Thursday 14 July 2011

sambungan sebelumnya

Dan ada kalanya imannya itu dengan sebab shuhud akan tajalli tuhannya atas mata hatinya maka jadi hapus daripadanya itu wujud yang lain maka Allah jua yang maujud tiada ada sertanya suatu seperti yang disebutkan pada hadis:

 

كَانَ اللهُ وَلاَ شَئَ مَعَهُ وَهُوَ الآنُ كَماَ كَانَ عَلَيهِ

Adalah Allah maujud dan tiada ada  sertanya itu suatu dan iaitu sekarang seperti barang yang ada dahulu atasnya inilah sehingga-hingga pangkat yang diatas mertabat iman khowasul khowas  seperti firman Allah taala :

 

وَلِكُلِّ دَرَجاَتٍ مِماَّ عَمِلُوا

ertinya dan thabitlah bagi tiap-tiap saorang itu beberapa pangkatnya daripada barang yang dikerjakannya dan lagi firman Allah taala:

 

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ أَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ اُوتُوا العِلْمَ دَرَجاَتٌ

telah mengangkat oleh Allah taala akan mereka yang percaya dari kalangan kamu dan mereka yang didatangkan ilmu itu beberapa darajatnya

 

وَاللهُ سُبْحاَنَهُ وَتَعاَلَى فَوقَ مَعْرِفَةِ العاَرِفِينَ وَأَعلَى مِنْ وَصْفِ الوَاصِفِينَ وَلاَ يُحِيطُونَ بِهِ عِلْماً

bermula Allah subhanahu wa taala itu di atas pengetahuan orang yang Arifinnya dan terlebih tinggi daripada diperi  oleh orang yang memperikan dan tiada dapat diliputi dengan dia pengetahuan. Jikalau nyata ia bagi hati orang yang Arif nescaya terbakar barang yang sampai pelihatan matanya.

 

فَلَماَّ تَجَلَّى رَبُّهُ لِلجَبَلِ جَعَلَهُ دَكَّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقاَ

Maka tatkala tajalli tuhannya bagi bukit jadilah bukit itu hancur dan gugur Musa itu pada hala pensan.

Maka disanalah putus isyarat orang yang Arif dan disanalah kelu bagi segala lidahnya daripada ibarat dan hanya sanya orang yang Arif itu mengetahui ia akan had ( sakatan) dirinya dan mencebuk daripada kuat marifatnya atas sekira-kira penolongnya jua dan orang yang Alim lagiu mempunyai terang mata hatinya itu berkata ia seqadar barang yang didapati daripada bahagiannya yang diberikan dia dan keadaan hakikat kunhu zatnya itu tersembunyi daripada sampai ilmu makhluk dan hanya yang didapati itu qadar tajallinya jua maka disebutkan dengan rumuz dan isyarat jua demikianlah adanya  والله فوق كل ذى علم عليم

Monday 11 July 2011

kuliah tauhid 11 julai.

Shahdan:

Adalah maksud yang terlebih besar daripada ilmu ini iaitu mengenal akan tuhan Rabbil Arbab maka mengenal akan dia itu fardhu yang lazim bagi yang Aqil baligh maka hendaklah diketahuinya dengan iktikad yang jazim yang muafakat bagi sawwab ( betul).

Maka tiada hasil iktikad itu melainkan mengikut bagi quran dan hadis Nabi saw dan mengikut bagi keduanya itu mengangkatkan hijab shak dan zhon dan waham maka didapatnya ilmu yang putus yang yaqin.

Maka diketahuinya bahawa sanya segala Alam ini tanda yang menunjukkan keadaan tuhan yang menjadikan dia itu amat kuasa lagi amat mengetahui lagi yang mendirikan tujuh petala langit dan bumi lagi ialah tuhan yang wajib wujudnya lagi qadim lagi baqi ialah yang mentadbirkan segala yang maujud ini lagi amat nyata daripada tiap-tiap suatu dan ialah yang menyatakan tiap-tiap sesuatu kerana bahawa sanya ioa menerangkan tujuh petala langit dan bumi dan jikalau tiada nurnya yang meliputi bagi tiap-tiap suatu maka betapa nyata tiap-tiap suatu itu.

Maka jangan kita sangka  ia terdinding dengan Alam ini kerana yang terdinding itu maqhur yakni tergagah   وَهُوَ القاَهِرُ فَوْقَ عِباَدِهِ  ertinya ialah yang mengerasi atas segala hambanya.

Maka betapa ia tersembunyi pada hal ia terlebih zahir daripada tiap-tiap suatu dan hanya sesungguhnya terdinding makhluk itu daripadanya sebab sangat nyatanya dan sangat cemerlang cahayanya maka ialah yang terlebih zahir daripada bahawa mengambil dalil atasnya lagi terlebih besar daripada bahawa menyampaikan dia dengan suatu yang lain daripadanya kepadanya maka ialah yang awal dan yang akhir dan yang zahir dan yang bathin dan ialah dengan tiap-tiap suatu itu amat mengetahui dan ialah dengan tiap-tiap suatu itu amat meliputi dan ialah yang terlebih hampir daripada urat lehernya.

Dan hanya sesungguhnya yang mendindingkan dia itu waham yang bangsa aghyar yang adamiyah pada hati kita maka ialah yang mendindingkan daripada melihat akan nyata wujudnya dan sebab bersusun ain athar yang termeteri pada mata hatinya dan jika hilanglah aghyar dan athar daripada mata hatinya dengan dicarikkan hijab yang bangsa wahmiyah yang adamiyah itu nescaya keluarlah cahaya matahari makrifat dan ilkmu dan melihatlah ia akan ain maujud yang terlebih daripada mengambil dalil atasnya dan nyatalah ia yang menyatakan tiap-tiap suatu.

Dan lagi maksud daripada ilmu ini hendak menyabitkan bagi kamal zatnya taala tuhan kita dan menyabitkan sifat kamalat dan tunggal pada menjadikan alam ini dan menafikan dia daripada segalasifat yang kekurangan dan bersamaan dengan segala yang baharu ini.

Dan demikian lagi maksud daripada ilmu ini ialah hendak menyabitkan keadaan bagi Allah subhanahu wa taala itu beberapa banyak rasulnya dan ialah daripada manusia yang terlebih akmal manusia pada zamannya ialah mempunyai segala sifat yang keelukan dan menafikan daripadanya segala kekurangan dan wajib atas tiap-tiap orang membenarkan barang yang dikhabarkan daripada segala yang ghaib-ghaib yang lagi akan datang dan yang sudah dahulu maka sekeliannya itu benar lagi hak.

Ketahui oleh mu maka adalah manusia itu beberapa pangkat pada iman itu

  1. Ada kalanya dengan taklid.
  2. Ada kalanya Arif.

Maka orang yang taklid itu iaitu iktikad yang jazam lagi muafakat bagi hak yang keluar daripada hatinya lagi membenarkan dia dengan ketiadaan dalil dan burhan.

Maka yang Arif itu:

Ada kalanya  iktikadnya itu jazam lagi muafakat barang yang pada Allah taala serta dengan dalil dan burhan jua inilah pada kebanyakan ahli zahir.

Ada kalanya iktikadnya itu jazam lagi muthabiq dengan hak lagi mustaqir dengan didapatnya dengan wijdan dengan ketiadaan berkehendak kepada dalil dan burhan maka inilah iman ahli khawas.

Tuesday 5 July 2011

kuliah tauhid 5 julai kitab Durruth Thamin

Dan tak dapat tiada bagi orang yang berkehendak masuk bicara ilmu atas jalan yang sempurnanya bahawa diketahui dahulunya akan mabadi yang sepuluh ini.

 

حَدُّهُ وَمَوْضُوعُهُ وَوَاضِعُهُ وَاسْمُهُ وَغَايَتُهُ وَحُكْمُهُ وَمَقْصُودُهُ وَاسْتِمْدَادُهُ وَفَائِدَتُهُ وَنِسْبَتُهُ

Tandanya dan tempat hantarnya dan yang menghantarkan dia dan namanya dan kesudahannya dan hukumnya dan maksudnya dan tempat ambilnya dan faedahnya dan nisbahnya  inilah yang dinamakan mabadi yang sepuluh perkara itu.

1.         Maka had ilmu Usuluddin ini yang dimaksudkan padanya

 

اَلْعِلْمُ بِالْعَقَائِدِ الدِّينِيَّةِ النَّاشِئَةِ عَنِ الأَدِلَّةِ الْيَقِينِيَّةِ

Iaitu ilmu dengan beberapa aqaeid yang bangsa agama yang tertentu daripada beberapa dalil yang diyakinkan.

.

2.         Dan maudu'nya itu zat Allah taala dan segala Ambiyanya yang kita bicarakan itu zat Allah dan segala Rasulnya daripada sekira-kira yang kita bicarakan daripada barang yang wajib baginya dan yang mustahil dan yang harus.

 

3.         Dan Wadi'nya yakni pertama-tama orang yang menghantarkan dia itu iaitu Abu Hassan Asaari.

Dan adalah ceritanya, adalah Abu Hassim al Jubaei guru Abul Hassan Asaari lagi pula bapa tiri suami ibunya maka tinggal mengikut barang yang diambil daripada ilmu Muktazilah empat puluh tahun kemudian maka melihat ia akan Nabi saw pada tidurnya tiga kali pada hal berkata ia baginya pada tiap-tiap kalinya: Hai abal hassan tolong oleh mu akan aqaeid yang diriwayatkan daripada aku maka bahawa sanya ia sebenar maka sembah Abul Hassan pada yang ketiga kalinya batapa aku tinggal akan mazhab yang sudah aku tasawurkan masaalahnya dan aku ketahui akan dalilnya tiga puluh tahun daripada bicara aku dengan ilmunya maka sabda Rasulullah saw jika tiada aku ketahui bahawa sanya Allah taala menolong akan dikau dengan penolongnya tiada aku suruh akan dikau kemudian maka jaga ia daripada tidurnya maka berkata ia tiada kemudian daripada nyata yang sebenar melainkan sesat kemudian maka mengambil akan beberapa Hadis yang menolongkan akan iktikad Ahli Sunnah dan jemaah yang datang pada melihat akan Allah taala pada hari kiamat dan hadis memberi sufaat Nabi saw dan lainnya maka ditolongkan dia oleh Allah dengan penolongnya maka adalah ia membukakan daripadanya beberapa bicara dan beberapa dalil dan burhan yang tiada pernah mendengar daripada Sheikhnya sekali-kali dan tiada pernah dilihatnya di dalam kitab kemudian lenyap ia  daripada mata manusia pada rumahnya lima belas hari kemudian keluar ia kepada Masjid jamik dan naik ia keatas mimbar dan berkata ia wahai segala manusia sesungguhnya adalah ghaib ku daripada kamu masa ini kerana bahawa sanya aku tilik akan beberapa dalil maka aku dapat bersama padaku akan beberapa dalil yakni berlawanan dalil tiada dapat aku hendak lebih sesuatu daripada satunya maka aku minta petunjuk daripada Allah taala maka menunjukan daku kepada iktikad yang sebenarnya maka aku taruhkan di dalam kitab ku ini.

Dan sesungguhnya telah aku tinggalkan daripada segala ilmu yang ada aku iktikadkan  akan dia seperti aku tanggalkan daripada kain ku ini  maka ditanggalkan akan kain yang ia pakai  yang ada padanya dan dilontarnya kemudian maka diangkatkan kitab yang ia karang atas mazhab Ahli Sunnah dan jemaah kepada manusia.

Maka adalah ia pertama-tama orang yang mengedarkan ilmu aqaeid atas jalan kitab  dan sunnah  yang mengikut al Quran dan Hadis dan Ijmak Sahabat yang dahulu-dahulu yang saleh-saleh maka jadi hinalah  segala Ahli Muktazilah.

 

4.         Dan nama ilmu ini ilmu tauhid dan ilmu sifat dan ilmu Aqaeid dan ilmu  Usuluddin dan ilmu Kalam.

Maka sekeliannya itu nama ilmu ini maka sebab dinamakan ilmu kalam kerana kebanyakan bicaranya itu pada kalam adakah ia qadim atau hadith ( baharu ) dan beberapa difitnah segala manusia suruh mengatakan quran itu makhluk seperti yang diriwayatkan daripada Ahmad bin an Nadhar al Khuzaei salah saorang Ulama Ahli Hadis yang diserukan akan dia oleh Wathik kepada berkata  makhluk Quran maka enggan ia maka dikeratkan lehernya dan digantungkan kepalanya pada Baghdad  dan disuruh orang tunggu dan memalingkan mukanya daripada qiblat maka mengkhobarkan yang menunggu itu kepada Wathik bahawa sanya ia melihat pada waktu malam, berpaling ia dengan sendirinya keqiblat dengan mukanya membaca akan surah Yasin dengan lidahnya fasih.

Dan pada satu riwayat membaca ia akan :

 

ألم  أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ

 

5.         Dan Ghayah ilmu ini ertinya kelebihannya : dapat membezakan antara beberapa aqaeid yang sahihnya dengan yang pasidnya ( rosak) yakni diketahuikan akan yang sahih dengan yang binasanya kerana.

 

6.         Hukum ilmu ini.

Wajib Aini atas tiap-tiap orang yang mukallaf dan ialah awal ilmu yang ditanya daripadanya akan manusia di dalam quburnya dan adalah Rasulullah saw barsabda ia

تَعَلَّمُوا حُجَّتَكُمْ فَاِنَّكُمْ مَسْؤُلُونَ

Berlajar sekelian kamu akan hujjah  kamu maka bahawa sanya kamu ditanyakan akan kamu sekelian pada hari qiyamat.

 

7.         Dan Maksudnya iaitu beberapa mas'alahnya yang thabit pada ilmu usuluddin ini dengan burhan seperti kita sebutkan baharu Jauhar dan A'rad dan menyebutkan tuhan yang menjadikan Alam dan baginya beberapa sifat  dan dengan beberapa dalil yang sam'eyah yakni yang diambil daripada Hadis seperti kita thabitkan dikembalikan tubuh yang sudah hancur dan Syurga dan Neraka.

 

8.         Dan Istimdadnya yang tempat keluarnya itu daripada qurang dan Hadis Nabi saw.

 

9.         Dan faedahnya mencapai kebahagian dua negeri iaitu Dunia dan Akhirat masuk kedalam syurga kekal selama-lamanya dan melihat akan wajah tuhan yang tiada sepertinya sesuatu .

 

10.       Dan nisbahnya ilmu ini ilmu Agama.

 

Inilah kesudahan mabadi yang sepuluh perkara yang sayugia dipelajarikan dahulu daripada mengerjakan sesuatu.

Sunday 3 July 2011

kuliah Tauhid kitab Durruth Thamin di Rumah 3 julai 2011

وَاِنْ لَمْ أَكُنْ أَهْلاً لِذَلِكَ وَلَكِنْ اِعْتَقَدْتُ عَلَى الله الكَرِيمِ السٍّتاَّرِ

Dan jika tiada adalah aku Ahli bagi yang demikian itu dan tetapi aku berpegang atas Allah taala tuhan yang amat murah lagi amat menutup akan kesalahan hambanya.

 

أَنْ يُوَفِّقَنِى لِلصَّوابِ بِجَاهٍ سَيِّدِناَ محمد المُخْتاَرِ

Bahawa diberi kuasa akan daku bagi kebenaran dengan kemegahan penghulu kami Muhammad Nabi yang dipilih.

 

وَسَمَّيْتُهُ الدُّرُّ الثَمِينِ فِي عَقاَئِدِ المُؤْمِنِينَ

Dan aku namai akan dia Duruth Thamin pada menyatakan iktikad orang yang mukminin.

 

وَأَرْجُوْ الله سُبْحاَنَهُ وَتَعاَلىَ التَوْفِيقَ وَأَنْ يَجْعَلَ ثَواَبَهُ هَدِيَّةً اِلَى رُوْحِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَذَخِيرَةً لِيَوْمِ المَآبِ

Dan aku harap akan Allah subhanahu wa taala akan taufik dan bahawa dijadikan akan kitab ini pertaruhan bagi hari kembali yang iaitu hari qiyamah.

 

وَماَ تَوْفِيقِى اِلاَّ بِاللهِ عَلَيهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيهِ أُنِيبُ

Dan tiada kuasa aku melainkan dengan pertolongan Allah atasnya berserah aku dan kepadanya kembali aku.

 

وَهَذَا أَوَانُ شُرُوعِى فِى المَقْصُودِ مُسْتَغْنِياً بِفَضْلِ الكَرِيمِ الوَهاَّبِ

Dan inilah ketika masuk aku kepada maksud hal keadaannya minta tolong dengan anugerah tuhan yang amat murah lagi amat memberi kurnianya kepada segala hambanya. Amin.

 

مُقَدِّمَةٌ قَالَ العَلاَمَةُ الشَيْحُ أَحْمَدُ بنُ محمد السُحَيمِى

Ini suatu muqaddimah telah berkata alamah Sheikh Ahmad bin Muhammad as Suhaimim pada Syarah Hudhudy.

 

وَلاَبُدََّ لِمَنْ أَرَادَ الخَوضَ فِى عِلْمٍ عَلَى الوَجْهِ الأَكْمَلِ أَنْ يَعْرِفَ المَباَدِىَ العَشَرَةَ 

Dan tak dapat tiada bagi orang yang berkehendak masuk bicara ilmu atas jalan yang sempurnanya bahawa diketahui dahulunya akan mabadi yang sepuluh ini.