Friday 17 August 2012

Membathalkan perkataan mereka yang berkata bahawa Allah dalam jihat Fauqo atau fis Samaa ( langit )

Membathalkan perkataan mereka yang berkata bahawa Allah dalam jihat Fauqo atau fis Samaa ( langit )

بسم الله الرحمن الرحيم

Lafaz Fauqiyah ( atas ) banyak datangnya dalam quran dan hadis Nabi saw seperti firman Allah taala:
يخافون ربهم من فوقهم
Takut sekelian mereka itu akan tuhan mereka itu.. Surah an Nahl ayat 50 dan firman Allah
وهو القاهر فوق عباده
Dan ia ( Allah ) tuhan yang menguasai diatas hamba2nya. Surah al Anaam 18-61.
Dan banyak ayat dan hadis yang ianya dibilangkan sebagai ayat2 mutashabih dan demikian itu kerana bahawa lafaz fauq/atas iaitu kalimah yang dihantarkan bagi memberi faedah jihat atas dan Allah disucikan drpd sekelian jihat.
Sesungguhnya Yang di kehendaki drpdnya sewaktu diucapkan pada hak tuhan kita subhanahu wataala iaitu memberi faedah keringgian yang hakiki iaitu bersifat ia dengan sifat ketinggian yang bukan sama sekali bermakna bahawa bagi Allah jihat atas dan setengah barang yang menunjukan atas ketiadaan tertentunya dengan jihat fauq/atas iaitulah firman Allah 
وهو الله فى السموات و فى الارض
Dan ia Allah dalam Langit dan dalam Bumi. Surah al anaam ayat 3 
Dan firman Allah 
وهو الذى فى السماء اله و فى الارض اله
Dan ia Allah tuhan yang berhak disembah dilangit dan dialah Tuhan yang berhak disembah di bumi surah az zuhruf ayat 84. Iaitu tuhan yang disembah dengan sebenar pada keduanya. Dan firman Allah taala:
ولله المشرق والمغرب فاينما تولوا فثم وجه الله 
Dan bagi Allah jualah yang memiliki timur dan barat maka kemana sahaja kamu arahkan diri kekiblat untuk menghadap Allah maka disitulah arah yang diredhai. Surah al Baqarah ayat 115 dan firman Allah 
ونحن اقرب اليه من حبل الوريد
Dan Kami terlebih hampir kepadanya drpd urat marehg. Surah qaf ayat 16 dan firman Allah taala:
ولا ادنى من ذلك ولا اكثر الا وهو معهم
Dan tiada kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai melainkan dia dia ada bersama sama mereka itu. Surah Mujadalah ayat 7.

Dan ayat yang banyak yang memanjangkan oleh sebutnya dan jikalau ada ia dalam jihat yang atas nescaya berlawanan oleh ini ayat2 dan bersalahan dan iaitu menafikan bahi firman Allah taala:
ولو كان من عند عير الله لوجدوا فيه اختلافا كثيرا
Dan jikalau quran itu datangnya bukan dari sisi Allah nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. Surah An Nisa ayat 82. Dan thabit dalam sahih muslim drpd Abi Hurairah radiallahu anh bahawa Nabi saw bersabda 
اقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد 
Sehampir2 tempat yang ada hamba itu drpd tuhannya dan iaitu sujud.. Maka menafi oleh taqyiidnya dengan jihat fauq/atas dan firman Allah
وما ينطق عن الهوى ان هو الا وحى يوحى
Dan tidak bertutur ia drpd hawa nafsu, tidak ia melainkan wahyu yang di wahyukan akan dia. Surah an najm ayat 3-4.
Dan dalil2 yang dihimpunkan diantara ayat dan hadis bahawa kita ketahui bahawa uluwu/atas ada baginya dua iktibar
1) iktibar idhafi/sandaran.
2) iktibar Hakiki/ sebenar.

Maka ketinggian makhluk setengahnya dengan setengah yang lainnya, sesungguhnya ianya uluww/atas idhafi kerana bahawa tidak suatupun drpd makhluk baginya jihat uluww/atas melainka bahawa ia dibandingkan dengan dengan nisbah kepada makhluk yang lainnya yang ianya di atasnya/fauq melainkan barang yang menghendaki Allah dan ini uluww/atas idhafi iaitu dua bahagi:
1) bahagian hissi( nyata/ dapat dirasa dengan pacaindra yang lima) dan iaitu yang difahamikan dengan nisbah kepada jihat makaniah yang ditentukan dengan jauhar yang berkehendak kepada tempat dan
2) bahagian maknawi dan iaitu yang difahamikan dengan nisbah kepada derjah kesempurnaan bangsa pengenalan bagi tuan2 Hati atau kesempurnaan bangsa Waham bagi tuan2 taqwa... Dirman Allah taala
ورفعنا بعضهم فوق بعض درجات
Dan kami angkatkan sebahagian mereka itu diatas/fauq setengah mereka  dengan beberapa derjat. Surah azzuhruf ayat 32 dan firman Allah taala 
انظر كيف فضلنا بعضهم على بعض وللاخرة اكبر درجات واكبر تفضيلا
Lihatlah bagaimana kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain dan sesungguhnya pemberian di akhirat itu lebih besar tingkatan2nya dan lebih besar kurnianya..

Wallahuaalam insyaallah bersambung 
Bincangan uluww Hakiki..
Atau makna tinggi yang sebenar...

Hamba nih tak pandai mengarang jadi bahasa hamba banyak yang tak betul.  He he he tolong baiki yer mana2 yang salah atau tersilap. Wallahuaalam








Sent from my iPad

Sunday 12 August 2012

Bab Hukum Wad ei yang lima:

Kitab Durruth Thamin..

Bab Hukum Wad ei yang lima:

Maka hukum wad'ei itu lima perkara:

1.      Pertama syarat dan

2.      Keduanya manik dan

3.      Ketiganya sebab dan

4.      Keempatnya sahih dan

5.      Kelimanya pasid ( rosak )

Maka apabila kita pukulkan lima ini iaitu hukum wad'ei yang lima kepada hukum taklifi yang lima dahulu iaitu wajib dan nadab dan haram dan makruh dan harus jadi hasilnya dua puluh lima.

Maka erti syarat itu :

مَا يَلْزَمُ مِنْ  عَدَمِهِ الْعَدَمُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ وُجُودِهِ الوُجُودُ وَلاَ عَدَمُ لِذَتِهِ

 

Barang yang lazim daripada ketiadaan syarat ketiadaan masyrut dan lazim daripada ada syarat ada masyrut dan tiada nya bagi zatnya seperti haul ( cukup tahun) syarat bagi wajib zakat  maka lazim daripada ketiadaan haul ketiadaan wajib zakat dan tiada lazim daripada ada haul wajib zakat dan ketiadaan wajibnya dengan sekira-kira kita tilik kepada zat haul jua.

Dan adapun jika kita tilik kepada lainnya maka terkadang didapat akan haul dan tiada wajib zakat sebab ada manik iaitu hutang atau sebab tiada sebab iaitu iaitu  memiliki nisab .

Maka erti manik itu iaitu :

مَا يَلْزَمُ مِنْ  وُجُودِهِ الْعَدَمُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِهِ الوُجُودُ وَلاَ عَدَمُ لِذَتِهِ

 

Barang yang lazim daripada wujud manik itu ketiadaan wujud hukum dan tiada lazim daripada ketiadaan manik itu wujud hukum dan tiada adamnya dengan ditilik kepada zatnya seperti haid umpamanya maka lazim daripada ada haid itu ketiadaan diperolehi  sembahyang dan lazim daripada ketiadaan haid itu ada sembahyang dan tiada adam sembahyang dengan sekira-kira kita tilik  kepada zat haid dan adapun dengan kita tilik kepada yang lain maka terkadang ketiaaan haid dan  tiada wajib sembahyang sebab ketiadaan syarat dan iaitu aqal atau ketiadaan sebab dan iaitu waktu.

Maka erti sebab itu iaitu:

مَا يَلْزَمُ مِنْ  وُجُودِهِ الوُجُودُ وَلاَ يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِهِ العَدَمُ لِذَتِهِ

 

Barang yang lazim daripada wujudnya sebab itu wujud musabbab dan daripada ketiadaannya ketiadaan musabbab bagi zatnya seperti gelincir matahari umpamanya nisbah kepada wajib sembahyang zhuhur maka lazim daripada diperolehi gelincir matahari wujub zhuhur dan lazim daripada ketiadaan zawal ketiadaan wajib zhuhur nisbah ditilik bagi zatnya.

Dan adapun dengan kita tilik kepada yang lain daripadanya maka terkadang didapat gelincir matahari maka tiada wajib sembahyang kerana ketiadaan syarat iaitu beraqal atau sebab ada manik iaitu haid .

 

Maka erti sah itu iaitu : 

ماَ يَتَعَلَّقُ بِهِ النُّفُوذُ وَيُعْتَدُّ بِهِ

Barang yang bergantung dengan dia oleh lulus dan dibilangkan/diterimakan dengan dia.

 

Maka erti bathal itu iaitu:

ماَ لاَ يَتَعَلَّقُ بِهِ النُّفُوذُ وَلاَ يُعْتَدُّ بِهِ

 

Barang yang tiada bergantung dengan oleh lulus dan tiada dibilangkan dengan dia seperti sembahyang umpamanya maka yang sah itu barang yang melengkapkan segala syarat dan rukunnya dan bathal apabila ketiadaan suatu syarat daripada beberapa syaratnya atau ketiadaan satu rukun daripada beberapa rukunnya.


bersambung......