Monday 16 July 2012

Kitab Tauhid Sirajul Huda ms 6

Kitab Tauhid Sirajul Huda ms 6
Kuliah Magrhib 16 julai 2012  di Muttaqun USJ12.


فائدة.
Ini Satu Faedah. Bermula aqal itu iaitu Cahaya yang dibangsakan kepada Ruh yang dengan dia mendapat oleh Nafsu( diri ) akan segala ilmu yang dibangsakan kepada Dharurah ( mudah ) dan ilmu yang dibangsakan kepada nazhor( fikir) dan istidlal. Maka nyatalah drpd yang demikian itu bahawa yang mendapat akan suatu itu iaitu nafsu( diri ) dan aqal itu pegawainya( petugasnya).

والمستحيل  ما لا يتصور  فى العقل وجوده 
Dan bermula erti mustahil itu iaitu barang yang tiada terupa pada aqal adanya dengan makna tiada dibenar aqal akan adanya.
Maka mustahil itu dua bahagi :
1) Pertama mustahil Dharuri maka iaitu barang yang tiada berkehendak sesaorang pada mengetahuikan dia kepada nazhor yakni mendirikan dalil seperti sunyi jirim daripada mengambil lapang dan
2) Keduanya mustahil Nazhori maka iaitu barang yang tiada dapat tiada pada mengetahuikan dia kepada nazhor yakni mendirikan dalil seperti wujud Syarik al Bari ( شريك الباري ) yakni ada sekutu bagi Tuhan Yang bernama Bari.

Dan terbahagi pula Mustahil itu kepada dua bahagi:
1) Pertamanya Mustahil Zat.
2) Keduanya Mustahil li Ghairihi.( لغيره ) dan dinamakan dia pula mustahil Aradhi ( عرضى ) ertinya yang baharu datang.

Dan mustahil Zati itu terbahagi pula kepada Dua bahagi:
1) Pertama mustahil Zat Muqaiad yakni pada hakikatnya tiada menerima ada sekali-kali tetapi muqaiad yakni terikat istihalahnya dengan selama-lama wujud zatNya seperti sunyi jirim daripada mengambil lapang .
2) Keduanya mustahil zat muthlak yakni hakikatnya tiada menerima ada  sekali- kali seperti wujud Syarik Al Bari dan segala lawan bagi sifat yang wajib bagi Allah taala.

Dan adapun mustahil lighairihi itu maka iaitu ketiadaan wujud satu mumkin dalam masa yang telah di takluk oleh Ilmu Allah taala dengan wujudnya di dalam demikian masa itu maka iaitu mustahil menerima tiada, jikalau adalah zat mumkin itu harus sekalipun kerana mustahil ada sesuatu yang tiada diketahui oleh Allah akan dia atau tiada sesuatu yang telah diketahuinya akan wujudnya kerana ilmu Allah itu meliputi.









Sent from my iPad