الْمُقَلِّدِ ] أَنْ يَسْكُتَ وَيُسْكَتَ عَنْهُ ; لِأَنَّهُ قَاصِرٌ عَنْ سُلُوكِ طَرِيقِ الْحِجَاجِ ، وَلَوْ كَانَ أَهْلًا لَهُ كَانَ مُسْتَتْبَعًا لَا تَابِعًا وَإِمَامًا لَا مَأْمُومًا . وَإِنْ خَاضَ الْمُقَلِّدُ فِي الْمُحَاجَّةِ فَذَلِكَ مِنْهُ فُضُولٌ ، وَالْمُشْتَغِلُ بِهِ ضَارِبٌ فِي حَدِيدٍ بَارِدٍ وَطَالِبٍ لِإِصْلَاحٍ فَاسِدٍ ، وَهَلْ يُصْلِحُ الْعَطَّارُ مَا أَفْسَدَ الدَّهْرُ ؟ هَذِهِ عِبَارَةُ الْغَزَالِيِّ ،

Kehairanan yang kedua:

Setengah drpd pengambilan dalilnya: maka bahawa mengambil dalil sesungguhnya di haruskan bagi Mujtahid yang alim dengan jalan2 pengambilan dalil, adapun selainnya maka tidak ada suatu baginya. Dan kerana demikian itulah berkata Imam Ghazali dalam kitab Tafriqah:

Syarat orang yang taklid itu:  bahawa DIAM IA dan DIDIAMKAN DRPDNYA, kerana bahawa sa ia iaitu orang yang lemah drpd sekelian jalan2 Hujjah dan jikalau ada ia ahli baginya adalah ia yang menuntut ikut( pujuk hatinya bagi mengikut)  tadak yang mengikut dan imam yang tidak makmum, dan jika mengharung oleh orang yang taqlid pada membuat hujjah maka demikian tu drpdnya Fudhul( tak diterimakan) dan orang yang menyibukan dirinya dengan dia iaitulah orang memukul pada BESI YANG SEJUK DAN YANG MENUNTUT BAGI MEMPERBAIKI YANG ROSAK, adakah patut mengelok oleh minyak wangi attar akan barang yang merosak oleh masa?

Ini Ibarat Imam Ghazali…..

 

 وَقَالَ الشَّيْخُ عز الدين بن عبد السلام : شَرْطُ الْمُفْتِي أَنْ يَكُونَ مُجْتَهِدًا ، وَأَمَّا الْمُقَلِّدُ إِذَا أَفْتَى فَهُوَ نَاقِلٌ وَحَامِلُ فِقْهٍ لَيْسَ بِمُفْتٍ وَلَا فَقِيهٍ بَلْ هُوَ كَمَنْ يَنْقُلُ فَتْوَى عَنْ إِمَامٍ مِنَ الْأَئِمَّةِ ثُمَّ أَطَالَ الْقَوْلَ فِي ذَلِكَ ، وَالْعَجَبُ مِنْ هَذَا الْمُنْكِرِ اسْتِدْلَالُهُ بِآيَاتٍ مِنَ الْقُرْآنِ وَلَيْسَ هُوَ مِمَّنْ أَتْقَنَ عِلْمَ الْمَعَانِي وَالْبَيَانِ الَّذِي لَا تُعْرَفُ بَلَاغَةُ الْقُرْآنِ وَأَسَالِيبُهُ إِلَّا بِهِ ، وَذَلِكَ مِنْ شُرُوطِ الِاجْتِهَادِ وَالِاسْتِنْبَاطِ ، بَلْ وَلَا أَتْقَنَ وَاحِدًا مِنَ الْعُلُومِ الْخَمْسَةَ عَشَرَ الَّتِي لَا يَجُوزُ لِأَحَدٍ أَنْ يَتَكَلَّمَ فِي الْقُرْآنِ حَتَّى يُتْقِنَهَا ، وَالْعَجَبُ مِنْ تَصَدِّيهِ لِذِكْرِ أَدِلَّةٍ وَلَوْ أَوْرَدَ عَلَيْهِ أَدِلَّةً مُعَارِضَةً لِمَا ذَكَرَهُ لَمْ يَدْرِ كَيْفَ يَصْنَعُ فِيهَا ، وَقَدْ أَرَدْتُ أَنْ أَبْسُطَ الْقَوْلَ فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ بِذِكْرِ أَدِلَّةِ الْقَوْلِ الرَّاجِحِ وَالْأَجْوِبَةِ عَمَّا عَارَضَهَا

Dan berkata: Sheikh Izzuddin bin Abdis salam: syarat Mufti bahawa ada ia mujtahid dan adapun Muqallid apabila ia berfatwa maka iaitu Naqil(orang yang memindahkan kalam orang lain) dan yang menanggung fekh bukan ia Mufti dan tidak juga seorang fakeh bahkan ia seperti mereka yang memindahkan fatwa drpd imam drpd segala imam2 kemudian memanjangkan perkataan pada demikian itu.

Dan kehairanan drpd ini orang yang mengingkar yang bermula pengambilan dalilnya dengan mana2 ayat2 drpd alquran  dan bukan ia drpd mereka yang teguh ilmu maani dan bayan yang tidak diketahuikan balaghah quran dan segala uslubnya melainkan dengan dia, dan demikian itu setengah drpd beberapa syarat  Ijtihad dan istinbhat, bahkan dan tidak tegoh ia akan satu pun drpd ilmu2 yang lima belas yang iaitu yang tidak harus bagi sesaorang bahawa berkata2 pada alquran sehingga diteguhkan dia.

Dan kehairanan drpd berlagak pandai bagi menyebut dalil2 dan jikalau terdatang atasnya beberapa dalil yang berlawanan bagi barang yang disebutnya pada hal tiada mengetahui ia bagaimana diperbuat padanya.

Dan sesungguhnya aku berkehendak bahawa aku hamparkan seluas2nya akan perkataan pada ini masaalah dengan menyebutkan dalil2 perkataan yang rajah dan jawaban2 drpd barang yang melintangi akan dia:

فَأَقُولُ : لِلْعُلَمَاءِ فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ قَوْلَانِ مَشْهُورَانِ حَكَاهُمَا غَيْرُ وَاحِدٍ مِنَ الْأَئِمَّةِ ، أَحَدُهُمَا : أَنَّهُ يُطْلَقُ الْإِسْلَامُ عَلَى كُلِّ دِينٍ حَقٍّ وَلَا يَخْتَصُّ بِهَذِهِ الْمِلَّةِ - وَبِهَذَا أَجَابَ ابن الصلاح - وَالْقَوْلُ الثَّانِي : أَنَّ الْإِسْلَامَ خَاصٌّ بِهَذِهِ الْمِلَّةِ الشَّرِيفَةِ ، وَوَصْفُ الْمُسْلِمِينَ خَاصٌّ بِهَذِهِ الْأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ وَلَمْ يُوصَفْ بِهِ أَحَدٌ مِنَ الْأُمَمِ السَّابِقَةِ سِوَى الْأَنْبِيَاءِ فَقَطْ ، فَشَرُفَتْ هَذِهِ الْأُمَّةُ بِأَنْ وُصِفَتْ بِالْوَصْفِ الَّذِي كَانَ يُوصَفُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ تَشْرِيفًا لَهَا وَتَكْرِيمًا . وَهَذَا الْقَوْلُ هُوَ الرَّاجِحُ نَقْلًا وَدَلِيلًا لِمَا قَامَ عَلَيْهِ مِنَ الْأَدِلَّةِ السَّاطِعَةِ ، وَقَدْ خُصَّتْ هَذِهِ الْأُمَّةُ مِنْ بَيْنِ سَائِرِ الْأُمَمِ بِخَصَائِصَ لَمْ تَكُنْ لِأَحَدٍ سِوَاهَا إِلَّا لِلْأَنْبِيَاءِ [ فَقَطْ ] ، مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ فَإِنَّهُ خِصِّيصَةٌ بِهَذِهِ الْأُمَّةِ وَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ مِنَ الْأُمَمِ يَتَوَضَّأُ إِلَّا الْأَنْبِيَاءُ فَقَطْ فِي أَشْيَاءَ أُخَرَ .

Maka aku berkata: bagi ulama pada ini masaalah dua perkataan yang masyhur keduanya yang telah menghikayatkan keduanya oleh selain seorang drpd Imam2(banyak ulama berkata akan dia).

Pertamanya: bahawa di panggil islam atas setiap ugama yang benar dan tidak tertentu dengan ini Umat dengan ini ugama( maknanya umat dahulu dan umat sekarang boleh dipanggil islam) dan ini masaalah telah menjawab akan dia oleh Imam Ibnu Solah.

Keduanya: bahawa Islam hanya tertentu dengan ini agama yang  Mulia( yang di bawa nabi saw) dan sifat Muslimin tertentu dengan ini Umat Muhammadiah dan tidak disifatkan dengan dia seorang pun drpd umat2 yang terdahulu selain Nabi2 sahaja.

Maka kemulian ini Umat dengan bahawa disifatkan dengan sifat yang ada ia sifat Nabi2 kerana memuliakan bagi ini Umat dan Takrim.

Dan ini perkataan iaitulah yang Rajihnya pada naqlan dan dalilan kerana berdiri atasnya drpd beberapa dalil yang kuat.

Dan sesungguhnya di tentukan akan ini Umat drpd antara sekelian umat dengan beberapa ketentuan yang tidak didapatkan dia bagi seorang pun selain ini umat melainkan Nabi2 sahaja, setengah drpd demikian itu iaitu Wudhu maka bahawa sa ia satu ketentuan  dengan ini Umat dan tidak didaptka seoran pun drpd umat2 terdahulu berwudhu melainkan Nabi2 sahaja.

أَخْرَجَ الْبَيْهَقِيُّ فِي دَلَائِلِ النُّبُوَّةِ عَنْ وَهْبِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ : إِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَى دَاوُدَ فِي الزَّبُورِ يَا دَاوُدُ إِنَّهُ سَيَأْتِي مِنْ بَعْدِكَ نَبِيٌّ اسْمُهُ أَحْمَدُ إِلَى أَنْ قَالَ : أُمَّتُهُ أُمَّةٌ مَرْحُومَةٌ أَعْطَيْتُهُمْ مِنَ النَّوَافِلِ مِثْلَ مَا أَعْطَيْتُ الْأَنْبِيَاءَ ، وَافْتَرَضْتُ عَلَيْهِمُ الْفَرَائِضَ الَّتِي افْتَرَضْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ وَالرُّسُلِ حَتَّى يَأْتُونِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنُورُهُمْ مِثْلُ نُورِ الْأَنْبِيَاءِ ، وَذَلِكَ أَنِّي افْتَرَضْتُ عَلَيْهِمْ أَنْ يَتَطَهَّرُوا لِي لِكُلِّ صَلَاةٍ كَمَا افْتَرَضْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ قَبْلَهُمْ ، وَأَمَرْتُهُمْ بِالْغُسْلِ مِنَ الْجَنَابَةِ كَمَا أَمَرْتُ الْأَنْبِيَاءَ قَبْلَهُمْ ، وَأَمَرَتْهُمْ بِالْحَجِّ كَمَا أَمَرْتُ الْأَنْبِيَاءَ قَبْلَهُمْ ، وَأَمَرْتُهُمْ بِالْجِهَادِ كَمَا أَمَرْتُ الرُّسُلَ قَبْلَهُمْ .

Telah mentakhrij: Imam Baihaqi dalam kitabnya Dalail Nubuwah drpd Wahab bin Munabbih, berkata ia telah bersabda nabi saw: bahawa Allah telah mewahyu kepada Dauddalam kitab zabur: wahai Daudbahawa selagi akan dating kemudian drpd engkau satu Nabi yang bernama Ahmad kepada bahawa berkata: umatnya umat yang rahmati yang aku(Allah) berikan mereka itu drpd beberapa ibadah sunat seumpama barang aku berikan akan Nabi2 dan aku(Allah) fardhukan atas mereka itu beberapa kefardhuan yang telah aku fardhukan atas Nabi2 dan Rusul2 sehingga dating mereka itu akan daku pada hari qiyamah wal hal cahaya mereka ituseumpama cahaya Nabi2 dan demikian itu bahawa Aku fardhukan atas mereka itu bahawa bersuci mereka itu bagi aku bagi setiap sembahyang seperti mana aku fardhukan dia atas Nabi2 sebelum mereka itu dan aku suruhkan mereka itu dengan mandi drpd janabah seperti mana aku suruhkan Nabi2 sebelum mereka itu dan aku suruhkan mereka itu dengan mengerjakan haji seperti mana aku suruhkan Nabi2 sebelum mereka itu dan aku suruhkan mereka itu dengan jihad seperti mana aku suruhkan Rusul2 sebelum mereka itu.

وَأَخْرَجَ الغرياني فِي تَفْسِيرِهِ عَنْ كعب قَالَ : أُعْطِيَتْ هَذِهِ الْأُمَّةُ ثَلَاثَ خِصَالٍ لَمْ يُعْطَهَا إِلَّا الْأَنْبِيَاءُ كَانَ النَّبِيُّ يُقَالُ لَهُ بَلِّغْ وَلَا حَرَجَ وَأَنْتَ شَهِيدٌ عَلَى قَوْمِكَ وَادْعُ أُجِبْكَ ، وَقَالَ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ : ( وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ) ، وَقَالَ : ( لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ) ، وَقَالَ : ( ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ) ، وَأَخْرَجَ أبو نعيم ، وَالْبَيْهَقِيُّ كِلَاهُمَا فِي دَلَائِلِ النُّبُوَّةِ عَنْ كعب قَالَ : فِي كِتَابِ اللَّهِ إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ نُورَيْنِ وَلِكُلِّ مَنِ اتَّبَعَهُ نُورٌ ، وَلِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كُلِّ شَعْرَةٍ فِي رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ نُورٌ ، وَلِكُلِّ مَنِ اتَّبَعَهُ نُورَانِ يَمْشِي بِهِمَا كَنُورِ الْأَنْبِيَاءِ ، وَخَصَائِصُ هَذِهِ الْأُمَّةِ كَثِيرَةٌ وَفِيمَا أَوْرَدْنَاهُ كِفَايَةٌ

Dan seterusnya

Lebih drpd 20 dalil

Hamba nasihat ke diri hamba nih. Selagi masih duduk maqam Taklid tak payah lah nak kafir2kan orang. Malu depan Allah

 



Friday, 17 August 2012

Membathalkan perkataan mereka yang berkata bahawa Allah dalam jihat Fauqo atau fis Samaa ( langit )

Membathalkan perkataan mereka yang berkata bahawa Allah dalam jihat Fauqo atau fis Samaa ( langit )

بسم الله الرحمن الرحيم

Lafaz Fauqiyah ( atas ) banyak datangnya dalam quran dan hadis Nabi saw seperti firman Allah taala:
يخافون ربهم من فوقهم
Takut sekelian mereka itu akan tuhan mereka itu.. Surah an Nahl ayat 50 dan firman Allah
وهو القاهر فوق عباده
Dan ia ( Allah ) tuhan yang menguasai diatas hamba2nya. Surah al Anaam 18-61.
Dan banyak ayat dan hadis yang ianya dibilangkan sebagai ayat2 mutashabih dan demikian itu kerana bahawa lafaz fauq/atas iaitu kalimah yang dihantarkan bagi memberi faedah jihat atas dan Allah disucikan drpd sekelian jihat.
Sesungguhnya Yang di kehendaki drpdnya sewaktu diucapkan pada hak tuhan kita subhanahu wataala iaitu memberi faedah keringgian yang hakiki iaitu bersifat ia dengan sifat ketinggian yang bukan sama sekali bermakna bahawa bagi Allah jihat atas dan setengah barang yang menunjukan atas ketiadaan tertentunya dengan jihat fauq/atas iaitulah firman Allah 
وهو الله فى السموات و فى الارض
Dan ia Allah dalam Langit dan dalam Bumi. Surah al anaam ayat 3 
Dan firman Allah 
وهو الذى فى السماء اله و فى الارض اله
Dan ia Allah tuhan yang berhak disembah dilangit dan dialah Tuhan yang berhak disembah di bumi surah az zuhruf ayat 84. Iaitu tuhan yang disembah dengan sebenar pada keduanya. Dan firman Allah taala:
ولله المشرق والمغرب فاينما تولوا فثم وجه الله 
Dan bagi Allah jualah yang memiliki timur dan barat maka kemana sahaja kamu arahkan diri kekiblat untuk menghadap Allah maka disitulah arah yang diredhai. Surah al Baqarah ayat 115 dan firman Allah 
ونحن اقرب اليه من حبل الوريد
Dan Kami terlebih hampir kepadanya drpd urat marehg. Surah qaf ayat 16 dan firman Allah taala:
ولا ادنى من ذلك ولا اكثر الا وهو معهم
Dan tiada kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan dia dia ada bersama sama mereka itu. Surah Mujadalah ayat 7.

Dan ayat yang banyak yang memanjangkan oleh sebutnya dan jikalau ada ia dalam jihat yang atas nescaya berlawanan oleh ini ayat2 dan bersalahan dan iaitu menafikan bahi firman Allah taala:
ولو كان من عند عير الله لوجدوا فيه اختلافا كثيرا
Dan jikalau quran itu datangnya bukan dari sisi Allah nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. Surah An Nisa ayat 82. Dan thabit dalam sahih muslim drpd Abi Hurairah radiallahu anh bahawa Nabi saw bersabda 
اقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد 
Sehampir2 tempat yang ada hamba itu drpd tuhannya dan iaitu sujud.. Maka menafi oleh taqyiidnya dengan jihat fauq/atas dan firman Allah
وما ينطق عن الهوى ان هو الا وحى يوحى
Dan tidak bertutur ia drpd hawa nafsu, tidak ia melainkan wahyu yang di wahyukan akan dia. Surah an najm ayat 3-4.
Dan dalil2 yang dihimpunkan diantara ayat dan hadis bahawa kita ketahui bahawa uluwu/atas ada baginya dua iktibar
1) iktibar idhafi/sandaran.
2) iktibar Hakiki/ sebenar.

Maka ketinggian makhluk setengahnya dengan setengah yang lainnya, sesungguhnya ianya uluww/atas idhafi kerana bahawa tidak suatupun drpd makhluk baginya jihat uluww/atas melainka bahawa ia dibandingkan dengan dengan nisbah kepada makhluk yang lainnya yang ianya di atasnya/fauq melainkan barang yang menghendaki Allah dan ini uluww/atas idhafi iaitu dua bahagi:
1) bahagian hissi( nyata/ dapat dirasa dengan pacaindra yang lima) dan iaitu yang difahamikan dengan nisbah kepada jihat makaniah yang ditentukan dengan jauhar yang berkehendak kepada tempat dan
2) bahagian maknawi dan iaitu yang difahamikan dengan nisbah kepada derjah kesempurnaan bangsa pengenalan bagi tuan2 Hati atau kesempurnaan bangsa Waham bagi tuan2 taqwa... Dirman Allah taala
ورفعنا بعضهم فوق بعض درجات
Dan kami angkatkan sebahagian mereka itu diatas/fauq setengah mereka  dengan beberapa derjat. Surah azzuhruf ayat 32 dan firman Allah taala 
انظر كيف فضلنا بعضهم على بعض وللاخرة اكبر درجات واكبر تفضيلا
Lihatlah bagaimana kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain dan sesungguhnya pemberian di akhirat itu lebih besar tingkatan2nya dan lebih besar kurnianya..

Wallahuaalam insyaallah bersambung 
Bincangan uluww Hakiki..
Atau makna tinggi yang sebenar...

Hamba nih tak pandai mengarang jadi bahasa hamba banyak yang tak betul.  He he he tolong baiki yer mana2 yang salah atau tersilap. Wallahuaalam








Sent from my iPad

Sunday, 12 August 2012

Bab Hukum Wad ei yang lima:

Kitab Durruth Thamin..

Bab Hukum Wad ei yang lima:

Maka hukum wad'ei itu lima perkara:

1.      Pertama syarat dan

2.      Keduanya manik dan

3.      Ketiganya sebab dan

4.      Keempatnya sahih dan

5.      Kelimanya pasid ( rosak )

Maka apabila kita pukulkan lima ini iaitu hukum wad'ei yang lima kepada hukum taklifi yang lima dahulu iaitu wajib dan nadab dan haram dan makruh dan harus jadi hasilnya dua puluh lima.

Maka erti syarat itu :

مَا يَلْزَمُ مِنْ  عَدَمِهِ الْعَدَمُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ وُجُودِهِ الوُجُودُ وَلاَ عَدَمُ لِذَتِهِ

 

Barang yang lazim daripada ketiadaan syarat ketiadaan masyrut dan lazim daripada ada syarat ada masyrut dan tiada nya bagi zatnya seperti haul ( cukup tahun) syarat bagi wajib zakat  maka lazim daripada ketiadaan haul ketiadaan wajib zakat dan tiada lazim daripada ada haul wajib zakat dan ketiadaan wajibnya dengan sekira-kira kita tilik kepada zat haul jua.

Dan adapun jika kita tilik kepada lainnya maka terkadang didapat akan haul dan tiada wajib zakat sebab ada manik iaitu hutang atau sebab tiada sebab iaitu iaitu  memiliki nisab .

Maka erti manik itu iaitu :

مَا يَلْزَمُ مِنْ  وُجُودِهِ الْعَدَمُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِهِ الوُجُودُ وَلاَ عَدَمُ لِذَتِهِ

 

Barang yang lazim daripada wujud manik itu ketiadaan wujud hukum dan tiada lazim daripada ketiadaan manik itu wujud hukum dan tiada adamnya dengan ditilik kepada zatnya seperti haid umpamanya maka lazim daripada ada haid itu ketiadaan diperolehi  sembahyang dan lazim daripada ketiadaan haid itu ada sembahyang dan tiada adam sembahyang dengan sekira-kira kita tilik  kepada zat haid dan adapun dengan kita tilik kepada yang lain maka terkadang ketiaaan haid dan  tiada wajib sembahyang sebab ketiadaan syarat dan iaitu aqal atau ketiadaan sebab dan iaitu waktu.

Maka erti sebab itu iaitu:

مَا يَلْزَمُ مِنْ  وُجُودِهِ الوُجُودُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِهِ العَدَمُ لِذَتِهِ

 

Barang yang lazim daripada wujudnya sebab itu wujud musabbab dan daripada ketiadaannya ketiadaan musabbab bagi zatnya seperti gelincir matahari umpamanya nisbah kepada wajib sembahyang zhuhur maka lazim daripada diperolehi gelincir matahari wujub zhuhur dan lazim daripada ketiadaan zawal ketiadaan wajib zhuhur nisbah ditilik bagi zatnya.

Dan adapun dengan kita tilik kepada yang lain daripadanya maka terkadang didapat gelincir matahari maka tiada wajib sembahyang kerana ketiadaan syarat iaitu beraqal atau sebab ada manik iaitu haid .

 

Maka erti sah itu iaitu : 

ماَ يَتَعَلَّقُ بِهِ النُّفُوذُ وَيُعْتَدُّ بِهِ

Barang yang bergantung dengan dia oleh lulus dan dibilangkan/diterimakan dengan dia.

 

Maka erti bathal itu iaitu:

ماَ لاَ يَتَعَلَّقُ بِهِ النُّفُوذُ وَلاَ يُعْتَدُّ بِهِ

 

Barang yang tiada bergantung dengan oleh lulus dan tiada dibilangkan dengan dia seperti sembahyang umpamanya maka yang sah itu barang yang melengkapkan segala syarat dan rukunnya dan bathal apabila ketiadaan suatu syarat daripada beberapa syaratnya atau ketiadaan satu rukun daripada beberapa rukunnya.


bersambung......


Monday, 16 July 2012

Kitab Tauhid Sirajul Huda ms 6

Kitab Tauhid Sirajul Huda ms 6
Kuliah Magrhib 16 julai 2012  di Muttaqun USJ12.


فائدة.
Ini Satu Faedah. Bermula aqal itu iaitu Cahaya yang dibangsakan kepada Ruh yang dengan dia mendapat oleh Nafsu( diri ) akan segala ilmu yang dibangsakan kepada Dharurah ( mudah ) dan ilmu yang dibangsakan kepada nazhor( fikir) dan istidlal. Maka nyatalah drpd yang demikian itu bahawa yang mendapat akan suatu itu iaitu nafsu( diri ) dan aqal itu pegawainya( petugasnya).

والمستحيل  ما لا يتصور  فى العقل وجوده 
Dan bermula erti mustahil itu iaitu barang yang tiada terupa pada aqal adanya dengan makna tiada dibenar aqal akan adanya.
Maka mustahil itu dua bahagi :
1) Pertama mustahil Dharuri maka iaitu barang yang tiada berkehendak sesaorang pada mengetahuikan dia kepada nazhor yakni mendirikan dalil seperti sunyi jirim daripada mengambil lapang dan
2) Keduanya mustahil Nazhori maka iaitu barang yang tiada dapat tiada pada mengetahuikan dia kepada nazhor yakni mendirikan dalil seperti wujud Syarik al Bari ( شريك الباري ) yakni ada sekutu bagi Tuhan Yang bernama Bari.

Dan terbahagi pula Mustahil itu kepada dua bahagi:
1) Pertamanya Mustahil Zat.
2) Keduanya Mustahil li Ghairihi.( لغيره ) dan dinamakan dia pula mustahil Aradhi ( عرضى ) ertinya yang baharu datang.

Dan mustahil Zati itu terbahagi pula kepada Dua bahagi:
1) Pertama mustahil Zat Muqaiad yakni pada hakikatnya tiada menerima ada sekali-kali tetapi muqaiad yakni terikat istihalahnya dengan selama-lama wujud zatNya seperti sunyi jirim daripada mengambil lapang .
2) Keduanya mustahil zat muthlak yakni hakikatnya tiada menerima ada  sekali- kali seperti wujud Syarik Al Bari dan segala lawan bagi sifat yang wajib bagi Allah taala.

Dan adapun mustahil lighairihi itu maka iaitu ketiadaan wujud satu mumkin dalam masa yang telah di takluk oleh Ilmu Allah taala dengan wujudnya di dalam demikian masa itu maka iaitu mustahil menerima tiada, jikalau adalah zat mumkin itu harus sekalipun kerana mustahil ada sesuatu yang tiada diketahui oleh Allah akan dia atau tiada sesuatu yang telah diketahuinya akan wujudnya kerana ilmu Allah itu meliputi.









Sent from my iPad

Monday, 16 April 2012

Wajib mendirikan imam yang adil

Wajib mendirikan imam yang adil

وواجب نصب امام عدل 

Dan mendirikan ( melantik ) imam yang adil itu wajib yakni satu kewajiban atas umat seaktu ketiadaan nas drpd Allah dan Rasulnya atas sesaorang yang tertentu dan ketiadaan lantikan cadangan daripada imam yang terdahulu, dengan menyalahinya sewaktu didapatkan nas drpd Allah seperti mana firman Allah :
يا داود انا جعلناك خليفة في الارض. ص : ٢٦
Wahai Daud sesungguhnya Kami ( Allah )  Kami jadikan engkau sebagai Khalifah pada muka bumi.
Atau daripada Rasulullah saw atau perlantikan daripada imam yang terdahulu seperti mana yang berlaku drpd Abi Bakr, maka bahawa sa dia telah berwasiat dengan khilafah kemudia daripada dia bagi Umar al khathob ra.

Masalah:
Dan tiada perbezaan pada wajibnya mendirikan atau melantik imam pada berlaku zaman fitnah dan lainnya seperti mana ianya mazhab Ahli Sunnah dan kebanyakan Muktazilah dan kata setengah Ulama: wajib bagi mendiamkan fitnah dan kata setengahnya wajib pada selain zaman fitnah kerana ianya zaman taat. Kata setengah tak wajib sama sekali.

Dikehendiki dengan adil disini:
Iaitu Adil dalam bab Syahadah yang tak dapat di tetapkan melainkan dengan syarat yang lima:
1 ) Islam kerana Kafir tidak memelihara maslahah orang islam.
2 ) Baligh yakni Cukup Umur,dan berakal. Kerana kanak kanak dan orang gila tidak mampu kedua2nya memerintah akan pekerjaan diri keduanya maka tidak boleh memerintah keduany akan pekerjaan orang lainnya.
4 ) Merdeka kerana hamba orang, kesebokan dirinya dengan khidmat akan tuannya. Dan kerana bahawa sa ia dibilang hina di mata manusia maka tidak digerunikan dan tidak di patuhikan suruhannya.
5 ) Ketiadaan Fasik, kerana orang yang fasik tidak dipercayai dengan dia pada suruhannya dan tegahannya. 

Dan dikehendakikan keadaannya adil itu sekalipun pada zahirnya. Kerana bahawa sa ia suatu yang diberati atas kita dengan dia. Maka tidak disyaratkan adil bathinnya.

Kemudian sekelian ini syarat, sesungguhnya iaitu dilakukan pada permulaan dan pada kelakuan ikhtiyar dan adapun pada waktu berkekalan ( setelah dia dilantik dengan lengkap sifat2 seperti diatas) maka tak di syaratkan seperti mana yang akan dimaklumkan akan datang.




@@@ بالشرع فاعلم لا بحكم العقل

فليس ركنا يعتقد فى الدين @@@ ولا تزغ عن امره المبين

الا بكفر فانبذن عهده @@@ فالله يكفينا اذاه وحده

بغير هذا لا يباح صرفه @@@ وليس يعزل ان ازيل وصفه

وامر بعرف واجتنب نميمه @@@ وغيبة وخصلة ذميمه

كالعجب والكبر وداء الحسد @@@ وكالمرء والجدل فاعتمد

وكن كما كان خيار الخلق @@@ حليف حلم تابعا للحق


Sent from my iPad

Wednesday, 4 April 2012

الكرامية Akidah Syiah Karamiah pilihan wahabiah malaysia dan lainnya

الكرامية
الكرامية بخراسان ثلاثة اصناف : حقائقية و طرئقية و اسحاقية. 
وهذه الفرق الثلاث لا يكفر بعضها بعضا وان اكفرهاسائر الفرق، فلهذا عددناها فرقة واحدة. 
وزعيمها المعروف محمد بن كرام ( وهو ابو عبد الله  محمد بن كرام السجستان الزاهد شيخ الطائفة الكرامية وكان من عباد المرجئة العبر ١/١٠ ) كان مطرودا من سجستان الى غرجستان وكان اتباعه فى وقته ارغاد شورمين وافشين وورد نيسابور في زمان ولاية محمد بن طاهر بن عبد الله بن طاهر، وتبعه على بدعته من اهل سواد نيسابور شرذمة من اكرة القرى والدهم.
وضلالات اتباعه اليوم متنوعة انواعا لا نعدها ارباعا ولا اسباعا لكنا نزيد على الالاف الافا ونذكر منها المشهور الذي هو بالقبح مذكور. 

Tuan pengasas mazhab Syiah Karamiyyah nihh nama dia Muhammad bin Karam yang iaitulah abu Abdillah Muhammad bin Karam as sijastani yang Zahid lagi Sheikh puak Karamiah dan adalah dianya dulu dari kalangan ubbad murjiah. Beliau dihalau keluar dari sijastan ke gharjastan..........

فمنها : ان ابن كرام دعا اتباعه الى تجسيم معبوده ( انظر مقالات الاشعري ١ / ٢٥٧ ) وزعم انه جسم له حد و نهاية من تحته  والجهة التى منها عرشه ، وهذا شبيه بقول الثنوية: ان معبودهم الذى سموه نورا يتناهى من الجهة التى تلاقى الظلام وان لم يتناه من خمس جهات. 

Setengah drpd ajaran akidahnya bahawa ibnu karam menyeru pengikut2nya kepada tajsim tuhan yang disembah (mengatakan Allah bertubuh ) dan menyangka ia jisim yang boleh disakatkan dan ada kesudahan darpada bawahnya dan berjihat yang setengah arash yang mana ini perkataan menyerupai perkataan penyembah berhala bahawa tuhan yang disembah mereka itu yang dipernamakan dengan nur yang berkesudahan dari pihak berjumpa kegelapan sekalipun kesudahannha dari pihak yang lima.

وقد وصف ابن كرام معبوده فى بعض كتبه بانه جوهر كما زعمت النصاري ان الله تعالى جوهر. وذلك انه قال فى خطبته كتابه المعروف بكتاب عذاب القبر: ( ان الله تعالى احدى الذات احدى الجوهر ) واتباعه اليوم لا يبوحون باطلاق لفظ الجوهر على الله تعالى عند العامة خوفا من الشناعة عند الاشاعة، واطلاقهم عليه اسم الجسم اشنع من اسم الجوهر، وامتناعهم من تسميته جوهرا مع قولهم بانه جسم كامتناع شيطان الطاق من الروافض من تسمية الاله جسما مع قوله بانه على صورة الانسان وليس على الخذلان فى سوء الاختيار قياس. 
وقد ذكر ابن كرام في كتابه ان الله تعالى مماس للعرش وقالوا : لا يصح وجود جسم بينه وبين العرش الا بان يحيط العرش الى اسفل وهذا معنى المماسة التى امتنعوا من لفظها.
واختلف اصحابه في معنى الاستواء المذكور فى قوله تعالى ( الرحمان على العرش استوى ). 
فمنهم : من زعم ان كل العرش مكان له وانه لو خلق بازاء العرش عروشا موازية لعرشه لصارت العروش كلها مكانا له؛ ولانه اكبرمنها كلها وهذا القول يوجب عليهم ان يكون عرشه اليوم كبعضه فى عرضه. 
ومنهم من قال انه لا يزيد على عرشه فى جهة المماسة ولا يفضل منه شئ علي العرش، وهذا يقتضى ان يكون عرضه كعرض العرش. 
وكان من الكرامية بنيسابور رجل يعرف بابراهيم بن مهاجر ينصر هذا القول ويناظر عليه. 


Sent from my iPad

Thursday, 16 February 2012

حديث افتراق هذه الأمة إلى ثلاث وسبعين فرقة


روى هذا الحديث جماعة من الصحابة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم وأثبته غير واحد من الحفاظ، وممن رواه من الصحابة: أبو أمامة وأنس بن مالك وعبد الله بن عمرو وعمرو بن عوف وعون بن مالك ومعاوية بن أبي سفيان وأبو هريرة وغيرهم من الصحابة.

telah meriwayat akan ini Hadis oleh Jemaah daripada kalangan sahabat daripada Rasulullah saw dan menthabitkan dia oleh tidak seorang dari kalangan Huffaz dan setengah drpd mereka yang Abu Umamah, Anas bin Malik, Abdullah bin Amrin, Amrub bin Aufin, Aun bin Malik, Muawiyah bin Abi Sufyan dan Abu Hurairah dan selain mereka itu drpd kalangan sahabat.

- معنى حديث افتراق هذه الامة إلى ثلاث وسبعين فرقة:

قال أبو منصور البغدادي في "الفرق بين الفرق" [1]: "إن النبي صلى الله عليه وسلم لم يُرد بالفرق المذمومة التي هي من أهل النار فِرَق الفقهاء الذين اختلفوا في فروع الفقه مع اتفاقهم على أصول الدين... وإنما فصل النبي عليه الصلاة والسلام بذكر الفرق المذمومة فرق أصحاب الأهواء الضالة الذين خالفوا الفرقة الناجية" اهـ.

وقال العلامة المحدث الشيخ عبد الله في كتابه "الدليل القويم" ما نصه [2]: "فقوله صلى الله عليه وسلم: "كلهم في النار إلا واحدة" أي أنهم يستحقون النار لمخالفتهم في الاعتقاد، لكن من لم يكن منهم غاليًا إلى الكفر يدخل الجنة بعد العذاب" اهـ أي إن لم يعف الله عنه.



Makna Hadis Iftiraq ( berpecah) Ini Umat kepada 73 Firqah//.
berkata Abu Manthur al Baghdadi dalam Kitab Firak baina Firak bahawa Nabi saw tidak menghendaki dengan firak yang dicelakan dia yang iaitu daripada Ahli Neraka iaitu firak Fuqaha yang berselisih mereka itu pada masaallah furuk serta muwafakat mereka itu atas usul agama/// sesunggunya membuat penceraian oleh Nabi saw dengan menyebut firak(beberapa firqah) yang dicelakan mereka itu drpd firak tuan tuan hawa yang sesat yang berselisih mereka itu akan firqah yang Najiah(mendapat kelepasan).

berkata Al Alamah Al Muhaddith Syeikh Abdullah dalam kitabnya " Dalil al Qayem) barang yang dinaskan maka sabda Nabi saw : sekelian mereka itu dalam neraka melainkan yang satu sahaja/// bermakna bahawa mereka itu mustahak akan neraka kerana menyalahi mereka itu pada iktikad akan tetapi mereka yang tidak adalah drpd mereka itu ialah yang melampau kepada kufur nescaya masuk dalam syurga selepas diazabkan dia///...





Wednesday, 15 February 2012

Pengenalan Mazhab dan kesesatan mereka

قال فى الخزائن السنية: اليونسية هم اصحاب يونس بن عبد الرحمن: قالوا : الله تعالى على العرش تحمله الملائكة. هم من الشيعة الامامية عند البغدادي. بينما عند الشهرستانى و الايجى هم فرقة من غلاة الشيعة ومن المشبهة. انظر : الفرق بين الفرق ص 88-89 , 239 : الملل و النحل 220 , المواقف 421 . وتوجد فرقة تسمى ايضا بالينوسية وهى من فرق المرجئة. انظر الملل و النحل : 162, المواقف 427 .
Berkata dalam kitab alKhazain Saniyah: Mazhab Yunusiah iaitu mereka yang mengikut fahaman Yunus bn Abdur Rahman yang berkata mereka itu Allah taala Atas Arash yang menanggung akan Arash itu oleh Malaikat. mereka juga dikata dari mazhab Syiah Imamiah disisi Baghdadiah manakala disisi Sahrastani dan Iiiji mereka itu daripada firqah melampau syiah dan Mushabbahah, rujukan kitab firaq baina firaq ms88-89,239, kitab milal wan nihal ms 220, kitab almawaqif ms 421 an didapat juga firqah yang dinamakan dengan ayunusiah ini iaitu daripada beberapa firqah Murjiah. kitab milal wan nihal ms 162 dan mawaqif ms 427. wallahuaalam

Sambungan Durruth Thamin: hukum Akal



( وَاَمَّا الْعَقْلُ فَهُوَ سَبَبُ الْعِلْمِ أَيْضاً وَمَا ثَبَتَ مِنْهُ بِالْبَدِيْهَةِ فَهُوَ ضَرُورِىٌ كَالْعِلْمِ بِأَنَّ الكُلَّ أَعْظَمُ مِنْ جُزْئِهِ وَماَ ثَبَتَ بِهِ الاِسْتِدْلاَلُ فَهُوَ اِكْتِساَبِى )
Dan adapun Aqal  maka iaitu sebab bagi pengetahuan pula dan barang yang thabit daripadanya dengan nyata maka iaitu dinamakan dharuri seperti kita mengetahuikan dengan bahawa sanya "kul" itu terlebih besar dari "juzuknya".
Dan seperti satu itu setengah dua dan kurang daripada sepuluh dan barang yang thabit dengan mengambil dalil yakni dengan nazhar maka iaitu dinamakan kasbi(usha) seperti hukumkan alam ini baharu sebab kita melihat ia berubah-ubah maka tiap-tiap yang berubah-ubah itu dihukumkan dengan baharu.

"Masalatun"
Ketahui oleh mu bahawa sanya ilmu itu;
ada kalanya tasawur ( gambaran),
dan adakalanya tasdiq:(membenar dengan Hati)
Maka makna tasawur itu iaitu mendapatikan kejadian sesuatu itu dengan tiada dihukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita tasawurkan makna alam iaitu tiap-tiap yang maujud  yang lain daripada Allah.
Maka makna tasdiq itu iaitu mendapatkan kejadian suatu itu serta kita hukumkan atasnya dengan nafi atau ithbat seperti kita kata alam ini baharu dan ini bukan qadim.
Dan bahawa sanya hukum itu iaitu
( أِثْبَاتُ أَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ )
Menyabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau alam ini bukan qadim pada nafinya dan bahawa sanya:

( الحَاكِمُ بِالاِثْبَاتِ أَوِ النَّفْىِ اِماَ الشَّرْعُ وَاِماَّ الْعَقْلُ وَاِماَّ العَادَةُ )
Yang menghukum dengan ithbat itu atau dengan nafi itu:
Ada kalanya Sya'ra
Ada kalanya Adat
Ada kalanya Aqal
Maka dari kerana inilah terbahagi hukum itu kepada bahagian:
Pertama hukum Syar'ei dan
keduanya hukum Adat dan
Ketiganya hukum Aqal,
Maka hukum Syara' itu iaitu

( وَهُوَ خِطَابُ اللهِ تعالى المُتَعَلِّقُ بِأَفْعاَلِ المُكَلَّفِينَ بِالطَلَبِ أَوِ الْاِبَاحَةِ وَالوَضْعِ لَهُمَا )
 Iaitu tuntut Allah taala yang bergantung dengan perbuatan mukallaf ada kalanya dengan tholab dan adakalanya dengan ibahat dan adakalanya dengan dihantarkan bagi keduanya.
Maka masuk di dalam kata tholab (tuntut ) itu empat perkara:
Pertamanya Ijab ( wajib )
Keduanya nadbun ( sunat )
Ketiganya tahrim ( haram )
Keempatnya makruh

khalasah Minhajul Abidin 01

بسم الله الرحمن الرحيم

    Dengan nama Allah yang sangat murah yang sangat mengasihani 
الحمد لله الملك الحكيم الجواد الكريم العزيز الرحيم

    Segala puji bagi Allah tuhan yang merintah ia dengan suruh dan tegah yang betul ia pada menjadinya yang elok ia pada menghendakinya yang luas pemberiannya yang tidak putus segala pemberiannya yang luas kehendaknya yang sangat mengasihani.

والصلاة على سيد المرسلين وعلى آله الابرار الطييبين الطاهرين وسلم وعظم الى يوم الدين
    Dan rahmat Allah atas penghulu segala rasul dan atas sekelian keluarganya yang banyak segala kebajikan mereka itu yang bersih mereka itu daripada segala kekotoran yang mencampuri yang suci mereka itu daripada segala kekurangan dan meselamat ia dan membesar ia taala hingga hari balasan.

اعلموا إخوانى أسعدكم الله وإياى بمرضاته

    Ketahui oleh mu wahai segala saudara ku mudah-mudahan menguntungkan kamu oleh Allah dan akan daku dengan keredhaannya akan bahawa sanya ibadah itu pilihan bagi segala orang yang dengan mata hati dan ibadah itulah jalan keuntungan dan jalan syurga maka mereka yang mendapati ia akan ibadah maka sesungguhnya lepaslah ia daripada seksa dan beruntunglah ia berkekalan selama-selamanya.


ILMU

    Mestilah kamu dengan ilmu mula apa-apa pun mudah-mudahan memberi taufik akan dikau oleh Allah, sabda Nabi saw :

العلم إمام العمل والعمل تابعه
Ertinya ilmu itu ikutan amalan dan amalan itu yang mengikut bagi ilmu.

    Ketahui oleh mu akan bahawa sanya segala ilmu yang dituntut akan dia ada di dalamnya fardhu ain itu tiga ilmu iaitu:
Ilmu Tauhid.
Ilmu tasauf.
Dan ilmu feqah.
    Maka apabila dapat bagi sekelian kamu fardhu ain dalam tiga ilmu itu maka sesungguhnya jadilah kamu orang alim umat Muhammad saw yang tetap pada ilmunya. Maka jika kamu beramal dengan ilmu kamu nescaya adalah kamu itu hamba Allah taala yang alim yang beramal kerana Allah taala dengan mata hati yang melihat yang tiada jahil dan yang tiada meniru-niru dan yang tiada lalai bahkan yang jaga , maka bagi kamu itu kemulian yang besar. Dan bagi ilmu kamu itu harga yang besar dan pahala yang banyak.  Dan akan Allah taala yang dipohonkan akan bahawa menolong bantu ia akan kamu dan akan kami dengan keelokkan taufiknya dan keelokkan memudahnya bahawa sanya taala yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani. Amin.


Saturday, 14 January 2012

Sambungan Durruth Thamin bab Taklid 01

( وَقَدِ اخْتَلَفَتِ العُلَماَءُ  فِيمَنْ قَلَّدَ فِى عَقَائِدِ التَوْحِيدِ هَلْ يَكْفِى تَقْلِيدُهُ اِذَا كَانَ جَازِماً بِهِ لاَ تَرَدَّدَ مَعَهُ دُونَ عِصْياَنِ أَوْ يَعْصِى بِتَرْكِهِ النَّظْرَ قَالَ جَمْهُورُ العُلَماَءِ يَعْصِى اِنْ كَانَ فِيهِ أَهْلِيَةُ النَظَرِ وَِلَمْ يَنْظُرْ وَاَماَّ القَوْلُ بَاَنَّهُ كَافِرٌ فَاِنَّماَ يُعْرَفُ لِاَبِى هَاشِمْ الجُبَائِى مِنَ المُعْتَزِلَةِ )

 

Dan sanya bersalahan Ulama pada orang yang taklid pada ilmu Aqaeid tauhid adakah memadai taklidnya apabila ada jazamnya dengan dia tiada syak sertanya tiada berdosa yakni jika sekira-kira kembali orang yang diikutnya sekalipun tiada ia kembali daripada barang yang ditaklidnya.

Demikianlah taklid yang sahih yang khilaf Ulama padanya.

Adapun jika taklid yang tiada putus[1]  seperti ada ia jika kembali orang yang diikutnya nescaya mengikut kembali pula ia maka taklid ini tiada sah, kafir ia dengan ittifak Ulama atau berdosa orang yang taklid itu dengan sebab ia meninggalkan nazhar kata jamhur Ulama orang yang takliud itu ia berdosa njika ada ia Ahli nazhor maka jika tiada bagi orang yang taklid keadaannya ahli nazhor padanya maka sah taklidnya tiada berdosa ia.

Dan adapun perkataan yang berkata bahawa sanya ia kafir dihukumkan iktibar pada akhirat disana kafir.

Adapun di dunia disinji dihukumkan baginya islam maka diberikan segala hukum orang yang islam seperti haram kita bunuh akan dia dan ambil hartanya dan lainnya kerana mengucap ia akan dua kalimah  syahadah.

Maka tiada hukum orang yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan apabila ada berserta ia perbuat kufur seperti ia sujud bagi berhala dan seumpamanya maka dihukumkan kafir dunia dan akhirat  seperti barang yang dihukumkan Nabi atasnya selawat dan salam dengan islam orang yang mengucap dua kalimah syahadah kemudian bersabda ia وَحِسَابُهُمْ عَلَى الله ِ   dan hisab mereka itu atas Allah taala..

Maka bahawa sanya Abu Hasshim aljubai daripada Muktazilah yakni perkataan yang berkata kafir orang yang takliditu bagi Abi Hashim daripada Muktazilah dan muafakat akan dia oleh Imam Sunusi pada syarah kabirnya ia menaqal daripada Imam AshAri dan qadi Abi bakar dan beberapa Ulama tetapi perkataan ini Dhoif kerana lazimlah atas kafir orang yang taklid mengkafirkan kebanyakan awam mukminin kerana bahawa sanya tiada ada nazhor bagi mereka itu maka tiada iman mereka itu dan ialah yang kebanyakan umat ini.

Dan yang demikian itu memberi cedera pada keadaannya Nabi kita itu terlebih banyak Anbiya yang mengikutnya seperti barang yang dikeluarkan daripada hadith Ibnu Majah dan Tarmizi daripada Buraidah bin alKhothib sabda Nabi saw:

أَهِلُ الجَنَّةِ عِشْرُونَ وَمِائَةُ صَفٍّ ثَماَنُونَ مِنْهاَ مِن هَذِهِ الأُمَّةِ وَاَرْبَعُونَ مِنْ سَائِرِ الاُمَمِ

قَالَ تَرمِذِى حَدِيثٌ حَسَنٌ

Isi Syurga itu seratus dua puluh Saf , delapan puluh daripadanya daripada umat ini yakni umat ku ini dan empat puluh daripada segala umat Nabi yang terdahulu. Kata imam Tarmizi Hadith ini hasan.



[1] Yakni tiada hatinya berpegang dengan taklidnya secara jazam.