Sunday 29 May 2011

kuliah Durut Thamin dirumah

وَاِنْ لَمْ أَكُنْ أَهْلاً لِذَلِكَ وَلَكِنْ اِعْتَقَدْتُ عَلَى الله الكَرِيمِ السٍّتاَّرِ

Dan jika tiada adalah aku Ahli bagi yang demikian itu dan tetapi aku berpegang atas Allah taala tuhan yang amat murah lagi amat menutup akan kesalahan hambanya.

 

أَنْ يُوَفِّقَنِى لِلصَّوابِ بِجَاهٍ سَيِّدِناَ محمد المُخْتاَرِ

Bahawa diberi kuasa akan daku bagi kebenaran dengan kemegahan penghulu kami Muhammad Nabi yang dipilih.

 

وَسَمَّيْتُهُ الدُّرُّ الثَمِينِ فِي عَقاَئِدِ المُؤْمِنِينَ

Dan aku namai akan dia Duruth Thamin pada menyatakan iktikad orang yang mukminin.

 

وَأَرْجُوْ الله سُبْحاَنَهُ وَتَعاَلىَ التَوْفِيقَ وَأَنْ يَجْعَلَ ثَواَبَهُ هَدِيَّةً اِلَى رُوْحِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَذَخِيرَةً لِيَوْمِ المَآبِ

Dan aku harap akan Allah subhanahu wa taala akan taufik dan bahawa dijadikan akan kitab ini pertaruhan bagi hari kembali yang iaitu hari qiyamah.

 

وَماَ تَوْفِيقِى اِلاَّ بِاللهِ عَلَيهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيهِ أُنِيبُ

Dan tiada kuasa aku melainkan dengan pertolongan Allah atasnya berserah aku dan kepadanya kembali aku.

 

وَهَذَا أَوَانُ شُرُوعِى فِى المَقْصُودِ مُسْتَغْنِياً بِفَضْلِ الكَرِيمِ الوَهاَّبِ

Dan inilah ketika masuk aku kepada maksud hal keadaannya minta tolong dengan anugerah tuhan yang amat murah lagi amat memberi kurnianya kepada segala hambanya. Amin.

 

مُقَدِّمَةٌ قَالَ العَلاَمَةُ الشَيْحُ أَحْمَدُ بنُ محمد السُحَيمِى

Ini suatu muqaddimah telah berkata alamah Sheikh Ahmad bin Muhammad as Suhaimim pada Syarah Hudhudy.

 

وَلاَبُدََّ لِمَنْ أَرَادَ الخَوضَ فِى عِلْمٍ عَلَى الوَجْهِ الأَكْمَلِ أَنْ يَعْرِفَ المَباَدِىَ العَشَرَةَ 

Dan tak dapat tiada bagi orang yang berkehendak masuk bicara ilmu atas jalan yang sempurnanya bahawa diketahui dahulunya akan mabadi yang sepuluh ini.

 

حَدُّهُ وَمَوْضُوعُهُ وَوَاضِعُهُ وَاسْمُهُ وَغَايَتُهُ وَحُكْمُهُ وَمَقْصُودُهُ وَاسْتِمْدَادُهُ وَفَائِدَتُهُ وَنِسْبَتُهُ

Friday 27 May 2011

kitab Akidatun Najin

Ini Kitab Yang Bernama:

 

عَقِيْدَةُ النَّاجِيْنَ

فِي عِلْمِ أُصُوْلِ الدِّيْنِ

 

Ertinya: I'tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid'ah pada bicara ilmu Usuliddin atas mazhab Ahli al-Sunnah wa al- Jama'ah dengan Bahasa Melayu.

 

 

 

Karangan al-'Alim al-'Allamah al-Fahhamah al-Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muqaddimah

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Dengan nama Allah Tuhan yang amat pemurah di dalam negeri dunia ini lagi amat mengasihani akan hambaNya yang mukmin di dalam negeri akhirat.

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْمُنْفَرِدِ بِالإِعْدَامِ وَالإِيْجَادِ * الْمُنَزَّهِ عَنْ شَوَائِبِ النَّقْصِ وَالأَضْدَادِ                      

 

Segala puji bagi Allah yang tunggal Ia dengan mentiadakan mumkin dan dengan mengadakan dia lagi yang Maha suci Ia daripada segala yang bercampur kekurangan dan segala lawan yakni tiada datang segala lawan sifat kamalatNya.

وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ الْقَدِيْمُ الْمُخَالِفُ لِمَا عَدَاهُ مِنَ الْكَائِنَاتِ * الْبَاقِي وَهَالِكٌ كُل مَا عَدَاهُ مِنَ الْمَخْلُوْقَاتِ.

Dan naik saksi aku bahawasa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Allah, pada hal Esa Ia, tiada yang sekutu bagiNya lagi yang Qadim lagi yang bersalahan bagi segala yang lainnya daripada segala kainat lagi yang kekal Ia. Dan fana tiap-tiap barang yang lain daripadaNya daripada sekalian makhluk.

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الصَّادِقُ الأَمِيْنُ * الْمُبَلِّغُ كُلَّ مَا أَمَرَ بِتَبْلِيْغِهِ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                              

Dan naik saksi aku bahawasa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya yang benar ia lagi yang kepercayaan lagi yang menyampaikan tiap-tiap barang yang disuruh akan dia dengan menyampaikan akan dia daripada Tuhan yang memilik sekalian alam.

 

وَأُصَلِّي وَأُسَلِّمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ * سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَفِيْعِ الْمُذْنِبِيْنَ                                                                     

 

Dan aku mengucap selawat dan aku mengucap salam atas yang terlebih mulia daripada segala Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang mensyafaat ia bagi segala orang yang berdosa pada hari kiamat.

 

وَبَعْدُ،

 

Adapun kemudian daripada itu, maka lagi akan berkata oleh hamba yang faqir ilallahi Ta'ala Zainal 'Abidin bin Muhammad al-Fathani  غَفَرَ اللَّهُ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُسْلِمِيْنَ telah meminta akan daku oleh setengah saudaraku.

 

أَصْلَحَ اللَّهُ لِي وَلَهُمُ الْحَالَ وَالشَّانَ

Telah membaiki oleh Allah Ta'ala bagiku dan bagi mereka itu الْحَالَ وَالشَّانَ  akan bahawa aku suratkan bagi mereka itu akan suatu kitab pada menyatakan Ilmu Usuliddin, padahal aku terjemahkan daripada muqaddimah Syeikh Sanusi serta aku tambahkan atasnya daripada beberapa kalam syarahnya dan hasyiyahnya supaya nyata maksud daripada kalam Syeikh itu. Dan jikalau tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun tetapi i'timad aku kepada taufik Karim al-Wahhab * bagi jalan yang shawab.

 

وَمَا تَوْفِيْقِي إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Ertinya: Dan tiada beroleh taufik aku melainkan dengan Allah yang 'Ali (Maha Tinggi) lagi 'Azim (Maha Agung).

 

             Mudah-mudahan dibukakan oleh Allah Ta'ala akan dadaku bagi demikian itu. Kerana bahawasa muqaddimah Syeikh Sanusi itu, dan jika adalah ia kecil jirimnya sekalipun sangat besar ilmunya lagi yang mengandung atas sekalian 'aqa'id serta dilebih beberapa fawa'id (faedah). Dan kerana demikian itu adalah ia terlebih elok daripada segala yang dita'lif (dikarang) pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa dan ta'qid. Istimewa pula orang yang mengarang akan dia itu wali Allah dengan tiada syak dan namanya Muhammad anak Yusuf al-Sanusi al-Husni, nama bangsanya yang dinamakan dia Ummu al-Barahin, ertinya ibu segala dalil yang mengandung ia atas sekalian 'aqa'id. Telah redha Allah akan mu'allifnya dan dijadikan akan syurga itu akan tempat ketetapannya. Amin.

 

            Dan aku namakan terjemahku ini dengan:

عَقِيْدَةُ النَّاجِيْنَ * فِي عِلْمِ أُصُوْلِ الدِّيْنِ

Ertinya: I'tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid'ah  pada menyatakan ilmu Usuliddin.

Tuesday 24 May 2011

kuliah Tauhid kitab Duruth Thamin di Rumah pada setiap pagi ahad minggu 1,2 n3 jam 1030

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Dengan nama Allah tuhan yang amat murah bagi segala Hambanya yang mukmin dan kafir di dalam negeri dunia ini dan lagi amat mengasihani bagi segala hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat, ku mulai kitab ini.

 

الحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِى دَلَّ عَلىَ وُجُوبِ وُجُودِهِ جَمِيعُ الكَائِناَتِ

Segala puji itu tertentu bagi Allah taala, tuhan yang menunjukkan atas bersifat wajib wujudnya oleh sekelian kainat ini ( makhluknya)

وَاَقَرَّ عَلَى وَحْدَانِيَّتِهِ وَانْفِرَادِهِ كُلُّ المَخْلُقاَتِ

Dan telah mengaku akan keEsaannya dan ketunggalannya oleh segala Makhluk.

وَجَعَلَ الشَّهاَدَتَينِ دَلِيلاً عَلىَ كَماَلِ أَهْلِ السَّعاَدَاتِ

Dan telah menjadikan ia akan yang menunjuk oleh dua kalimah shahadah itu sebagai dalil atas kesempurnaan bagi Ahli orang yang dapat bahagia.

وَخَصَّ لِمَعْرِفَةِ عَقاَئِدِ التَّوْحِيدِ مَنِ اخْتاَرَهُ مِنَ البَرِياَتِ

Dan telah menentu oleh Allah taala bagi mengenal yakni mengetahui bagi aqaeid tauhid akan mereka yang dipilihnya daripada segala manusia.

وَالصَلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدِ المَبْعُوثِ بِالآياَتِ الوَاضِحَاتِ

Dan Rahmat Allah dan Salamnya atas penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan beberapa mukjizat yang amat nyata.

وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِالكَراَماَتِ

Dan atas keluarganya dan sahabatnya dan yang mengikut bagi mereka itu dengan beberapa amal yang saleh-saleh.

وَبَعْدُ فَلَماَّ كَانَ سَنَهُ أَلْفٍ وَمِائَتَينِ وَاثْنَينِ وَثَلاَثِينَ مِنْ هِجْرَةِ النَّبِي عَلَيهِ أَفْضَلُ الصَّلاَةِ وَالسَّلاَمِ

Dan kemudian daripada itu maka tatkala pada tahun seribu dua ratus tiga puluh dua daripada hijrah Nabi yang atasnya terlebih afdhal selawat dan salam.

هَاجَ قَلْبِي الفَاتِرِ وَعْقْلِى القَاصِرِ

Telah bergerak-gerak oleh hati ku yang lumpuh dan aqal ku yang pendek.

اَنْ أَجْمَعَ كَلاَمَ العُلَماَءِ المُحَقِّقِينَ فِى أُصُولِ الدِّينِ وَعَقاَئِدِ أَهْلِ التَوْحِيدِ

Bahawa aku menghimpunkan beberapa kalam Ulama yang muhaqqiqin pada bicara ilmu usululuddin dan Aqaeid Ahli tauhid.

 

وَأَذْكُرُ دُرَرُهاَ وَتَرَكْتُ صَدَفَهاَ تَرْغِيباً للطُلاَبِ

Dan aku sebutkan akan permata lu'lu'nya dan aku aku tinggalkan sadafnya yakni kulatnya hal keadaan aku menggemarkan bagi orang yang menuntut.

مُتَرَجِّماً بِلِساَنِ الجاَوِى كَى يُفْهِمَهُ مَنْ لاَ يَعْرِفُ كَلاَمَ العَرَبِ

Lagi keadaan aku menterjemahkan dengan bahasa jawi supaya difahamkan dia oleh orang yang tiada ketahui bahasa Arab.

Monday 16 May 2011

Kitab Faredah Faraeid.

kitab Faridah Faraeid​


بسم الله الرحمن الرحيم


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّْذِى أَطْلَعَ فىِ سَمَاوَاتِ قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ شُمُوسَ الْمَعْرِفَةِ مُشْرِفَةً بِأَنْوَارِ التَوْحِيدِ وَاليَقِينِ

Puji itu tertentu bagi Allah yang menaikkan pada beberapa langit akan segala hati orang yang Mukminin akan beberapa Matahari pengenalan pada hal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yaqin.

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى تُرْجُماَنِ أُلُوهِيَّتِهِ وَدَلِيلِ وَحْدَانِيَّتِهِ × سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ المَبْعُوثِ بِباَهِرِ المُعْجِزَاتِ لِتَاْيِيْدِ رِساَلَتِهِ وتَصْدِيقِ هِدَايَتِهِ

Dan Rahmat dan Sejahtera Allah atas juru bahasa ketuhanannya dan yang menunjuk kepada keEsaannya iaitu Penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang menyalahi bagi adat kerana mengkuatkan risalahnya dan membenarkan penunjukNya.

Bersambung..........


Sent from my iPad

Nama kitab Tauhid yang di pelajari di pondok.

Kitab tauhid Edisi Jawi:
1 Faredah Faraeid karangan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Bin Mustafa ibni Muhammad al Fathani.
2 kitab Bidayah al Hidayah karangan al Alamah Tuan Syeikh Muhammad Zain ibni Fakeh Jalaluddin Aceh.
3 kitab Ad Durrut Thamin karangan Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah Al Fathani.
4 Kitab Akidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fathani.
5 dan lain lain lagi.

Kitab Tauhid Edisi Arab:
1 kitab Kifayatul Awam Syeikh Muhammad Al Fadhali.
2 kitab al Hud hudi.

Kitab rujukan Tauhid :

1 Suabil Iman bagi Imam Baihaqi.
2 asma was Sifat Bagi Imam Baihaqi.
3 Akidah Tahawiyah.
4 dan lain lain lagi.
Sent from my iPad